KUALA LUMPUR: Bekas Pengarah Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (AIAC) Datuk Prof N. Sundra Rajoo hari ini memfailkan saman terhadap bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas, bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Mohamad Shukri Abdull dan Kerajaan Malaysia berhubung penahanan dan pendakwaan salah terhadapnya berkaitan kes pecah amanah wang AIAC.
Sundra Rajoo selaku plaintif memfailkan saman itu menerusi Tetuan Cheok Ng Lee di Mahkamah Tinggi di sini dengan menamakan Thomas; Khong Hui Li; Mohd Adrian Zaiman Zainiar; Md Yusrin Md Yusof; Mohd Fadhly Mohd Zamry; T. Nesavan; G. Sharan Raj; Hasmizzy Md Hasim; Kamal Baharin Omar; Mohd Zaki Mohd Salleh; Mohamad Shukri; SPRM dan Kerajaan Malaysia sebagai defendan.
Pernyataan tuntutan Sundra Rajoo mendakwa, atas arahan Mohamad Shukri dan Thomas, pegawai SPRM Mohd Adrian serta Md Yusrin telah menahannya secara salah dari 8 malam pada 20 Nov 2018 hingga 5 petang, 21 Nov 2018 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur kerana tidak menurut undang-undang di bawah Perkara 5 (1) Perlembagaan Persekutuan.
Sundra Rajoo mendakwa Mohd Adrian dan Md Yusrin menahannya walaupun beliau telah memberitahu mereka bahawa beliau telah diberikan keistimewaan dan kekebalan seperti yang diberikan kepada seseorang ejen diplomatik berkenaan dengan tindakan dan perkara yang dilaksanakan dalam kapasitinya sebagai pegawai tinggi.
Dakwa plaintif, berdasarkan kedudukan plaintif sebagai pengarah AIAC (ketika itu), beliau merupakan seorang pegawai tinggi dalam tafsiran Peraturan-Peraturan Pusat Timbang Tara Serantau Kuala Lumpur 1996 (Peraturan-Peraturan AIAC) yang dibuat di bawah Akta Organisasi Antarabangsa (Keistimewaan dan Kekebalan) 1992 (Akta 485).
Sundra Rajoo mendakwa, pada 5 Mac 2019, beliau memohon untuk memulakan prosiding kebenaran semakan kehakiman terhadap peguam negara, SPRM dan Kerajaan Malaysia di Mahkamah Tinggi di sini, antara lain memohon pengisytiharan bahawa beliau kebal dari prosiding jenayah sebagai bekas pegawai tinggi.
Dakwanya, pada 25 Mac 2019, Kamal (Timbalan Pendakwa Raya) membuat pendakwaan terhadapnya di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan pecah amanah dengan menyalahgunakan wang AIAC bagi pembelian salinan buku berjudul 'Undang-Undang, Amalan dan Prosedur Timbang Tara' yang dikarang oleh plaintif.
"Semasa tiga pertuduhan itu dibacakan, Thomas dan Kamal mengetahui bahawa plaintif mempunyai kekebalan daripada prosiding jenayah.
"Tiga pertuduhan itu sendiri menyatakan bahawa tindakan itu adalah berkaitan dengan perkara yang dilakukan oleh plaintif selaku pengarah AIAC dan Thomas serta Kamal juga mengetahui bahawa pendengaran bagi kebenaran permohonan semakan kehakiman itu pada keesokan hari," dakwa plaintif yang turut memaklumkan Mahkamah Sesyen pada 22 Jan 2020 telah membatalkan tiga pertuduhan pecah amanah itu.
Plaintif mendakwa, Mahkamah Tinggi menolak permohonan kebenaran semakan kehakiman itu dan beliau membuat rayuan berhubung keputusan tersebut dan Mahkamah Rayuan kemudiannya membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi dan kes itu dikembalikan semula ke Mahkamah Tinggi untuk didengar berdasarkan merit.
"Plaintif kemudian telah meminda permohonan semakan kehakiman dengan memohon perintah certiorari untuk membatalkan tiga pertuduhan tersebut. Mahkamah Tinggi mendapati bahawa plaintif masih kebal dari prosiding jenayah berkenaan dengan tindakan atau perkara yang dilakukan atas kapasitinya sebagai pengarah AIAC.
"Mahkamah Tinggi antara lain membatalkan tiga pertuduhan itu selepas mendapati pertuduhan tersebut tidak boleh dipercayai kerana pembelian buku-buku untuk tujuan promosi AIAC telah dipersetujui oleh Organisasi Perundingan Perundangan Asia-Afrika (AALCO) dan royalti yang diperoleh plaintif telah dikembalikan kepada AIAC," dakwa Sundra Rajoo dalam pernyataan tuntutan itu.
Selain itu, Sundra Rajoo mendakwa beliau telah direman dan disingkirkan secara paksa dari jawatannya sebagai pengarah AIAC dan penahanannya itu adalah bersifat tort selain mendakwa akibat daripada penahanan itu, beliau telah dicemuh dan reputasinya turut terjejas.
Oleh itu, plaintif menuntut ganti rugi khas berjumlah RM 3,749,557.26, ganti rugi tambahan dan teladan, faedah pada kadar lima peratus dari tarikh penghakiman hingga tarikh penyelesaian penuh ke atas semua jumlah yang diperintahkan, kos atau perintah lanjutan yang difikirkan wajar oleh mahkamah.
Menerusi semakan sistem mahkamah, pengurusan kes itu ditetapkan pada 12 Nov ini secara dalam talian (e-Review).
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 15 2021

Datuk Prof N. Sundra Rajoo memfailkan saman terhadap Tan Sri Tommy Thomas, Datuk Seri Mohamad Shukri Abdull dan Kerajaan Malaysia. - Gambar/ Bernama
Kerajaan Persekutuan peruntuk RM454 juta naik taraf bekalan air di Labuan
Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM454.88 juta untuk membaikiĀ dan penambahbaikan sistem bekalan air sepanjang 106.7 kilometer (km) di Labuan yang menyaksikan 37 kmĀ atau 35 peratus daripada projek itu sudah pun siap.

Polis nafi dakwaan pekerja tapak binaan dipukul gengster
Polis menafikan dakwaan berhubung seorang pekerja tapak pembinaan dipukul oleh kumpulan gengster di sebuah tapak pembinaan di Subang Jaya, seperti yang tular di media sosial semalam.
Hujan lebat berterusan hingga Rabu di pantai barat Sabah
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di pantai barat, Sabah mulai Selasa hingga Rabu depan.
Sokongan PIBG penting perkukuh sistem pendidikan negara
Keberhasilan sistem pendidikan negara bukan sahaja bergantung kepada usaha para guru tetapi juga sokongan padu daripada ibu bapa dan komuniti setempat.
Penerima pendidikan tinggi percuma tidak terikat berkhidmat di Sarawak
Anak Sarawak yang menerima tawaran pendidikan tinggi percuma oleh kerajaan negeri tidak terikat untuk berkhidmat di Sarawak apabila tamat pengajian.
Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johar
Kerajaan Sarawak bersedia mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Pemilihan CEC DAP: Chow Kon Yeow umum bertanding
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow mengesahkan akan bertanding pada pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP bulan depan.

Paus Francis stabil selepas alami masalah pernafasan - Holy See
Paus Francis yang sedang menerima rawatan akibat radang paru-paru telah melalui malam yang tenang selepas mengalami serangan asma.

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.

Mahkamah Rayuan tetapkan 2 Julai untuk dengar rayuan Najib saman Tommy Thomas
Mahkamah Rayuan menetapkan 2 Julai ini untuk mendengar rayuan Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mengembalikan semula saman RM1.9 juta terhadap bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas.

Saman fitnah: Mahkamah tolak permohonan Tommy Thomas singkir hakim
Hakim Roz Mawar menyatakan bahawa permohonan menarik diri ini tidak berasas dan boleh merosakkan keyakinan awam terhadap badan kehakiman.

Keputusan permohonan Tommy Thomas supaya Hakim Roz Mawar tarik diri 14 Jan
Mahkamah Tinggi menetapkan 14 Jan 2025 untuk keputusan permohonan Tommy Thomas agar Hakim Roz Mawar Rozain menarik diri daripada mendengar kes saman terhadapnya.

Kes Najib saman Tommy tangguh lagi, hakim kedua tarik diri
Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Faizah Jamaludin menarik diri daripada mendengar rayuan Datuk Seri Najib Razak untuk mengembalikan semula saman RM1.9 juta terhadap Tan Sri Tommy Thomas.

Pendengaran permohonan Tommy Thomas supaya Roz Mawar tarik diri ditangguh 9 Dis
Pendengaran permohonan Tommy Thomas supaya Pesuruhjaya Kehakiman Roz Mawar Rozain menarik diri daripada mendengar saman difailkan Shahrir Ab Samad ditangguh.

Saya tidak terlibat pembunuhan Altantuya - Najib
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menafikan terlibat dalam pembunuhan Altantuya, menegaskan beliau tidak mengenali atau mengarahkan pembunuhan itu.

Kes saman Shahrir Samad: Tommy Thomas mohon Roz Mawar tarik diri
Thomas mendakwa Roz Mawar telah membuat banyak dapatan tidak berasas serta bercanggah dengan tuntutan saman itu dan keterangan yang dikemukakan di hadapan mahkamah.

Najib mohon kerajaan halang tayangan dokumentari 'Man on the Run'
Muhammad Shafee berkata, apa yang lebih serius lagi adalah, Tommy turut membuat kesimpulan sendiri berhubung kes itu di luar mahkamah.

Laporan siasatan memoir: Tommy Thomas saman kerajaan, pasukan petugas khas
Tan Sri Tommy Thomas memfailkan saman terhadap pasukan petugas khas (STF) dan kerajaan Malaysia berhubung laporan siasatan memoirnya bertajuk "My Story: Justice In the Wilderness".

Rayuan Najib untuk kembalikan saman terhadap Tommy Thomas didengar 5 Feb
Peguam Daniel Annamalai, antara peguam yang mewakili Najib mengesahkan tarikh pendengaran rayuan itu.