SULTAN Kelantan, Sultan Muhammad V menzahirkan rasa kesal dan dukacita atas penyebaran gambar-gambar peribadi baginda di laman sosial.
Menurut baginda, segala kekhilafan baginda yang disebar luas itu telah mengakibatkan kekeliruan dalam kalangan rakyat sehingga mencetuskan pertelagahan di media sosial.
Kenyataan kesal Sultan Muhammad V itu dikeluarkan oleh Pengelola Istana D’Raja Kelantan, Nik Mohd Shafriman Nik Hassan pada Jumaat.
“KDYMM (Ke bawah Duli Yang Maha Mulia) Sultan Muhammad V turut menzahirkan kekesalan dan rasa yang amat dukacita di atas kekhilafan peribadi baginda yang telah mengakibatkan kekeliruan di kalangan rakyat, sehingga mendatangkan pertelagahan di media sosial kerana didorong oleh khabar angin yang tidak sahih,” kata kenyataan itu.
Dalam kenyataan berkenaan, Nik Mohd Shafriman turut menyatakan Istana Kelantan amat kesal dan membantah penyebaran gambar-gambar baginda di media sosial beserta entri yang tidak beradab berkaitan kehidupan peribadi baginda.
"Bukan menjadi kelaziman pihak istana untuk memberi penjelasan kepada bualan di media sosial, tetapi Istana Kelantan telah memutuskan untuk menjernihkan kekeruhan yang sengaja ditimbulkan untuk mengelirukan rakyat," kata Nik Mohd Shafriman lagi.
Sehubungan itu, Nik Mohd Shafriman menyeru masyarakat agar tidak mudah terpengaruh dengan sebarang kenyataan berunsur fitnah yang tersebar.
Menurut beliau, Sultan Muhammad V tidak seharusnya dikaitkan dengan fitnah di media sosial kerana ia mencemarkan nama baik institusi kesultanan Kelantan.
“Sekali lagi pihak Istana menyeru supaya rakyat tidak mudah terpengaruh dengan penyebaran kenyataan yang tidak benar dan berunsur fitnah.
“Hanya kenyataan rasmi dari Istana Kelantan dan peguam kepada Sultan Muhammad V yang boleh diambil kira sebagai kenyataan tepat dan boleh diterima pakai oleh rakyat dan pengamal media.
“Sultan Muhammad V sebagai sultan yang memerintah Kelantan tidak seharusnya dikaitkan dengan fitnah dan coretan yang tidak sahih di media sosial.
“Fitnah-fitnah berupa coretan yang tidak benar ini telah mencemarkan nama baik Kesultanan Kelantan dan kerabat diraja Kelantan,” kata beliau.
Astro Awani
Fri Sep 06 2019
Menurut Sultan Muhammad V, segala kekhilafan baginda yang disebar luas itu telah mengakibatkan kekeliruan di kalangan rakyat sehingga mencetuskan pertelagahan di media sosial. - Gambar fail BERNAMA
Bersih sedia jadi perantara antara kerajaan, pembangkang
Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) sekali lagi menyataan kesediaan untuk menjadi perantara antara kerajaan dengan pembangkang bagi memastikan CSA atau MoU dijayakan dengan sebaik mungkin.
Polis terima laporan kes kucing diseret
Polis mengesahkan menerima laporan ke atas seorang lelaki yang bertindak menganiayai seekor kucing dengan mengikat tali di leher haiwan itu sebelum diseret dalam kejadian di Scott Garden Soho, Kuala Lumpur pada Sabtu.
AWANI Review: Power of Vulnerability - Why Openness Makes Better Leaders
Nick Jonsson, co-founder of Executives’ Global Network Malaysia and author of Executive Loneliness, explores the hidden struggles of leadership - loneliness and mental health. In conversation with Cynthia Ng, he reveals how embracing vulnerability and openness can transform leaders and organisations for the better.
2TM: Lebih 200,000 pengunjung direkodkan dalam dua hari
Lebih 200,000 pengunjung direkodkan menghadiri Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM) dan Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam Tahun 2024 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.
Johor negeri terbaru dilanda banjir
Sebuah PPS dibuka di Balai Raya Batu Badak, Segamat, 2 petang tadi, dengan menempatkan 11 orang daripada empat keluarga.
Polis tahan enam lelaki disyaki terbabit sindiket jual air ketum
Polis menahan enam lelaki tempatan di sebuah rumah di Taman Pakatan Jaya kerana disyaki terbabit sindiket penjualan air ketum.
KPDN Pahang serbu dua premis jadi stor simpanan barang kawalan bersubsidi
KPDN Pahang melakukan serbuan terhadap sebuah restoran dan rumah yang disyaki dijadikan lokasi penyimpanan barang kawalan bersubsidi di Triang, Bera pagi tadi.
Seorang lagi wartawan terkorban dalam serangan Israel di Gaza, angka korban meningkat kepada 189
Mangsa, Wael Ibrahim Abu Quffa merupakan seorang wartawan dan pensyarah di Jabatan Kewartawanan dan Media, Universiti Islam Gaza.
Pahang berjaya peroleh kutipan hasil RM1.144 bilion
Ia membuktikan prestasi kepimpinan kerajaan negeri ini sangat cemerlang untuk setanding dengan negeri maju lain seperti Selangor dan Johor.
10 Berita Pilihan - (23 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Sultan Muhammad V dukacita atas kekhilafan peribadi
Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V menzahirkan rasa kesal dan dukacita atas penyebaran gambar-gambar peribadi baginda di laman sosial.