JOHOR BAHRU: Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar akan menjalani pembedahan di bahu kanan akibat kecederaan lama di Hospital Pakar Damansara 2 (DSH2) di Kuala Lumpur pada 18 Julai ini.
Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor Datuk Dr Abdul Rahim Ramli menerusi kenyataan hari ini berkata justeru, baginda mengharapkan agar rakyat tidak berasa bimbang dan mendoakan rakyatnya dikurniakan rahmat dan perlindungan Allah.
Beliau berkata baginda bertitah akan tetap berangkat ke acara Kembara Mahkota Johor (KMJ) dan lain-lain acara yang dijadualkan berlangsung pada bulan depan.
"Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tuanku bertitah, selepas menjalani pembedahan di bahu kanan, baginda kemungkinan akan dinasihatkan oleh doktor pakar untuk memakai selempang (sling) bahu buat seketika.
"Bagaimanapun, DYMM Tuanku bertitah, ini tidak menghalang baginda untuk menjalankan tanggungjawab berangkat dan bertemu rakyat di setiap daerah," katanya.
Beliau berkata Jumaah Majlis Diraja menyeru seluruh rakyat mendoakan semoga baginda menjalani pembedahan serta pemeriksaan kesihatan susulan dengan selamat serta dikurniakan keafiatan yang berpanjangan.
KMJ 2023 dijangka berlangsung pada 5 hingga 8 Ogos ini, selepas kali terakhir ia diadakan pada 2019.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 16 2023
Jumaah Majlis Diraja menyeru seluruh rakyat mendoakan semoga baginda menjalani pembedahan serta pemeriksaan kesihatan susulan dengan selamat serta dikurniakan keafiatan yang berpanjangan. -Facebook Official Sultan Ibrahim
Lima tentera India maut selepas kenderaan terjunam dalam gaung di Kashmir
Sekurang-kurangnya lima tentera India maut manakala lima lagi cedera selepas kenderaan mereka terjatuh ke dalam gaung.
Jual saham MAHB: Langkah tidak adil, bertentangan kepentingan negara - Hamzah
MAHB merupakan aset strategik negara yang penting dan perlu kekal sebagai syarikat awam tersenarai di Bursa Malaysia.
AWANI Pagi: Penyelidikan bencana berasaskan komuniti
Diskusi 8.30 pagi Rabu bersama Editor Kanan Nazri Kahar menemubual Prof Dr Syamsidik, Profesor Kejuruteraan Hidraulik, Pusat Studi Tsunami Dan Mitigasi Bencana (TDMRC), Universitas Syiah Kuala mengenai proses pemulihan pasca tsunami 2004 menggunakan pendekatan pengurusan bencana berasaskan komuniti sehingga menjadikan Aceh sebuah makmal hidup (living lab) terbaik pernah disaksikan selepas berlakunya tsunami dua dekad lalu.
Van Nistelrooy anggap sokongan peminat Manchester United di Malaysia seperti di Old Trafford
Pengendali Leicester City itu berasa kagum melihat peminat The Red Devils di Kuala Lumpur.
Kerajaan mulakan kajian semula antilambakan ke atas import besi
Pemulaan kajian semula pentadbiran ini adalah berdasarkan permohonan daripada Mycron Steel CRC Sdn. Bhd.
Halal Business: Scaling success without sacrificing ethics
Southeast Asia's startup ecosystem is booming, but a shift is underway. While traditional models priorities rapid scaling and revenue growth, a new wave of entrepreneurs is focused on building ethical, sustainable business that align with community values, especially halal principles. Discover how startups can balance revenue pressures with ethical integrity and understanding the role of accelerator program in guiding these ventures and local dynamics that can support businesses grow sustainably with Managing Partner, HASAN.VC, Umar Munshi.
Lelaki maut kereta terbabas langgar tiang lampu
Seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera dalam nahas melibatkan empat kenderaan di Kilometer 12.1 Jalan Permas.
Agong, Permaisuri ucap Selamat Hari Krismas
Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Krismas.
Lebih 5,000 pekerja Starbucks di AS mogok, libat 300 kedai
Kesatuan pekerja mendakwa lebih 290 kedai "ditutup sepenuhnya" dan lebih 300 kedai melancarkan mogok di 45 negeri.
Tinjauan 2025: Peranan aktif belia mencorak dasar ekonomi, sosial
Menurut United Nations Youth Office, 1.9 bilion belia berusia 10 hingga 24 tahun, ini merupakan generasi belia terbesar dalam sejarah, memberi peluang besar untuk mereka memimpin perubahan. Namun, suara mereka sering terpinggir, dengan kurang dari 3 peratus penggubal dasar berusia bawah 30 tahun dan kurang dari 1 peratus wanita muda dalam politik. Dalam konteks ini, bagaimana Malaysia boleh mengambil pendekatan proaktif bagi memperkasa belia untuk memainkan peranan penting dalam membentuk dasar ekonomi dan sosial negara?
YDP Agong sokong kerajaan laksana penjimatan drastik, subsidi bersasar
Baginda turut mempersoalkan sama ada bebanan hutang itu yang mahu ditinggalkan pentadbiran negara kepada generasi muda nanti.
Agong titah Ahli Parlimen digantung 14 hari jika tidak jaga adab
Baginda turut memberi kebenaran kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat dan Yang Dipertua Dewan Negara mengambil tindakan terhadap mana-mana ahli yang melampaui batas.
Sultan Johor terima menghadap Mohamed Khaled
Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkenan menerima menghadap Menteri Pertahanan yang baharu Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Sultan Johor berkenan terima menghadap bintang filem China Fan Bingbing
Urusan menghadap baginda itu dimudah cara oleh pengurus antarabangsa beliau, Jersey Chong, seorang anak Johor yang mahu memperkenalkan artis itu kepada bakal Yang di-Pertuan Agong Malaysia.
Laungan "Daulat Tuanku" sambut kepulangan Sultan Ibrahim di Johor
Laungan "Daulat Tuanku" kedengaran sebaik kereta yang membawa Sultan Johor keluar dari Lapangan Terbang Antarabangsa Senai hari ini.
Sultan Johor pengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-262
Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar hari ini mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-262 di Istana Negara.
Sultan Ibrahim ingatkan penjawat awam hidup ikut kemampuan, elak rasuah
Sultan Johor Sultan mengingatkan penjawat awam di negeri ini daripada peringkat bawahan hingga ke atasan supaya hidup dalam kadar mengikut kemampuan sendiri.
Zon Ekonomi Khas, hab kewangan bakal lonjak Johor ke persada global
Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar membayangkan masa depan yang cerah bagi Johor, bertapak kukuh di persada global.
Sultan Johor sedia laksana tugas negara
Sultan Ibrahim yang mendahului senarai penggiliran menaiki takhta sebagai Yang di-Pertuan Agong, menzahirkan kesediaan memikul tanggungjawab itu.
Sultan Ibrahim terima menghadap Wan Junaidi
Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar hari ini berkenan menerima menghadap Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.