KUALA LUMPUR: Mekanisme suis pemati (kill switch) bagi persembahan konsert hanya akan digunakan dalam keadaan yang amat perlu atau benar-benar mendesak sahaja, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Beliau berkata mekanisme itu diperkenalkan bagi membendung perkara yang melanggar undang-undang negara ini daripada berulang, selain merupakan salah satu elemen mengelak insiden tidak diingini daripada berlaku.
"Mekanisme kill switch ini mula dicadangkan untuk diguna pakai penganjur konsert susulan insiden kumpulan The 1975 yang berlaku di Good Vibes Festival tahun lepas.
"Insiden itu merupakan pertama kali berlaku melibatkan artis sewaktu persembahan, dan satu-satunya yang berlaku daripada 344 persembahan yang telah diluluskan pada tahun 2023," katanya ketika menggulung perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat, hari ini.
Fahmi berkata mekanisme itu turut dipertimbangkan untuk dimasukkan dalam Garis Panduan Jawatankuasa Permohonan Penggambaran Filem Asing dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL) yang sedang dipinda.
Menurutnya ia diharap dapat membantu meningkatkan kefahaman terutamanya penganjur konsert baharu supaya membuat persiapan rapi dengan mengambil kira insiden negatif yang boleh berlaku sewaktu acara berlangsung.
Beliau berkata kerajaan telah memberikan inisiatif penurunan duti hiburan daripada 25 peratus kepada 10 peratus bagi persembahan artis luar negara pada tahun 2024, yang merupakan antara langkah untuk menarik lebih banyak lagi persembahan artis-artis luar negara ke Malaysia.
Sementara itu Fahmi berkata berkata cadangan pindaan kepada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) telah dimuktamadkan dari segi dasar, dan telah dibentang dan diluluskan oleh Jemaah Menteri pada 8 Mac lepas.
Bagi menangani isu penyebaran berita palsu dan 3R pula, beliau berkata akta perundangan sedia ada, antaranya Seksyen 505 Akta 574 dan Seksyen 233 Akta 588, dilihat masih relevan bagi mengambil tindakan kawal selia dan penguatkuasaan terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab.
"Kerjasama erat antara agensi-agensi penguatkuasaan seperti PDRM dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) sentiasa ditingkatkan berpandukan kedua-dua Akta 574 dan 588 bagi memastikan isu kandungan berita palsu dan 3R dapat dibendung dengan kadar segera," katanya.
Beliau berkata MCMC komited memberikan bantuan teknikal kepada PDRM dalam menjalankan siasatan secara telus dan berpandukan kepada garis panduan, tatacara dan prosedur serta peruntukan di bawah Akta 588 bagi memastikan prinsip undang-undang dapat ditegakkan dengan seadilnya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 13 2024
![Suis pemati untuk konsert hanya digunakan dalam keadaan mendesak - Fahmi Suis pemati untuk konsert hanya digunakan dalam keadaan mendesak - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710311169_TBFAHMIFADZILj.jpg)
Fahmi berkata mekanisme itu diperkenalkan bagi membendung perkara yang melanggar undang-undang negara ini daripada berulang. - Gambar Bernama
![Teater Hikayat Hang Tuah antara tarikan Melaka Heritage Festival Teater Hikayat Hang Tuah antara tarikan Melaka Heritage Festival](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720353476_ZaidiAttan.jpg)
Teater Hikayat Hang Tuah antara tarikan Melaka Heritage Festival
Persembahan Teater Hikayat Hang Tuah di Encore Melaka antara tarikan Melaka Heritage Festival 2024 yang dijadual diadakan di sekitar Banda Hilir pada 12 hingga 14 Julai ini.
Tumpuan Isnin – 08 Julai 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
'Jeff' dinobat siput terpantas dunia, menang Kejohanan Dunia Lumba Siput
Tahun ini, siput bernama Jeff dinobatkan sebagai pemenang, menang saingan akhir dengan masa 4 minit dan 3 saat. Begitupun, kepantasan Jeff tidak dapat memadam rekod yang dibuat pada tahun 1995 oleh seekor siput bernama Archie.
![Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720368598_TBPrabowo.jpg)
Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia
Kerajaan baharu yang akan dipimpin oleh Prabowo Subianto-Gibran Rakabuming Raka dijangka memperkukuh daya saing produk minyak sawit sebagai komoditi strategik untuk pasaran domestik dan antarabangsa.
![Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61706067730_TBgarisanpolis.jpg)
Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik
Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun maut selepas terjatuh ke dalam tasik dipercayai ketika sedang mencari lokan di Taman Tasik Teratai Fasa 2 Serendah, Hulu Selangor.
Ribuan umat Islam zahir solidariti kepada Palestin di Shah Alam
Bertemakan Gaza Bangkit, program pada Ahad malam itu turut mengundang pendakwah dari Indonesia, Ustaz Abdul Somad Batubara untuk menyampaikan ceramah.
NGO, belia perlu ambil iktibar peristiwa hijrah - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru pertubuhan bukan kerajaan dan gerakan belia mengambil iktibar daripada peristiwa Hijrah Nabi Muhammad SAW untuk mengembalikan kegemilangan negara.
Kehadiran ATM di Timur Sabah berikan keyakinan masyarakat setempat
Kehadiran pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Timur Sabah meningkatkan keyakinan masyarakat setempat serta merancakkan lagi pembangunan sektor pelancongan, ekonomi dan sosial di kawasan itu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703329565_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/61691941883_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 13 Mac 2024.
![Suis pemati untuk konsert hanya digunakan dalam keadaan mendesak - Fahmi Suis pemati untuk konsert hanya digunakan dalam keadaan mendesak - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710311169_TBFAHMIFADZILj.jpg)
Suis pemati untuk konsert hanya digunakan dalam keadaan mendesak - Fahmi
Mekanisme suis pemati (kill switch) bagi persembahan konsert hanya akan digunakan dalam keadaan yang amat perlu atau benar-benar mendesak sahaja, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.