SHAH ALAM:Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin menitahkan rakyat khususnya di Selangor agar tidak mengabaikan tanggungjawab melindungi haiwan terbiar khususnya kucing dan anjing dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.
Istana Alam Shah dalam satu hantaran di laman sosial Facebook Selangor Royal Office hari ini menyatakan, baginda berdua melahirkan rasa dukacita dan terkilan kerana masih ada lagi individu serta pihak tertentu sengaja berlaku kejam terhadap haiwan berkenaan dan masih tidak tahu kaedah terbaik untuk melindungi mereka.
"Adalah sangat penting untuk kita semua memiliki sifat belas kasihan terhadap haiwan sebegini dan menjadi tanggungjawab bersama memberi makan serta perlindungan, sama ada ketika dalam peliharaan ataupun apabila berada di dalam habitat sendiri," menurut kenyataan itu.
Menurut kenyataan tersebut, baginda berdua kini memelihara beberapa ekor kucing terbiar yang telah dikasi dan diberi perlindungan secukupnya.
"Ini termasuk Snowy, seekor kucing terbiar yang pada mulanya datang ke kediaman Sultan Sharafuddin, empat tahun lepas untuk mencari makanan, namun diambil sebagai haiwan angkat atas inisiatif baginda sendiri.
"Snowy kini adalah kucing peliharaan kesayangan Sultan Sharafuddin dan menjadi peneman setia baginda," menurut hantaran itu.
Selain itu, Tengku Permaisuri Norashikin yang juga Penaung Diraja kepada program Stray Free Selangor (SFS) kendalian Society For The Prevention of Cruelty Animals (SPCA) telah menyelamatkan lebih 100 ekor kucing terbiar dengan kira-kira 30 ekor daripadanya dipelihara oleh baginda sendiri manakala selebihnya sebagai haiwan angkat.
Menurut hantaran itu, sejak Mac 2017 hingga Disember lepas, sejumlah 7,117 ekor kucing dan anjing terbiar telah dikasi di bawah program SFS yang diselia oleh SPCA Selangor.
Dalam pada itu, Sultan Sharafuddin menitahkan agar pihak berkuasa tempatan (PBT) lebih proaktif dan bijak menangani isu haiwan terbiar secara holistik dan bukannya memberi gambaran buruk yang akan menyebabkan haiwan itu dikurung atau dibunuh.
Menerusi hantaran itu, baginda mahu PBT menjadikan Turki sebagai model untuk mengendalikan haiwan terbiar yang tidak berdosa daripada dizalimi.
"Baginda berdua amat berharap agar rakyat dan seluruh komuniti di Selangor khususnya untuk terus menyemai sifat belas kasihan dan sayangkan haiwan-haiwan terbiar ini serta mengambil berat tentang hak serta kebajikan haiwan seumpamanya," menurut kenyataan tersebut.
Dalam pada itu, Sultan Sharafuddin dan Tengku Permaisuri Norashikin turut mengingatkan rakyat agar terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) PKP, termasuk memakai pelitup muka dan hanya keluar rumah apabila perlu bagi membendung penularan COVID-19.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 23 2021
Menerusi hantaran itu, Baginda mahu PBT menjadikan Turki sebagai model untuk mengendalikan haiwan terbiar yang tidak berdosa daripada dizalimi. - Foto Facebook Selangor Royal Office
JAIS akan ambil tindakan tegas terhadap pemungut zakat tanpa tauliah
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan bertindak tegas terhadap individu atau mana-mana pihak yang memungut zakat di negeri itu tanpa tauliah daripada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).
Selepas 14 tahun, kapal USS Abraham Lincoln kembali ke Malaysia
Kapal pengangkut pesawat kelas Nimitz, USS Abraham Lincoln (CVN 72), berlabuh di Malaysia pada Sabtu untuk lawatan pelabuhan berjadual kedua semasa penugasannya bagi tahun 2024.
Serangan udara Israel bunuh 4, cederakan 23 di Beirut - Kementerian Kesihatan Lubnan
Serangan udara Israel di Beirut pada Sabtu, membunuh empat orang dan mencederakan 23 yang lain.
Tiada bukti pencemaran Pantai Esen disebabkan penambakan
Siasatan masih dijalankan termasuk ujian makmal sampel yang diambil di kawasan berkenaan oleh agensi berkaitan.
MCMC diminta teliti saluran notis bencana tanpa perlu lalui SMS - Fahmi
MCMC telah diminta untuk meneliti satu saluran notis bencana secara terus kepada penduduk tanpa perlu melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS).
PM berseloroh ambil gaji tahun depan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini secara berseloroh menyatakan beliau akan mengambil gaji bermula tahun hadapan.
11 mangsa ditempatkan di PPS Segamat
Johor menjadi negeri seterusnya dilanda banjir susulan Monsun Timur Laut.
Amaran hujan berterusan tahap waspada sehingga 29 November
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Kelantan, Terengganu dan Pahang hingga 29 November.
Orang Asli bina rumah bangsal atas bukit
Penduduk Orang Asli suku kaum Temiar di Rancangan Pengumpulan Semula (RPS) Kuala Betis Blok A di Gua Musang, Kelantan bergotong-royong membina rumah bangsal di atas bukit sebagai tempat pemindahan sementara ketika musim tengkujuh.
[TERKINI] Menteri minta MCMC keluar amaran banjir tanpa SMS
Menteri Komunikasi mengarahkan MCMC meneliti saluran notis bencana secara terus kepada penduduk tanpa perlu melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).
Sultan Sharafuddin isytihar Gombak-Hulu Langat Geopark Kebangsaan pertama Selangor
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenan mengisytiharkan Gombak-Hulu Langat (GHL) Geopark sebagai geopark kebangsaan pertama di Selangor.
Sultan Selangor, Tengku Permaisuri berangkat ke HPBS Selangor 2024
Sultan Sharafuddin dan Tengku Norashikin yang meluangkan masa hampir dua jam turut berkenan melawat beberapa reruai di HPBS Selangor 2024 sebelum berangkat pulang pada 12.30 tengah hari.
Sultan Selangor berkenan terima zakat perniagaan PNB RM3.9 juta
Sultan Selangor berkenan menerima zakat perniagaan berjumlah RM3.9 juta daripada Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB).
Sultan Selangor titah bentuk jawatankuasa bagi pemulihan kanak-kanak GISB
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan sebuah jawatankuasa dibentuk bagi pemulihan kanak-kanak yang diselamatkan dari Global Ikhwan Services and Business (GISB) Holdings Sdn Bhd.
Premis GISB di Selangor diarah tutup, aset dirampas - Amirudin
Amirudin akan mengumumkan jumlah keseluruhan premis ditutup termasuk rumah perlindungan dan sekolah agama berkaitan GISB di negeri itu pada Rabu.
'Kenapa GISB buat begini kepada kanak-kanak, apa tujuan sebenar?' - Khutbah Jumaat JAIS
Jabatan itu menempelak tindakan GISB yang bukan saja gagal memelihara kanak-kanak, malah berlaku zalim dengan menyekat akses kepada pendidikan arus perdana dan mengeksploitasi kudrat mereka.
AGC masih pertimbang representasi MB Kedah, kes ditangguh 25 Oktober
Mahkamah menetapkan 25 Oktober untuk sebutan semula kes dan Sanusi diwajibkan menghadiri prosiding pada hari tersebut.
Sultan Selangor disembah maklum permohonan maaf Sanusi
Sultan Sharafuddin Idris Shah telah disembah maklum dengan surat permohonan maaf daripada Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor.
JAIS bentang laporan penuh isu GISB minggu hadapan
Mohammad Fahmi berkata laporan itu akan memperincikan tindakan yang telah dan akan diambil selaras dengan titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Abd Rauf diumum tokoh Maulidur Rasul Selangor 2024
Abd Rauf yang berasal dari Klang diiktiraf atas sumbangan terhadap perkembangan Islam dan pembangunan umat Islam.