KUALA LUMPUR: Serangan terbaharu tentera Israel di Rafah semalam mencederakan beberapa sukarelawan kemanusiaan yang sedang memunggah barangan bantuan Ops Ihsan.
Pengerusi Sekretariat Ops Ihsan Jismi Johari menerusi kenyataan berkata serangan pada 5.30 petang waktu tempatan itu juga nyaris memusnahkan pek makanan dari Malaysia.
"Makanan asas ini akan dihantar ke utara Gaza di mana tahap kebuluran meningkat ekoran sekatan Israel ke atas bantuan kemanusiaan ke kawasan berkenaan," katanya.
Beliau yang juga Presiden Malaysian Humanitarian Aid and Relief (MAHAR) berkata semalam, fasa pertama penghantaran makanan dari kumpulan ketiga berjumlah 13,000 kotak makanan telah melepasi pintu masuk Gaza, tambahan kepada 33,000 pek yang dihantar sebelum ini.
"Ekoran tekanan antarabangsa akibat Israel menyerang sukarelawan World Central Kitchen, lebih 200 lori dibenarkan masuk sehari berbanding kurang daripada 100 sehari sebelum ini.
"Ini inisiatif di bawah Ops Ihsan yang dilaksanakan oleh MAHAR daripada dana Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP) dan sumbangan awam," katanya.
Semalam, Agensi Berita Anadolu melaporkan beberapa wartawan cedera dalam serangan tentera Israel yang menyasarkan Kem Pelarian Nuseirat di tengah Semenanjung Gaza.
Wartawan lapangan daripada saluran TRT Arabic yang melaporkan mengenai serangan di Gaza antara yang tercedera dalam serangan itu.
Lebih 33,600 warga Palestin maut dalam serangan Israel ke atas Gaza sejak 7 Okt tahun lepas.
Serangan Israel itu telah mengakibatkan 85 peratus penduduk Gaza hilang tempat tinggal selain menghadapi kekurangan makanan, air bersih, dan ubat-ubatan yang akut sementara kebanyakan infrastruktur rosak atau musnah.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 13 2024
Serangan Israel itu telah mengakibatkan 85 peratus penduduk Gaza hilang tempat tinggal selain menghadapi kekurangan makanan, air bersih, dan ubat-ubatan yang akut sementara kebanyakan infrastruktur rosak atau musnah. -AP
Kanak-kanak sembilan tahun antara enam tercedera dirempuh teksi
Menurut jurucakap Jabatan Polis New York (NYPD), dua orang termasuk kanak-kanak lelaki itu dibawa ke Weill Cornell Medical Center, seorang lagi dibawa ke Bellevue Hospital manakala 3 mangsa yang lain menolak rawatan perubatan.
Peguam pertahankan perintah darurat Yoon Suk Yeol
Dalam satu sidang media pada Khamis, Yoo Seung Soo dan Rhee Ha Sang menyatakan langkah tersebut wajar dilaksanakan untuk memberi amaran mengenai penyalahgunaan proses demokrasi oleh parti pembangkang.
Bekas Datuk Bandar Taipei didakwa tuduhan rasuah dan salah guna kuasa
Ko Wen-Je yang menjadi datuk bandar dari 2014 hingga 2022 dibawa ke Pejabat Pendakwa Raya daerah Taipei, Taiwan bersama suspek lain dan diiringi sekumpulan pegawai polis ke dalam bangunan.
Pembangkang kemuka usul pecat Han Duck Soo, undi ditetapkan Jumaat
Usul itu dikemukakan oleh parti pembangkang utama, Parti Demokratik (DP) sejurus selepas Han menyatakan bahawa beliau tidak akan melantik tiga hakim untuk mengisi jawatan di Mahkamah Perlembagaan yang sedang meneliti kes pemecatan Presiden Yoon Suk Yeol.
Tiada rakyat dipinggirkan, kesejahteraan rakyat jadi tunjang - PM
Kerajaan MADANI akan terus bekerja untuk membina masa depan Malaysia yang lebih terangkum dan gemilang, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kastam rampas rokok dan minuman keras bernilai lebih RM1.6 juta
Jabatan Kastam Diraja Malaysia berjaya menumpaskan aktiviti penyeludupan rokok dan minuman keras bernilai lebih RM1.6 juta dalam tiga serbuan berasingan di Johor dan Selangor.
Lebih 50,000 pelarian Syria pulang dari negara jiran dalam tempoh 3 minggu - PBB
Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Pelarian berkata, bilangan pelarian Syria yang kembali ke kediaman mereka meningkat perlahan-lahan.
Sita, lucut hak kenderaan perdagangan gagal patuhi peraturan
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menyita dan lucut hak kenderaan yang gagal mematuhi peraturan di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715) dan kaedah-kaedah di bawahnya menerusi operasi khas ‘Gempur Teknikal’ di seluruh negara.
Kimchi, Yogurt buatan Malaysia jadi sumber pendapatan ibu tunggal
Naib Presiden Kanan Bahagian sokongan Industri Bioeconomy Corporation Sdn Bhd (Bioeconomy Corporation), Nora Mohamed berkata, setakat ini, seramai 35 ibu tunggal telah diberi tunjuk ajar menghasilkan dua produk makanan itu.
Bapa dakwa bayi jatuh akibat kecuaian hospital
Seorang bapa mendakwa kakitangan sebuah hospital di Kuala Terengganu cuai sehingga mengakibatkan bayi sulungnya yang baru berusia dua hari jatuh dari atas katil bayi.
Mohd Syarifuddin Manan mendakwa, susulan kejadian itu, anaknya sering diserang sawan.
Mohd Syarifuddin Manan mendakwa, susulan kejadian itu, anaknya sering diserang sawan.
Sukarelawan kemanusiaan cedera dalam serangan Israel di Rafah
Serangan pada 5.30 petang waktu tempatan itu juga nyaris memusnahkan pek makanan dari Malaysia.