Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mencadangkan agar skop tanggungjawab pasukan Askar Timbalan Setia Negeri Johor (JMF) diperluas agar dapat memberi khidmat menyeluruh kepada masyarakat di negeri ini.
Menurut baginda, tanggungjawab pasukan JMF itu boleh diperluas bukan sekadar menjaga kawasan Istana semata-mata tetapi juga boleh diberi tanggungjawab mengawal semua kawasan pentadbiran kerajaan negeri seperti di Kota Iskandar dan semua pejabat-pejabat daerah.
"Bukankah lebih baik jika kita letakkan tanggungjawab menjaga keselamatan kawasan kita kepada anggota keselamatan kita sendiri berbanding syarikat swasta yang menggajikan pekerja asing? Saya harap (Datuk Seri) Menteri Besar (Mohamed Khaled Nordin) dapat menilai perkara ini," titah baginda pada majlis perasmian kem baharu pasukan JMF di sini hari ini.
Turut berangkat ke majlis itu ialah Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail dan Tunku Temenggong Johor Tunku Idris.
Sultan Ibrahim turut menzahirkan penghargaan kepada pemimpin kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri masa kini yang telah memberikan perhatian yang lebih kepada pasukan JMF dengan meluluskan penambahan anggota dan skim gaji yang sewajarnya.
"Saya menyeru agar kerajaan (negeri) supaya terus membantu pasukan JMF ini dalam usaha untuk memperkemas organisasi dan urusan pentadbirannya serta menambah lagi bilangan anggota agar mereka dapat memberikan perkhidmatan yang lebih berkesan kepada negeri dan masyarakat.
Selain itu, baginda turut mengingatkan anggota pasukan JMF agar mempunyai tahap disiplin yang tinggi pada setiap masa dan di mana juga berada, selain terus meningkatkan kemahiran ketenteraan, mempunyai ilmu keagamaan yang tinggi dan mengamalkan cara hidup Islam yang sempurna.
"Tanamkan sikap taat setia dan semangat setiakawan yang tinggi dalam pasukan, serta menjaga hubungan silaturrahim yang muhibah antara satu sama lain," titah baginda.
Pembinaan kem baharu JMF yang merupakan seluas 20.8 hektar itu terbahagi kepada beberapa fasa dan pembinaannya telah dimulakan sejak Julai 2012.
Selain terdapat 328 unit kediaman pegawai dan anggota JMF, terdapat juga pejabat pentadbiran serta kemudahan lain seperti masjid, dewan serbaguna dan kemudahan sukan.
Turut hadir ialah Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Bernama
Fri Apr 08 2016

Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan memeriksa perbarisan kehormat Askar Timbalan Setia Negeri Johor di Padang Kawad Kem Baharu Askar Timbalan Setia Negeri Johor hari ini. - Foto Bernama

Projek LCS: Bekas Pengarah Urusan BNS lepas tanpa bebas tuduhan pecah amanah RM21 juta
Mahkamah Sesyen melepas tanpa membebaskan bekas Pengarah Urusan BNS, Tan Sri Ahmad Ramli Mohd Nor, daripada tiga pertuduhan pecah amanah berhubung projek pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS).
Kuwait kutuk Israel sekat elektrik ke Gaza
Kuwait mengutuk tindakan Israel menyekat bekalan tenaga elektrik ke Semenanjung Gaza dan sifatkan ia sebagai hukuman kolektif terhadap rakyat Palestin.
Singapore Airlines larang guna, cas power bank mulai 1 April
Singapore Airlines akan mula menguatkuasakan polisi larangan menggunakan dan mengecas bank kuasa dalam pesawat bermula 1 April.

Penganggur, ibu tunggal mengaku siar video pertubuhan Geng 36, Geng 04
R Elaango didenda RM3,500 atau penjara dua bulan, manakala Tan Lee Sim didenda RM2,000 atau penjara enam bulan.
Kastam rampas mercun dan bunga api stok musim perayaan
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pulau Pinang merampas 1,186 karton mercun dan bunga api bernilai RM225,343.30 seberat 7,818 kilogram menerusi dua serbuan di Seberang Jaya dan Simpang Ampat, Nibong Tebal.

Singapore Airlines larang penggunaan, pengecasan bank kuasa mulai 1 April
Pelanggan Singapore Airlines tidak akan dibenarkan menggunakan bank kuasa atau mengecasnya melalui port USB dalam pesawat berkuat kuasa 1 April.
Pensyarah UiTM Jasin maut dalam nahas jalan raya
Seorang pensyarah Universiti Teknologi MARA (UiTM) Jasin, maut dalam nahas di Jalan Dato Mulia, Jasin pada Selasa. Mangsa yang menunggang motosikal merempuh belakang sebuah lori yang membuat pusingan U secara tiba-tiba dan maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala. #AWANInews
Polis terima maklumat baharu berhubung kes Zayn Rayyan
Maklumat terkini mengenai kes pembunuhan Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, yang melibatkan satu pautan video telah diterima pihak polis. #AWANInews
Bukan hanya trio DJ ERA FM, rakyat juga perlu jadi ejen perpaduan - PM
Dalam usaha menyatukan rakyat Malaysia dari pelbagai latar belakang, agama, kaum, dan bangsa, Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah berkata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan pentingnya peranan setiap individu sebagai ejen perpaduan.
Faham dahulu akta terkait kompaun berbeza babit isu sama - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan kepentingan memahami perubahan akta dan undang-undang yang telah diluluskan, yang menyebabkan perbezaan hukuman dan kompaun dikenakan terhadap isu yang sama.
Beliau juga telah meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk menjelaskan perkara ini bagi mengelakkan persepsi tidak sihat dan memastikan keharmonian serta kesejahteraan masyarakat terus terpelihara.
Beliau juga telah meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk menjelaskan perkara ini bagi mengelakkan persepsi tidak sihat dan memastikan keharmonian serta kesejahteraan masyarakat terus terpelihara.

Sultan Ibrahim cadang kerajaan Johor hidupkan kembali JVF
Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mencadangkan kepada kerajaan negeri supaya menghidupkan kembali pasukan sukarelawan Johor Volunteer Force (JVF).

Sultan Johor cadang skop tanggungjawab JMF diperluas
Tanggungjawab pasukan JMF itu boleh diperluas bukan sekadar menjaga kawasan Istana semata-mata tetapi juga boleh diberi tanggungjawab mengawal semua kawasan pentadbiran kerajaan negeri.
Presiden PBNJ : Bukan JMF
Anggota berpakaian tentera bukan Askar Timbalan Setia Negeri Johor (JMF) yang dikatakan berada dalam Stadium Sultan Muhammad ke-4 di Kota Bharu, Kelantan.