Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan membenarkan pertambahan bilangan jemaah menunaikan solat Jumaat dan solat fardu di masjid dan surau seluruh negeri mengikut jumlah kapasiti sebenar ruang solat, berkuat kuasa hari ini.
Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Mohd Shahzihan Ahmad berkata pertambahan itu termasuk di surau yang diberi Kebenaran Khas Solat Fardhu Jumaat oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dengan mematuhi pelaksanaan jarak sosial 1.5 meter.
"Bagi solat Jumaat, jemaah masih perlu melalui proses pendaftaran dan penggiliran sepertimana yang ditetapkan sebelum ini.
"Sistem yang lebih efisien sedang dibuat bagi memudahkan jemaah untuk mendaftar dan menerima maklum balas kehadiran solat Jumaat," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohd Shahzihan berkata kaedah kehadiran jemaah secara terbuka adalah dibenarkan sehingga kapasiti sebenar ruang solat selepas jarak sosial 1.5 meter dipenuhi atau diisi.
Namun, jelasnya, kehadiran jemaah wanita adalah tidak dibenarkan kecuali di Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong dan Masjid Diraja Raja Haji Fi Sabilillah, Cyberjaya.
Beliau turut menasihati jemaah agar berwudhu dari rumah, memakai penutup hidung dan mulut, membawa sejadah sendiri serta berada dalam keadaan sihat dan tidak bergejala.
Dalam pada itu, beliau berkata JAIS juga akan menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi memantau pematuhan prosedur operasi standard (SOP) oleh pihak masjid atau surau serta jemaah.
"Sebarang pelanggaran terhadap ketetapan SOP yang ditetapkan akan diambil tindakan tegas dan JAIS tidak akan teragak-agak menarik semula kelonggaran yang diberikan demi menjaga keselamatan dan kemaslahatan jemaah serta imej agama Islam," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 17 2020
![Sultan Selangor perkenan pertambahan jemaah solat Jumaat, fardu Sultan Selangor perkenan pertambahan jemaah solat Jumaat, fardu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-07/51594461539_solatjumaat.jpg)
JAIS akan menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi memantau pematuhan SOP oleh pihak masjid atau surau serta jemaah. - Gambar hiasan
![Malaysia raih lebih RM230 juta dalam perjanjian perdagangan minyak sawit dengan China Malaysia raih lebih RM230 juta dalam perjanjian perdagangan minyak sawit dengan China](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/81680602791_TBsawit.jpg)
Malaysia raih lebih RM230 juta dalam perjanjian perdagangan minyak sawit dengan China
Malaysia berjaya meraih lebih RM230 juta dalam perjanjian perdagangan minyak sawit semasa lawatan kerja Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Chan Foong Hin ke China baru-baru ini.
![Lesen cetak al-Quran batal jika langgar APTQ Lesen cetak al-Quran batal jika langgar APTQ](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721037284_WargaEmas.jpg)
Lesen cetak al-Quran batal jika langgar APTQ
LPPPQ memutuskan pemegang Lesen Mesin Cetak al-Quran (LMCQ) akan dikenakan tindakan pembatalan lesen mesin cetak al-Quran sekiranya melanggar mana-mana syarat lesen.
![Angkatan Tentera Indonesia, Malaysia lakukan rondaan sempadan bersama Angkatan Tentera Indonesia, Malaysia lakukan rondaan sempadan bersama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721048079_tbTenteraMalaysia.jpg)
Angkatan Tentera Indonesia, Malaysia lakukan rondaan sempadan bersama
TNI dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sedang menjalankan rondaan bersama yang diselaraskan untuk memeriksa penanda sempadan di sepanjang sempadan Kalimantan Barat-Sarawak.
![Malaysia dalam kedudukan terbaik sebagai hab serantau CCUS - MIDF Amanah Malaysia dalam kedudukan terbaik sebagai hab serantau CCUS - MIDF Amanah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/81658464666_MIDF.jpg)
Malaysia dalam kedudukan terbaik sebagai hab serantau CCUS - MIDF Amanah
Malaysia berada pada kedudukan terbaik sebagai hab serantau CCUS, menyumbang kepada amalan mampan dalam sektor minyak dan gas seperti yang ditekankan dalam NETR.
![Mahkamah AS tolak pertuduhan tambahan dalam kes dokumen sulit Trump Mahkamah AS tolak pertuduhan tambahan dalam kes dokumen sulit Trump](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721080824_chargingdocument.jpg)
Mahkamah AS tolak pertuduhan tambahan dalam kes dokumen sulit Trump
Permohonan Trump untuk menolak pertuduhan berdasarkan pelantikan dan pembiayaan tidak sah 'Special Counsel' Jack Smith diluluskan.
![Istiadat Barisan Kehormatan mulai sambutan ulang tahun keputeraan Sultan Brunei Istiadat Barisan Kehormatan mulai sambutan ulang tahun keputeraan Sultan Brunei](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721079540_KEBAWAHDYMM.jpg)
Istiadat Barisan Kehormatan mulai sambutan ulang tahun keputeraan Sultan Brunei
Istiadat berlangsung di Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien, sebuah taman terkenal di Bandar Seri Begawan.
![Zelensky ingin lihat Rusia hadir ke persidangan keamanan Ukraine seterusnya Zelensky ingin lihat Rusia hadir ke persidangan keamanan Ukraine seterusnya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721080146_VolodymyrZelenskiy.jpg)
Zelensky ingin lihat Rusia hadir ke persidangan keamanan Ukraine seterusnya
Zelensky berkata beliau telah menugaskan Kerajaan Ukraine untuk menganjurkan acara itu menjelang November tahun ini.
![Kerajaan Pakistan akan haramkan parti bekas PM Imran Khan yang dipenjara Kerajaan Pakistan akan haramkan parti bekas PM Imran Khan yang dipenjara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721080159_ImranKhan.jpg)
Kerajaan Pakistan akan haramkan parti bekas PM Imran Khan yang dipenjara
Menteri Penerangan Attaullah Tarar berkata kerajaan akan memfailkan permohonan di Mahkamah Agung selepas mendapat kelulusan Kabinet.
![Tawaran pengambilalihan MAHB dijangka muktamad suku ketiga tahun ini - Kementerian Kewangan Tawaran pengambilalihan MAHB dijangka muktamad suku ketiga tahun ini - Kementerian Kewangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721077402_Perbendaharaan.jpg)
Tawaran pengambilalihan MAHB dijangka muktamad suku ketiga tahun ini - Kementerian Kewangan
Memandangkan tawaran itu merupakan satu urusan transaksi komersial, maka ia tidak mendatangkan sebarang implikasi kewangan kepada kerajaan.
![PREPMA jelas tiga kriteria utama pemilihan perenang ke Paralimpik Paris PREPMA jelas tiga kriteria utama pemilihan perenang ke Paralimpik Paris](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721077062_MegatD.jpg)
PREPMA jelas tiga kriteria utama pemilihan perenang ke Paralimpik Paris
Megat Shahriman berkata, walaupun tiga atlet berjaya melepasi masa kelayakan minimum, Malaysia hanya memperoleh dua slot automatik.
![Cacar monyet: Pesakit alami gejala berbeza daripada wabak sebelum ini - Kajian Cacar monyet: Pesakit alami gejala berbeza daripada wabak sebelum ini - Kajian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/71656049164_Monkeypox.jpg)
Cacar monyet: Pesakit alami gejala berbeza daripada wabak sebelum ini - Kajian
Pesakit memberitahu kurang demam dan keletihan dan lebih banyak luka kulit di kawasan alat sulit mereka.
![HFMD: Segera bawa anak ke fasiliti kesihatan sekiranya bergejala HFMD: Segera bawa anak ke fasiliti kesihatan sekiranya bergejala](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/61652783727_MenteriKesihatanKh.jpg)
HFMD: Segera bawa anak ke fasiliti kesihatan sekiranya bergejala
Ibu bapa diminta segera membawa anak masing-masing ke fasiliti kesihatan terdekat sekiranya mereka mempunyai gejala penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD), kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.
![Bekalan kit ujian kendiri COVID-19 dalam pasaran mencukupi - MMA Bekalan kit ujian kendiri COVID-19 dalam pasaran mencukupi - MMA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/51645110023_TBANTIGEN.jpg)
Bekalan kit ujian kendiri COVID-19 dalam pasaran mencukupi - MMA
Orang ramai dinasihat supaya tidak membuat pembelian panik kit ujian itu sehingga boleh menyebabkan bekalannya menyusut.
![COVID-19: Turki lapor kes pertama varian Omicron COVID-19: Turki lapor kes pertama varian Omicron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/41639280216_TBVirusTurkey.jpg)
COVID-19: Turki lapor kes pertama varian Omicron
Mereka adalah pesakit luar yang tidak mempunyai sebarang masalah dan mempunyai gejala yang sangat ringan.
![Varian Delta boleh membiak dalam hidung, individu divaksin masih boleh dilindungi - Dr Noor Hisham Varian Delta boleh membiak dalam hidung, individu divaksin masih boleh dilindungi - Dr Noor Hisham](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/71628066925_DGHisham.jpg)
Varian Delta boleh membiak dalam hidung, individu divaksin masih boleh dilindungi - Dr Noor Hisham
Dr Noor Hisham berharap semua orang mengambil suntikan vaksin COVID-19 demi mengelakkan risiko yang lebih tinggi terhadap jangkitan varian Delta itu.
![COVID-19: Ubat antibodi AstraZeneca berjaya kurangkan gejala COVID-19: Ubat antibodi AstraZeneca berjaya kurangkan gejala](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/51629501818_AstraZenecasthera.jpg)
COVID-19: Ubat antibodi AstraZeneca berjaya kurangkan gejala
Ini sekaligus memberi harapan khususnya bagi mereka yang kurang memberi reaksi terhadap suntikan imunisasi.
![Kerap bersin tanpa sebab selepas divaksin mungkin gejala COVID-19 - Kajian Kerap bersin tanpa sebab selepas divaksin mungkin gejala COVID-19 - Kajian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2018-01/81517037367_TBTAHANBERSIN.jpg)
Kerap bersin tanpa sebab selepas divaksin mungkin gejala COVID-19 - Kajian
Para penyelidik telah menemui satu gejala biasa yang dialami mereka yang sudah lengkap divaksin, iaitu bersin.
![COVID-19: 11 kes baharu, semua disaran jalani ujian sebelum sesi minggu depan COVID-19: 11 kes baharu, semua disaran jalani ujian sebelum sesi minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/71624442839_TBGENERICPARLIMEN.jpg)
COVID-19: 11 kes baharu, semua disaran jalani ujian sebelum sesi minggu depan
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menyarankan mereka yang bergejala agar membuat pemeriksaan dan tidak menghadiri sesi mesyuarat tersebut.
![COVID-19: Ibu tunggal sempat suruh anak ke rumah anak yatim sebelum meninggal dunia COVID-19: Ibu tunggal sempat suruh anak ke rumah anak yatim sebelum meninggal dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/71627420840_TBOUTBREAKTHAI.jpg)
COVID-19: Ibu tunggal sempat suruh anak ke rumah anak yatim sebelum meninggal dunia
Wanita yang mengalami gejala termasuk sakit dada, sukar bernafas dan batuk itu meninggal dunia di rumah ketika menunggu bantuan.
![Dua wanita dikejarkan ke Hospital Kulai, tangki bahan kimia pecah Dua wanita dikejarkan ke Hospital Kulai, tangki bahan kimia pecah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/81625386763_tangkibahankimia.jpg)
Dua wanita dikejarkan ke Hospital Kulai, tangki bahan kimia pecah
Panggilan kecemasan diterima pada 8.22 malam dan seramai 21 anggota termasuk daripada HAZMAT digegaskan ke lokasi.