TIOMAN: Sejajar pengumuman Pulau Tioman sebagai Pulau Tenaga Hijau, Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan harapan menjadikan Pulau Tioman sebagai pulau contoh dari segi pemuliharaan alam semula jadi dan pengurangan pelepasan karbon.
Bagi merealisasikan hasrat itu, baginda bertitah agar pentadbir merangka satu bentuk kaedah atau formula yang boleh membantu memelihara keadaan alam sekitar di pulau peranginan itu.
"Saya harap segala bentuk pembinaan struktur di pulau ini perlu diawasi sebaik mungkin oleh pihak kerajaan dan pihak berkuasa... biarlah ambil masa dalam membuat keputusan dengan mengutamakan soal persekitaran.
"Saya juga tak mahu lihat masalah pencemaran disebabkan kereta dan motosikal yang berlebihan di pulau ini, kalau boleh adakan satu kaedah yang boleh mengawal pencemaran udara," titah baginda ketika merasmikan Malaysia Book of Records: The First LRT Coach Reef in Malaysia, di sini hari ini.
Al-Sultan Abdullah turut berharap penduduk di Pulau Tioman dapat menjaga kebersihan sungai selain memastikan kawasan sekeliling rumah terjaga.
"Saya nampak ada sesetengah rumah yang dah roboh, terbengkalai dan tidak berpenghuni, manakala terdapat sampah yang perlu dilupuskan supaya tidak menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes dan penyebaran penyakit.
"Mudah-mudahan segala usaha tersebut dapat dilaksanakan dalam masa terdekat meskipun ia agak mencabar memandangkan kedudukan pulau yang jauh selain faktor monsun," titah baginda.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 13 2024
Al-Sultan Abdullah (tengah) berkenan bertitah pada Majlis Pelancaran ‘Malaysia Book of Records - First LRT Coach Reef’ di Pulau Tioman hari ini. - Foto Bernama
Tumblr TV dilancar kepada umum – Pesaing baharu TikTok?
Tumblr TV sebenarnya adalah produk dari 10 tahun lepas. Cuma, pada ketika itu ia adalah ciri untuk menerokai pelbagai koleksi GIF.
Kanak-kanak maut, lima parah dalam nahas MPV-lori di Maran
Kenderaan dinaiki mangsa dipercayai melanggar belakang sebuah lori yang berhenti di lorong kecemasan kerana mengalami kerosakan pada bahagian tayar.
Ahli Parlimen perlu berhujah berdasarkan fakta, bukan sentimen - Ahli akademik
Menurut Mohamad Fauzan, sikap ini bagi memastikan sesi perbahasan di Dewan Rakyat dilakukan dengan profesional dan beradab.
AWANI Ringkas: Siasatan buku Hannah Yeoh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
MEF tak sokong bayar gaji berdasarkan jantina
Pekerja perlu menerima ganjaran daripada majikan berdasarkan sumbangan dan prestasi mereka kepada organisasi, bukan berdasarkan jantina.
Radio Sinar kembali ke slogan asal ‘Muzik Retro Terbaik’
Stesen radio Sinar di bawah Astro Radio Sdn Bhd kini memperkenalkan kembali slogan ‘Muzik Retro Terbaik’. Sinar yang telah 20 tahun bersiaran sebelum ini menggunakan slogan ‘Sinar Menyinari Hidupmu’, yang cukup sinonim dengan pendengar setianya.
OpenAI lancar ejen AI automasi tugasan web 'Operator'
Operator boleh berinteraksi dengan sebarang laman web tanpa memerlukan API berasingan dan mampu membaiki sendiri kesilapan yang dilakukan semasa tugasan.
Simbah cat merah KK Supermart di UM, polis buru dua individu
Polis mengesahkan dua individu terlibat dalam insiden menyimbah cat ke atas sebuah kedai serbaneka di Universiti Malaya (UM), pada Selasa.
JIM Terengganu tahan 14 pendatang tanpa izin
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Terengganu menahan 14 pendatang tanpa izin dalam Op Sapu dan Kutip di enam tapak pembinaan di daerah Hulu Terengganu pada Selasa.
Pengarah Imigresen Negeri Terengganu Mohd Yusri Mohd Nor berkata tangkapan itu melibatkan 12 rakyat Bangladesh, dan masing-masing seorang warga Myanmar dan Pakistan yang berusia antara 24 hingga 54 tahun.
Pengarah Imigresen Negeri Terengganu Mohd Yusri Mohd Nor berkata tangkapan itu melibatkan 12 rakyat Bangladesh, dan masing-masing seorang warga Myanmar dan Pakistan yang berusia antara 24 hingga 54 tahun.
Penganjur belum penuhi syarat - Ketua Polis KL
Penganjur Himpunan Rakyat Benci Rasuah yang dijadualkan berlangsung esok di hadapan Kompleks SOGO dekat Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini, belum menghantar kembali notis perhimpunan yang lengkap kepada polis.
Tukun gerabak LRT pertama di Pulau Tioman
Pulau Tioman menjadi pulau pertama di negara ini melabuhkan tukun tiruan gerabak sistem transit aliran ringan (LRT) yang diiktiraf oleh Malaysia Book of Records (MBOR).
Sultan Pahang zahir hasrat jadikan Pulau Tioman pulau contoh
Sejajar pengumuman Pulau Tioman sebagai Pulau Tenaga Hijau, Sultan Pahang menzahirkan harapan menjadikan Pulau Tioman sebagai pulau contoh.
Kerajaan Pahang dalam proses pengambilan tanah naik taraf Lapangan Terbang Pulau Tioman
Kerajaan Negeri Pahang menerusi Bahagian Perancangan Ekonomi Negeri dalam proses permohonan pengambilan tanah bagi menaik taraf Lapangan Terbang Pulau Tioman.
Pembinaan lapangan terbang baharu Pulau Tioman tidak diteruskan - Nik Nazmi
Mesyuarat Jemaah Menteri secara dasarnya bersetuju untuk tidak meneruskan pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Tioman baharu.
Agong tinjau proses naik taraf Jeti Pulau Tioman
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan mencemar duli meninjau proses naik taraf jeti Kampung Tekek, Pulau Tioman.
Tambang feri penduduk Pulau Tioman RM20 sehala mulai Januari
Kerajaan Pahang bersetuju mengurangkan kadar tambang feri antara Pulau Tioman dan tanah besar untuk penduduk pulau berkenaan kepada RM20 sehala berbanding kadar semasa RM50, mulai Januari tahun depan.
UMP, TDA meterai MoU di dasar laut
Kerjasama ini bakal memberi manfaat kepada kedua-dua belah pihak dalam usaha membangunkan organisasi terutama dalam hal-hal berkaitan penyelidikan, pembangunan, dan program bersama komuniti di Tioman.
Pulau Tioman masih selamat dikunjungi
Ribut hanya berlaku satu hingga dua jam dan selepas itu hanya tinggal angin dan ombak yang tidak berbahaya.
Agong berkenan berangkat ke Program Ziarah Kasih di Pulau Tioman
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat menyempurnakan Program Ziarah Kasih di Kampung Mukut, Pulau Tioman, Pahang hari ini.
Hanya pelancong yang sudah buat tempahan sahaja dibenarkan ke Pulau Tioman
Pelancong yang ingin mengunjung ke Pulau Tioman diwajibkan membuat tempahan bilik selain lengkap dua dos vaksin COVID-19 sebelum dibenarkan ke pulau peranginan tersebut.