JOHOR BAHRU: Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menzahirkan kekesalan baginda dengan sikap segelintir masyarakat yang gemar membuang sampah di dalam longkang, parit dan sungai hingga menjejaskan saliran air terutamanya pada musim hujan di kawasan Bandaraya Johor Bahru.
Baginda bertitah hasil siasatan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) mendapati banjir kilat yang melanda kawasan bandar raya bulan lepas berpunca akibat sistem saliran tersumbat disebabkan sampah sarap dan sisa binaan.
Laporan dan gambar-gambar hasil siasatan MBJB dipersembahkan kepada Sultan Johor oleh Datuk Bandar MBJB Datuk Noorazam Osman di Pejabat Mados, Istana Bukit Pelangi, Johor Bahru baru-baru ini.
"Ia berpunca daripada sikap segelintir masyarakat yang gemar membuang sampah ke dalam sungai, parit dan longkang. Apabila turunnya hujan dalam jumlah yang besar dan tempoh yang lama, maka banjir kilat pasti tidak dapat dielakkan.
Saya ada melihat gambar-gambar dan rakaman video yang ditunjukkan oleh Datuk Bandar MBJB. Terdapat begitu banyak sampah dibuang termasuk tilam, kayu dan juga peti sejuk. Amat mengecewakan," titah baginda menerusi satu hantaran di Facebook rasmi baginda, hari ini.
Sultan Ibrahim bertitah masyarakat seharusnya lebih bertanggungjawab dengan tidak membuang sampah dalam saliran mahupun sungai kerana perbuatan seperti itu kelak menyumbang kepada berlakunya banjir.
Sebelum ini, Sultan Johor ada menitahkan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Johor serta pihak berkuasa tempatan supaya menjalankan kajian di semua kawasan yang kerap berlaku banjir kilat di negeri ini.
Sementara itu, Noorazam berkata bahawa pihaknya telah melaksanakan kerja-kerja pembersihan di lokasi yang terlibat dengan membersihkan halangan di dalam parit, longkang serta saliran utama.
"MBJB memperuntukkan RM6 juta untuk penyelenggaraan sungai dan longkang setiap tahun. Sikap segelintir rakyat kita amat dikesali.
"Saya juga telah mengadakan lawatan ke lokasi-lokasi hotspot (kerap) banjir bagi merangka tindakan penyelesaian komprehensif melibatkan tindakan penyelesaian segera, sederhana dan jangka masa panjang bagi mengatasi masalah banjir," kata Noorazam.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 20 2021
Sebelum ini, Sultan Johor menitahkan JPS Johor serta pihak berkuasa tempatan supaya menjalankan kajian di semua kawasan yang kerap berlaku banjir kilat di negeri ini. - Gambar/ Bernama
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 23 November 2024.
Tumpuan Ahad – 24 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Air pancut purba Kestros di Turkiye berfungsi kembali selepas 1,800 tahun
Pemulihan air pancut Kestros bermula dua tahun lepas sebagai sebahagian daripada usaha untuk menghidupkan kembali keindahannya.
Trump pilih Scott Bessent sebagai setiausaha perbendaharaan
Trump menyifatkan Bessent sebagai seorang individu yang telah lama menjadi penyokong kuat America First Agenda
Indonesia tegaskan sokongan berikutan waran tangkap ICC
Kementerian Luar Indonesia menyatakan pengeluaran waran tangkap ICC terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Yoav Gallant merupakan langkah penting menuju keadilan.
BJP menang negeri terkaya, pembangkang kekal di kawasan kaya mineral
Parti Bharatiya Janata (BJP) pimpinan Perdana Menteri India Narendra Modi dan sekutunya mencatat kemenangan besar di Maharashtra, negeri terkaya di negara ini, manakala blok pembangkang menunjukkan prestasi cemerlang di Jharkhand, wilayah yang kaya mineral.
11 terbunuh, puluhan cedera di Beirut akibat serangan udara Israel
Sekurang-kurangnya 11 individu terbunuh manakalan puluhan lagi cedera dalam serangan udara Israel yang menyasarkan kawasan kejiran Basta di tengah Beirur, pada awal Sabtu.
Serangan ke atas hospital di utara Gaza tunjukkan sikap tidak berperikemanusiaan Israel - Hamas
Kumpulan pejuang Palestin itu menyeru masyarakat antarabangsa mengenakan "sekatan tegas" ke atas Israel.
Masih ramai belum tebus baucar buku, tarikh akhir 31 Dis - Zambry
Hanya kira-kira 235,000 daripada lebih 1 juta pelajar di institusi pengajian tinggi (IPT) seluruh negara telah menebus inisiatif baucar buku bernilai RM100 bagi fasa kedua.
Bersih sedia jadi perantara antara kerajaan, pembangkang
Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) sekali lagi menyataan kesediaan untuk menjadi perantara antara kerajaan dengan pembangkang bagi memastikan CSA atau MoU dijayakan dengan sebaik mungkin.
'Lawatan Sultan Ibrahim pemangkin hubungan lebih kukuh' - Speaker Parlimen Singapura
Kehadiran YDP Agong bakal menjadi pemangkin hubungan yang lebih kukuh di antara dua negara, kata Speaker Singapura Seah Kian Peng
Tunku Mahkota Ismail berangkat ke majlis penutup Tilawah Al-Quran Kali Ke-68
Majlis berlangsung di Dewan Tunku Ibrahim Ismail, Kluang.
Kenali Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah
Biografi Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah.
Kenali Yang di-Pertuan Agong ke-17
Biografi Yang di-Pertuan Agong ke-17, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
Permaisuri Johor berangkat ke Kuala Lumpur
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar akan berangkat ke Istana Negara bagi Istiadat Melafaz dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada Rabu depan.
Tunku Ismail dimasyhur Pemangku Sultan Johor bermula hari ini
Jumaah Majlis Diraja mengumumkan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dimasyhurkan sebagai Pemangku Sultan Johor, mulai Ahad.
Sultan Ibrahim titah tidak terima permohonan menghadap hingga 31 Jan
Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar bertitah tidak akan menerima apa-apa permohonan menghadap baginda mulai hari ini sehingga 31 Jan ini.
Sultan Johor terima menghadap Mohamed Khaled
Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkenan menerima menghadap Menteri Pertahanan yang baharu Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Agong sembahkan DK Pahang kepada Sultan Johor, terima DK Johor
Al-Sultan Abdullah berkenan mempersembahkan Darjah Kerabat (DK) Pahang kepada Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar.
DUN Johor, MB ucap tahniah pelantikan Sultan Johor sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17
Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor hari ini merafak sembah ucapan tahniah kepada Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar atas pelantikan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17.