SEPANG: Tanpa kelibat kuasa besar China yang sering mendominasi kolam terjun, Australia, Kanada dan England menjadi ancaman kepada penerjun negara dalam usaha menjelmakan kilauan pingat pada Sukan Komanwel Birmingham 2022 di England.
Ratu terjun negara Datuk Pandelela Rinong Pamg berkata kehadiran atlet dari ketiga-tiga negara itu perlu diberi perhatian kerana mereka mampu memberikan cabaran hebat dalam pemburuan pingat pada saingan di Pusat Akuatik Sandwell, Birmingham bermula 4 Ogos ini.
"Fokus saya ketika ini adalah untuk memastikan diri sendiri dan pasukan mampu memberikan yang terbaik kerana masih ada negara (Australia, Kanada dan England) yang akan memberi cabaran walaupun ketiadaan atlet China," katanya kepada pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini malam tadi.
Pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016 dan gangsa Sukan Olimpik London 2012 itu berkata pencapaian diraihnya di Kejohanan Dunia di Budapest, Hungary bulan lepas sedikit sebanyak memberi motivasi dan keyakinan untuk terus mempersembahkan terjunan terbaiknya.
Pada kejohanan dunia itu, Pandelela berjaya mengatasi pencabar dari negara Komanwel menerusi dua gangsa yang dimenangi masing-masing dalam acara 10 meter (m) platform individu dan 10m platform seirama bersama pasangan Nur Dhabitah Sabri.
Di Budapest, Pandelela terpaksa akur dengan kehebatan dua penerjun muda China yang meraih emas dan perak dalam 10m platform individu sementara dalam 10m platform seirama emas turut dimenangi pasangan China dan perak menjadi milik gandingan Amerika Syarikat.
Namun, pasangan Kanada Caeli McKay-Meaghan Benfeito yang memenangi emas 10m platform seirama Terjun Piala Dunia 2021 dan menduduki tempat keempat di Sukan Olimpik Tokyo 2020 tidak mengambil bahagian di Budapest.
"Bagi saya Sukan Komanwel bukan calang-calang pertandingan sebab penerjunnya pun dah lain berbanding semasa di Kejohanan Dunia tempoh hari. Berdasarkan pengalaman saya sepanjang bergelar penerjun, apa pun boleh terjadi, saya harap tuah di pihak saya dan pasukan terjun Malaysia," katanya.
Majlis Olimpik Malaysia (MOM) menetapkan sukan terjun sebagai satu daripada prospek penyumbang emas di Birmingham selain badminton, boling padang, powerlifting, gimnastik berirama dan angkat berat.
Sukan Komanwel Birmingham yang bermula secara rasmi Khamis lepas akan berlangsung hingga 8 Ogos ini dengan kira-kira 6,500 atlet dari 72 negara dan wilayah dijangka mengambil bahagian pada edisi kali ini.
Kontinjen negara diwakili 161 individu membabitkan 104 atlet, 44 pegawai dan 13 petugas.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 30 2022

Datuk Pandelela Rinong Pamg (kiri) bersama Nur Dhabitah Sabri. - Astro ARENA
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.
Sokongan teguh Australia penting di sebalik perubahan keutamaan bantuan global- Ketua ASEAN
Setiausaha Agung ASEAN Dr Kao Kim Hourn menekankan kepentingan komitmen berterusan Australia terhadap pembangunan serantau, terutama ketika keutamaan bantuan global berubah susulan keputusan pentadbiran Donald Trump membekukan bantuan asing Amerika Syarikat.

SUKMA 2026 di Selangor dijangka berlangsung Ogos - Exco
Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 di Selangor dijangka berlangsung pada bulan Ogos, kata Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan negeri Mohd Najwan Halimi.

MOM alu-alukan penganjuran Sukan SEA 2027
Majlis Olimpik Malaysia (MOM) hari ini mengalu-alukan keputusan Malaysia untuk menerima tawaran menjadi tuan rumah Sukan SEA 2027 dan melihatnya sebagai peluang penting untuk mengaktifkan semula indus

KOM 'pantau' pemenang emas SUKMA 2024
Acara olahraga yang berlangsung selama lima hari pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 menyaksikan satu rekod kebangsaan dan 11 rekod temasya baharu dirakamkan.

KBS mahu pencarian bakat sukan diteruskan di peringkat negeri
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mahu program pencarian dan pembangunan bakat dilakukan secara berterusan di peringkat negeri khususnya bagi sukan yang mampu menyumbang pingat di pentas antarabangsa.

Singapura tolak anjur Sukan Komanwel 2026
Singapura memutuskan kata akhir untuk tidak membuat sebarang bidaan dalam menganjurkan temasya Sukan Komanwel 2026.

Di mana prestij Sukan Komanwel jika hanya 10 acara dipertandingkan? - Pekan
"Sukan (Komanwel) ini tahap apa? Sukan SEA pun lebih banyak acara (jadi kalau terima) ia seolah-olah sekadar nak mengadakan sahaja."

Kerajaan teliti sebelum buat keputusan tawaran anjur Sukan Komanwel 2026 - PM Anwar
Anwar berkata beliau telah meminta maklumat daripada Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, Majlis Sukan Negara dan pihak lain yang berkaitan.

Penganjuran Sukan Komanwel: JKPK Parlimen panggil KBS
Nasib Sukan Komanwel 2026 masih menjadi tanda tanya selepas Victoria di Australia, yang sepatutnya menjadi tuan rumah edisi ke-23 itu, menarik diri pada Julai tahun lepas

Tarik diri tuan rumah Sukan Komanwel, kerajaan Victoria bayar AS$243 juta
Negeri Victoria di Australia akan membayar AS$243 juta selepas ia memutuskan untuk menarik diri daripada menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 2026.

Kos terlebih: Victoria, Australia tarik diri jadi tuan rumah Sukan Komanwel 2026
Negeri Victoria di Australia menarik diri sebagai tuan rumah Sukan Komanwel 2026 berikutan kos acara itu melebihi anggaran kira-kira AUD$5 bilion.