Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah murka dan sedih dengan kejadian banjir lumpur di Kilometer 52.4 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak pada Rabu lepas dan menitahkan pihak berkenaan mencari jalan penyelesaian untuk mengelak kejadian serupa daripada berulang.
Baginda menyifatkan kejadian tersebut amat memalukan dan menjejaskan imej Pahang selain menyusahkan banyak pihak kerana ia merupakan laluan utama dari Kuala Lumpur ke Pantai Timur.
"Saya sedih sampai empat hari laluan dari Kuala Lumpur ke Pahang terputus hubungan, memang ini kuasa Allah (hujan lebat sehingga menyebabkan banjir lumpur) tetapi apa persediaan untuk hadapinya.
"Saya tidak mahu perkara ini berulang dan sehubungan itu pihak berkenaan perlu cari jalan untuk pastikan kejadian ini tidak berlaku lagi kerana ia menyusahkan rakyat," titah baginda dengan nada kesal.
Sultan Pahang bertitah demikian selepas mendengar taklimat tentang kejadian itu oleh Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) Datuk Ir Ismail Md Salleh di sini, hari ini.
Baginda menitahkan semua agensi yang berkenaan supaya bekerjasama mencari jalan penyelesaian terhadap perkara itu dan bukannya menuding jari mencari salah siapa.
Sultan Pahang sebelum itu tiba di KM52.4 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak pada kira-kira pukul 10 pagi untuk meninjau keadaan di kawasan kejadian dengan diiringi Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang Datuk Seri Saffian Ismail. Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Asas dan Alam Sekitar Pahang Datuk Mohd Soffi Abd Razak dan Ketua Polis Pahang Datuk Seri Shariffudin Abd Ghani.
Baginda turut menitahkan agar sebahagian daripada laluan tersebut dibuka segera bagi kemudahan pengguna jalan raya.
Selepas mendengar taklimat lebih sejam itu, baginda turut melawat 73 orang daripada 14 keluarga kakitangan Pejabat Hutan Lentang yang ditempatkan di Masjid Lentang setelah kuarters mereka terjejas dalam kejadian banjir lumpur itu.
Sultan Ahmad Shah turut menyampaikan sumbangan kepada mangsa dan memberi jaminan mereka akan ditempatkan di kediaman baharu secepat mungkin.
Dalam sidang media selepas itu, baginda bertitah antara langkah yang telah dikenal pasti untuk mengelak insiden yang sama berulang, termasuk membina tembok yang lebih tinggi untuk menghalang laluan air jika hujan lebat berlaku.
Pihak agensi peringkat negeri dan peringkat pusat yang berkaitan akan mengadakan perbincangan bagi memastikan perkara serupa tidak berlaku pada masa akan datang, titah baginda.
Sultan Ahmad Shah turut menafikan terdapat kegiatan pembalakan haram berhampiran kawasan itu yang menyebabkan kejadian banjir lumpur itu.
Sementara itu, Liow berkata perbincangan akan dilakukan dengan Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk membuka laluan tersebut secepat mungkin seperti dititahkan baginda.
"Saya dimaklumkan mereka (JKR) sedang berusaha untuk membuka semula laluan terjejas dengan kadar segera dan berharap ia dapat dilaksanakan hari ini. Bagaimanapun pengumuman berkenaan pembukaan semula laluan itu akan dibuat oleh Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof," katanya.
Liow yang juga anggota Parlimen Bentong turut berharap proses membaik pulih kawasan tadahan air yang terjejas akibat kejadian banjir lumpur itu dilakukan dengan segera kerana khuatir kejadian sama berulang.
Beliau turut menjunjung kasih terhadap keberangkatan Sultan Ahmad Shah ke lokasi terjejas di samping meluangkan masa serta memberikan bantuan kepada mangsa.
Bernama
Sat Nov 14 2015
Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah berkenan meninjau keadaan kawasan tanah runtuh di Kilometer 52.4 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak hari ini. - Foto Bernama
Waran tangkap Netanyahu: Tun Mahathir sokong keputusan ICC
Tun Dr Mahathir Mohamad menyokong keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) yang mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu.
Majlis Perasmian Program 2 Tahun Kerajaan Madani (2TM)
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir Majlis Perasmian Program 2 Tahun Kerajaan Madani (2TM) & Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam 2024 di Pusat Konvensyen KLCC.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di enam negeri hingga 29 Nov
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Kelantan, Terengganu dan Pahang hingga 29 Nov.
AWANI Ringkas: Apa jadi kes Faisal Halim?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
4 anggota pengaman Itali cedera serangan roket di pangkalan UNIFIL di Lubnan
Empat tentera Itali cedera, namun tidak parah, selepas pangkalan Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) di Lubnan diserang dengan tembakan roket pada Jumaat.
BAM lantik Kenneth Jonassen ketua jurulatih baharu perseorangan kebangsaan
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) umum pelantikan Kenneth Jonassen dari Denmark sebagai ketua jurulatih perseorangan negara yang baharu.
Sultan Nazrin berkenan berangkat ke Istiadat Konvokesyen USAS ke-17
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat ke Istiadat Konvokesyen Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) ke-17 hari ini.
Nelayan jatuh laut ditemui lemas di Pulau Ketam
Seorang nelayan berusia 59 tahun ditemukan lemas di kedudukan 8.1 batu nautika barat daya Pulau Ketam, semalam.
Kepimpinan MADANI bentuk era baharu pembangunan, ekonomi inklusif - KSN
Kepimpinan MADANI menyaksikan pembentukan era baharu pembangunan negara yang inklusif, berintegriti dan produktif, seterusnya memperkukuh prestasi ekonomi dan sosial.
Deklarasi Kuala Lumpur komitmen penjawat awam sokong penuh agenda reformasi - KSN
Deklarasi Kuala Lumpur-Tekad Bersama Perkhidmatan Awam Malaysia menjadi komitmen penjawat awam seluruh negara untuk menyokong sepenuhnya agenda reformasi perkhidmatan awam.
'Hati sebak bila langit Gunung Jerai gelap'
Biarpun sudah berlaku beberapa tahun, namun kesan dan traumanya masih dirasai penduduk setempat terutamanya mereka yang kehilangan ahli keluarga dalam kejadian yang menyayat hati itu.
Tanah runtuh sekitar Masilau di kaki Gunung Kinabalu, situasi terkawal
Pemantauan di kawasan kejadian tanah runtuh sekitar Mesilou, Kundasang di kaki Gunung Kinabalu mendapati, keadaan adalah terkawal.
Banjir lumpur Taman Chepor Impian: Penduduk minta penjelasan, ganti rugi
Roslan mendakwa kejadian banjir kilat beserta lumpur yang berulang itu adalah disebabkan projek perumahan baharu di kawasan berdekatan.
Libya bagai dilanda garuda
Ribut Daniel yang melanda akhir minggu lalu telah menenggelamkan bandar Derna dan mengakibatkan kemusnahan besar di Libya.
Banjir lumpur Bentong: Young Syefura desak siasat kejadian di Bukit Tinggi
Ini merupakan kejadian kedua dalam tempoh tidak sampai setahun, yang mana sebelum ini kejadian sama berlaku pada Mei 2022.
Banjir lumpur: Laluan Janda Baik-Genting Sempah ditutup akibat runtuh
Jalan Kuala Lumpur-Bentong yang menghubungkan Genting Sempah ke Janda Baik ditutup sementara kepada semua kenderaan selepas mengalami runtuhan akibat kepala air, hari ini.
Banjir lumpur landa Bukit Tinggi, laluan ke Janda Baik terjejas
Hujan lebat selama kira-kira setengah jam membawa kepada kejadian banjir lumpur di Bukit Tinggi, di sini petang tadi.
8 maut, 5 hilang dalam kejadian banjir lumpur di Peru
Komuniti perlombongan di Miski dan San Martin terkejut dengan kejadian tanah runtuh itu.
Setahun tragedi kepala air Titi Hayun, traumanya masih terasa - Penduduk
Hari ini genap setahun tragedi kepala air dan banjir lumpur di Gunung Jerai yang mengorbankan tujuh nyawa.
Pascabanjir: 'Ketepikan politik, kerjasama semua pihak amat perlu untuk mangsa' - Rara
Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketari, Young Syefura Othman, beberapa isu terutamanya debu yang menjejaskan kesihatan penduduk perlu diselesaikan segera.