KUANTAN: Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengurniakan sumbangan kepada keluarga Allahyarham Nur Farah Kartini Abdullah.
Kesultanan Pahang menerusi hantaran di Facebook memaklumkan kurniaan itu disampaikan paduka anakanda Tengku Panglima Raja Brigedier Jeneral Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah yang menziarahi kediaman kakak ipar Allahyarham di Kampung Nyiur Manis, Pekan hari ini.
"Tengku Amir Nasser yang tiba pada 11 pagi meluangkan masa kira-kira setengah jam menyantuni ibu Allahyarham, Salmah Abdullah serta ahli keluarga lain yang turut berada di rumah berkenaan sebelum menyampaikan sumbangan," menurut hantaran itu.
Tengku Amir Nasser turut menzahirkan ucapan takziah serta berharap ibu serta seluruh ahli keluarga Nur Farah Kartini bersabar dengan ujian yang diterima.
Jenazah Nur Farah Kartini selamat dikebumikan pada 5.20 petang semalam di Tanah Perkuburan Kampung Nyiur Manis.
Nur Farah Kartini, 25, dilaporkan hilang pada 10 Julai lepas sebelum mayatnya ditemukan di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor, kira-kira 6 petang pada 15 Julai.
Susulan itu, seorang lelaki berusia 26 tahun yang juga anggota polis bertugas di Perak direman hingga 22 Julai ini untuk membantu siasatan kes terbabit mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 19 2024
Kurniaan Al-Sultan Abdullah itu disampaikan paduka anakanda Tengku Panglima Raja Brigedier Jeneral Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah yang menziarahi kediaman kakak ipar Allahyarham di Kampung Nyiur Manis, Pekan hari ini. - Foto FB Kesultanan Pahang
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Penduduk rungut sesak nafas, gatal tekak akibat jerebu Delhi
Penduduk yang tinggal di New Delhi, India mengadu sakit tekak dan sesak nafas akibat kualiti udara yang semakin merosot di bandar itu. Kualiti udara di bandar yang dinamakan sebagai bandar paling tercemar di dunia pada tahun 2023 itu kini masih kekal pada paras merbahaya dengan indeks bacaan kualiti udara (AQI) 688 setakat pagi Isnin.
Iran mahu hukuman mati untuk Netanhayu, Gallant
Hanya hukuman mati setimpal untuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanhayu dan Bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant atas jenayah mereka di Asia Barat, kata Pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei.
Polis lepaskan gas pemedih mata kepada penyokong Imran
Polis daerah Attock di barat laut Pakistan terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan ratusan penunjuk perasaan yang mengadakan protes membebaskan bekas perdana menteri Imran Khan pada Isnin.
Pesawat kargo DHL terhempas di Vilnius
Polis Lithuania tidak menangkis serangan pengganas boleh menjadi punca kepada nahas pesawat kargo DHL terhempas berhampiran lapangan terbang Vilnius pada pagi Isnin. Nahas itu seperti yang disahkan oleh Ketua Polis telah mengorbankan seorang individu dan mencederakan tiga yang lain, yang kini masih ditempatkan di hospital untuk menerima rawatan.
Datuk Seri Vida lantik peguam selesai isu sitaan & hutang
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Kahar: Kapla High Council bakal cetus fenomena baharu?
Wartawan Ridauddin Daud menemubual beberapa pelakon Kahar: Kapla High Council ketika tayangan perdana pada Isnin.
Tidak akan terburu-buru, perlu kajian mendalam
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
Kes bunuh Nur Farah Kartini: 7 Okt untuk serahan laporan kimia, bedah siasat
Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu di sini hari ini menetapkan 7 Okt untuk penyerahan laporan kimia dan bedah siasat Nur Farah Kartini Abdullah.
Pos Malaysia hantar pulang barangan peribadi Nur Farah Kartini ke Sarawak
Pos Malaysia mengambil inisiatif menghantar barangan milik bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Allahyarham Nur Farah Kartini Abdullah ke kampung halamannya di Sarawak.
Anggota polis didakwa bunuh Nur Farah Kartini akan ditahan tugas - KPN
Anggota polis yang didakwa atas pertuduhan membunuh Nur Farah Kartini Abdullah akan dikenakan tindakan tahan kerja.
Kronologi kes hilang dan bunuh Nur Farah Kartini
Kehilangan Nur Farah Kartini berakhir penuh tragis apabila mayatnya ditemukan di sebuah ladang kelapa sawit di Hulu Bernam, Selangor lima hari kemudian.
Keluarga Nur Farah Kartini puas hati proses siasatan, pendakwaan
Keluarga kepada Nur Farah Kartini Abdullah yang ditemukan mati 15 Julai lepas, berpuas hati terhadap proses siasatan polis dan pendakwaan di mahkamah.
Kes bunuh Nur Farah: Isteri tertuduh belum bersedia, belum boleh keluar - Peguam
Keluarga tertuduh masih memberikan sokongan terhadapnya dan hadir di mahkamah ketika pertuduhan dibacakan.
Muhammad Alif dituduh bunuh Nur Farah Kartini
Tertuduh didakwa membunuh Nur Farah Kartini yang berusia 25 tahun dan merupakan graduan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
Kes bunuh Nur Farah: Suspek tiba di Mahkamah KKB untuk tuduhan membunuh
Suspek yang memakai baju hitam dengan pelitup muka tiba jam 9.05 pagi dengan menaiki kenderaan polis.
Bunuh Nur Farah Kartini: Lans koperal dibawa ke mahkamah hari ini
Tumpuan pastinya terarah pada susuk lelaki itu apabila sebahagian kecil maklumat mengenai suspek akan 'dilondehkan' dalam kertas pertuduhan kelak.
Kes Nur Farah Kartini: Unit Forensik jumpa kunci kereta
Kunci itu ditemukan kira-kira jam 11.20 pagi pada jarak 50 meter dari jambatan kecil yang dipercayai menjadi lokasi suspek membuang barangan milik mangsa.