Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzudin Shah sebak ketika melancarkan buku Conversation with Tunku Abdul Rahman tulisan Tan Sri Abdullah Ahmad di Memorial Tunku Abdul Rahman, Jalan Dato Onn, di sini.
Dengan nada suara yang sebak, baginda bertitah dalam ucapan perasmiannya : "Beta gembira Tan Sri Abdullah menulis buku kerana ia memberi perspektif yang berbeza mengenai sejarah. Beliau adalah saksi kepada sejarah.
"Sebagai seorang sahabat, beta tidak berdaya untuk menanggung keperitan yang dihadapi Abdullah. Beta berdoa agar kesakitan dan kesengsaraan yang dihadapi oleh insan yang kita sayangi dapat berkurangan.
"Beta akan sentiasa mendoakan Abdullah, semoga Allah terus merahmati kamu," titah baginda.
Menurut Sultan Nazrin, baginda sudah mengenali Abdullah selama 30 tahun, dan penerbitan buku tulisan yang diusahakan beliau itu merupakan satu himpunan khazanah ilmu.
Conversations with Tunku Abdul Rahman memaparkan kompilasi rakaman temu bual Abdullah bersama mantan perdana menteri, Almarhum Tunku Abdul Rahman, pada tahun 1982 hingg 1984.
Jelas baginda, bahan perbualan yang telah dibukukan itu mengandungi sebahagian daripada khazanah maklumat penting yang dizahirkan oleh seorang putera bangsa yang banyak berjasa kepada negara.
"Jasa bakti Tunku terus segar dalam ingatan, tetap subur dalam kenangan.
"Ketika hayatnya, Tunku amat dikenali sebagai insan yang memancarkan sinar kemanusian sejagat, menyemarakkan semangat perpaduan, mengiramakan simfoni damai, mengalunkan lirik persaudaraan, merentasi sempadan agama, negara, bangsa, budaya dan strata sosio-ekonomi."
Mariah Ahmad
Wed Apr 06 2016
![Sultan Nazrin sebak lancar buku 'Conversations with Tunku Abdul Rahman' Sultan Nazrin sebak lancar buku 'Conversations with Tunku Abdul Rahman'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-04/81459918888_ConversationsTAR.jpg)
Sultan Nazrin menyifatkan buku yang diusahakan Tan Sri Abdullah Ahmad itu satu himpunan khazanah ilmu. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Sultan Nazrin sebak lancar buku 'Conversations with Tunku Abdul Rahman' Sultan Nazrin sebak lancar buku 'Conversations with Tunku Abdul Rahman'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-04/81459918888_ConversationsTAR.jpg)
Sultan Nazrin sebak lancar buku 'Conversations with Tunku Abdul Rahman'
Sultan Nazrin Muizzudin Shah gembira Tan Sri Abdullah menulis buku kerana ia memberi perspektif yang berbeza mengenai sejarah.