JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar berkenan mengurniakan 103,000 unit khemah kubik bernilai RM19 juta kepada negeri-negeri di seluruh negara.
Menerusi hantaran terbaru di laman sosial baginda, memaklumkan khemah kubik kurniaan baginda menerusi Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) itu adalah untuk kegunaan sewaktu bencana alam bagi menempatkan mangsa-mangsa di Pusat Pemindahan Sementara (PPS).
Majlis simbolik penyerahan khemah kubik kepada wakil-wakil setiap negeri disempurnakan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim di Istana Polo, Pasir Pelangi, di sini, hari ini.
Setiap negeri mendapat lebih 5,000 unit khemah yang telah disampaikan oleh YSIJ.
Hadir sama, Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi, Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Tan Sri Datuk Azmi Rohani dan Pemegang Amanah Urusan YSIJ, Datuk Avinderjit Singh.
Hadir sama, Timbalan Ketua Pengarah (Bahagian Pengurusan Pasca Bencana) Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA Malaysia), Datuk Khairul Shahril Idrus.
Sementara itu, Datuk Avinderjit Singh, berkata Sultan Johor mengurniakan khemah berkenaan kepada seluruh negeri untuk kegunaan mangsa-mangsa sewaktu bencana banjir.
"Baginda amat prihatin dengan kebajikan rakyat sewaktu bencana dan kurniaan khemah ini boleh digunakan untuk penempatan mangsa-mangsa di PPS," katanya.
Siti Nur Aqilla Omar
Tue Sep 13 2022
Khemah kubik itu adalah untuk kegunaan sewaktu bencana alam bagi menempatkan mangsa-mangsa di Pusat Pemindahan Sementara (PPS). - Royal Press Office
AWANI Ringkas: Kebajikan kanak-kanak tidak akan terabai
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 19 Oktober 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 19 Oktober 2024
1️⃣ Kebajikan kanak-kanak tidak akan terabai
2️⃣ Kestabilan, tadbir urus baik pacu ekonomi
3️⃣ Langkah tangani isu manipulasi perniagaan, barang kawalan
#awaniringkas
1️⃣ Kebajikan kanak-kanak tidak akan terabai
2️⃣ Kestabilan, tadbir urus baik pacu ekonomi
3️⃣ Langkah tangani isu manipulasi perniagaan, barang kawalan
#awaniringkas
PM Anwar tiba di Jakarta untuk majlis pelantikan Presiden
Pesawat khas yang membawa Perdana Menteri selamat mendarat di Lapangan Terbang Halim Perdanakusuma di Jakarta Timur pada 6 petang waktu tempatan.
Perkhidmatan internet terputus sepenuhnya di utara Semenanjung Gaza
Gangguan itu melibatkan kebanyakan kawasan di utara Gaza yang didahului dengan gangguan berperingkat sebelum terputus sepenuhnya.
Asap tebal selubungi New Delhi
Asap tebal dilaporkan menyelubungi ruangan udara bandar New Delhi yang mana kualiti udara menjunam ke tahap berbahaya pada Sabtu.
SPR lancar siasatan salah laku parti pemerintah, Phue Thai
Memetik laporan Bangkok Post, sehubungan itu, suruhanjaya itu telah memutuskan untuk melancarkan siasatan rasmi terhadap tuduhan salah laku berkenaan.
Operasi SAR diteruskan, kadar penglihatan rendah
Wartawan AWANI Borneo, Fadillah Sulaiman bawakan laporan terkini insiden perahu lumba karam dan tenggelam berhampiran kawasan perindustrian Bintawa.
Pengusaha sambut baik keputusan gaji minimum
Rata-rata peniaga menyambut baik pengumuman keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menaikkan kadar gaji minimum daripada RM1,500 sebulan kepada RM1,700 sebulan yang akan berkuat kuasa mulai 1 Feb 2025.
[TERKINI] Mangsa mungkin dihanyutkan ke muara Sungai Sarawak
Lima mangsa yang hilang dalam tragedi perahu lumba karam di Sungai Sarawak mungkin dihanyutkan arus hingga ke muara sungai.
AWANI Borneo [19/10/2024] – Pendapatan negeri | Lan Berambeh | Detik sukar buat keluarga
Tumpuan AWANI Borneo 19 Oktober 2024 bersama Assim Hassan
- Sabah tawar peluang pelaburan dalam ekonomi biru
- Sarawak mahu jadi pembekal elektrik utama ASEAN
- Tragedi Regatta, salah seorang mangsa baru sahaja bertunang Sabtu lalu
#AWANInews
- Sabah tawar peluang pelaburan dalam ekonomi biru
- Sarawak mahu jadi pembekal elektrik utama ASEAN
- Tragedi Regatta, salah seorang mangsa baru sahaja bertunang Sabtu lalu
#AWANInews
Sultan Johor kurnia 103,000 unit khemah bencana bernilai RM19 juta ke seluruh negara
Khemah kubik itu adalah untuk kegunaan sewaktu bencana alam bagi menempatkan mangsa-mangsa di Pusat Pemindahan Sementara (PPS).