Ketua Setiausaha Sulit Sultan Kedah, Datuk Bijaya Indera, Datuk Paduka Syed Unan Mashri Syed Abdullah menafikan khabar angin yang tersebar di aplikasi WhatsApp dan Facebook kononnya Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah sedang gering.
Beliau berkata mesej tersebut disebarkan orang tidak bertanggungjawab yang suka menambah cerita untuk sengaja ditularkan.
"Kenyataan tular itu tidak benar. Alhamdulillah baginda sihat tapi kita mesti sedar umur baginda hampir 90 tahun jadi mungkin tidak sekuat masa dahulu.
"Walaupun begitu, baru-baru ini baginda ada melawat Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi (LIMA'17) dan perasmian Masjid Padang Lalang di Langkawi," katanya melalui aplikasi WhatsApp kepada Bernama.
Kenyataan itu tular bersama-sama dengan satu surat pemakluman dikeluarkan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah, meminta semua pegawai daerah memaklumkan kepada imam di daerah masing-masing supaya mengadakan solat hajat selepas selesai solat Jumaat hari ini.
Syed Unan Mashri menjelaskan surat yang dikeluarkan bagi mengadakan sembahyang hajat untuk kesejahteraan dan kesihatan Sultan Kedah itu adalah satu usaha berterusan yang diadakan dari masa ke semasa sejak dahulu lagi.
Ia bagi memohon supaya Allah SWT mengurniakan kesihatan yang berpanjangan kepada Sultan Kedah, katanya. -- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 07 2017
Menurut Ketua Setiausaha Sulit Sultan Kedah, mesej tersebut disebarkan orang tidak bertanggungjawab yang suka menambah cerita untuk sengaja ditularkan.
Masyarakat pelbagai linguistik jadi pemangkin keharmonian Malaysia
Masyarakat itu bukan sahaja tahu untuk berkomunikasi, tetapi juga menghargai kepelbagaian budaya dan bahasa yang ada di sekeliling mereka.
Misi Jelajah Dunia Akhir BWF Aaron-Wooi Yik terima tamparan
Aaron-Wooi Yik terpaksa akur dengan kehebatan pasangan tuan rumah He Ji Ting-Ren Xiang Yu dalam aksi yang berlanjutan ke set penentuan.
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
RM10 untuk dapatkan salinan sijil SPM di Program 2TM
Harga asal bagi penggantian sijil SPM ialah RM30 dan 'kadar istimewa' itu hanya berlangsung hingga hari terakhir program pada Ahad ini.
KKDW perkenal konsep Smart Village, perkasa komuniti desa dengan teknologi moden
Projek rintis 'Smart Village' KKDW akan diadakan di tiga kampung yang memenangi Anugerah Desa MADANI (ADM) 2024.
Empat projek sedang, bakal dilaksana JPS atasi risiko banjir akibat air pasang besar
Sebanyak empat projek sedang dan bakal dilaksanakan JPS Melaka di beberapa lokasi pesisir pantai negeri ini bagi mengurangkan risiko banjir berikutan fenomena air pasang besar.
Skim galakan guna motosikal elektrik MARiiCas hampir capai sasaran 2024 - MARii
Inisiatif Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas) terbukti mendapat sambutan dan hampir mencapai sasaran yang ditetapkan bagi tahun ini.
Lebih 90 peratus usahawan belum manfaatkan e-Invois
Majoriti atau dianggarkan lebih 90 peratus usahawan, terutama yang berpendapatan tahunan RM25 juta ke bawah, masih belum memanfaatkan sistem e-Invois yang mula diperkenalkan pada 1 Ogos lepas.
Wanita 19 tahun korban keenam keracunan arak metanol
Pelancong wanita warga Australia yang dirawat akibat keracunan metanol di Vientiane, Laos, telah disahkan meninggal dunia pada Jumaat.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Pertabalan Raja Charles telan kos hampir RM424 juta
Pertabalan Raja Charles menelan belanja sebanyak 72 juta pound (hampir RM424 juta).
Sultan Kedah sihat, tular gering tidak benar
Ketua Setiausaha Sulit Sultan Kedah, Datuk Bijaya Indera, Datuk Paduka Syed Unan Mashri Syed Abdullah menafikan khabar angin yang tersebar kononnya Sultan Kedah, sedang gering.