KOTA KINABALU: Pemberian subsidi bagi beras putih import (BPI) di Sabah dan Sarawak adalah untuk memastikan rakyat sentiasa mendapat akses kepada bekalan yang mencukupi pada harga terkawal.
Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Chan Foong Hin berkata langkah itu penting kerana tahap permintaan tinggi bagi beras itu di Sabah dan Sarawak namun bekalan serta pengeluaran BPI di tahap yang rendah menyebabkan harganya melambung di pasaran.
Ahli Parlimen Kota Kinabalu itu berkata ketika ini, agak sukar untuk mendapatkan bekalan beras putih tempatan di pasaran kerana bukan musim menuai, justeru negara terpaksa bergantung kepada BPI.
"Pihak pemborong di Sabah seperti Sazarice dan TKC telah bersetuju supaya BPI yang telah dibeli oleh pasaran runcit dan pasar raya sebelum 5 Okt dijual pada harga baharu.
"Perbezaan kos akan ditanggung oleh pihak pemborong berkenaan," katanya kepada pemberita selepas meninjau harga BPI di Pasar Raya Bataras Jalan Gaya di sini hari ini.
CHAN-BERAS 2 KOTA KINABALU
Mulai 5 Okt lepas, kerajaan bersetuju memberikan subsidi sebanyak RM950 setiap tan metrik BPI di Sabah, Sarawak dan Labuan bagi membolehkan ia dijual pada harga runcit RM31 untuk pek 10 kilogram.
Chan juga berkata kerajaan berusaha meningkatkan pengeluaran beras putih tempatan khususnya di Sabah melalui Program SMART Sawah Berskala Besar (SBB) di Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) di Kota Belud.
Beliau berkata melalui program SBB iaitu kerjasama strategik awam-swasta bersama Padiberas Nasional Berhad (BERNAS), pesawah menggunakan peralatan moden dalam penanaman dan pengeluaran padi.
"Bagaimanapun, program SBB belum dijalankan secara besar-besaran dan baru-baru ini, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ada menyatakan bahawa beliau sedang mengenal pasti 50 hektar di Sabah dan Sarawak untuk penanaman padi," katanya.
Chan berkata Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan serta Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah juga bercadang untuk melaksanakan program pembangunan bersama bagi mewujudkan jelapang padi di negeri itu.
Beliau berkata sumbangan pengeluaran padi di Sabah dan Sarawak di peringkat nasional sangat rendah iaitu antara tiga hingga empat peratus sahaja.
Mengulas penganugerahan Panglima Gemilang Darjah Kinabalu kepada beliau pagi tadi yang membawa gelaran 'Datuk,' Chan berkata beliau menyerahkan perkara itu kepada DAP untuk sebarang tindakan lanjut susulan dasar parti yang tidak membenarkan ahlinya menerima sebarang darjah kebesaran.
"Tidak mudah untuk saya menolak kerana saya adalah penduduk Sabah, penganugerahan ini daripada Kerajaan Negeri jadi saya terima dengan niat yang baik, cuma sekarang terpulang kepada parti untuk (memutuskan) isu ini.
"Kita perlu menghormati keputusan dan syor Kerajaan Negeri Sabah, jadi saya menyerahkan perkara ini kepada parti," kata Ahli Jawatankuasa Tertinggi DAP Pusat itu.
Chan merupakan antara 50 penerima pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Negeri Sabah sempena ulang tahun kelahiran rasmi ke-70 Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin di Istana Seri Kinabalu di sini pagi tadi.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 07 2023
Chan berkata ketika ini, agak sukar untuk mendapatkan bekalan beras putih tempatan di pasaran kerana bukan musim menuai, justeru negara terpaksa bergantung kepada BPI. - Gambar fail/Bernama
Jurutera miliki video pornografi kanak-kanak didenda RM6,000
Seorang jurutera didenda RM6,000 di Mahkamah Majistret Balik Pulau hari ini kerana memiliki video pornografi kanak-kanak serta video lucah di dalam komputer.
Malaysia hantar pasukan konsular susulan kemalangan bas di Norway
Penumpang bas terdiri daripada pelancong asing dari China, Singapura, India, Belanda, Malaysia, Sudan Selatan, Perancis, dan Ukraine.
DUN Melaka: Tempat duduk ADUN Rembia diubah
Ibrahim berkata langkah itu diambil selepas beliau meneliti beberapa perkara mengenai penyertaan Muhammad Jailani ke dalam Pas.
Pantau Belanjawan: Di mana dan ke mana hala tuju reformasi pendidikan Malaysia?
Laporan Jawatankuasa Kajian Dasar Pendidikan Negara (JKD) yang disiapkan pada 2019 perlu dibuka semula untuk dijadikan dokumen asas kepada reformasi pendidikan pasca 2025. Pakar pendidikan dari Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Dr Anuar Ahmad menekankan kepentingan laporan ini dalam merangka reformasi pendidikan pasca 2025. Isu kritikal seperti jurang digital, kesenjangan pembelajaran, dan cabaran pasca-pandemik akan dibincangkan untuk memahami bagaimana JKD dapat kekal relevan dalam memastikan pendidikan terus berdaya maju.
PGA gagalkan cubaan seludup kosmetik di pengkalan haram di Kelantan
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara berjaya menumpaskan kegiatan penyeludupan produk kosmetik bernilai lebih RM15,000 yang dikesan di pangkalan haram Epek dekat Rantau Panjang, Pasir Mas semalam.
Suami isteri, remaja 14 tahun maut motosikal bertembung
Tiga maut termasuk suami isteri selepas terbabit dalam kemalangan membabitkan dua motosikal dan sebuah kereta di Jalan Alor Pudak, Titi Haji Idris, malam tadi.
AWANI Ringkas: Daerah Miri, Subis, Beluru dan Marudi antara kawasan terlibat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[INFOGRAFIK] Fakta Tsunami 2004
Berikut adalah info berkenaan dengan fakta Tsunami 2004.
Manmohan Singh, Arkitek ekonomi India, meninggal dunia
Bekas Perdana Menteri India, Manmohan Singh meninggal dunia pada usia 92 tahun.
Singh, perdana menteri pertama India beragama Sikh, memegang jawatan dari 2004 hingga 2014, menjadikannya salah seorang pemimpin yang paling lama berkhidmat di negara itu.
Singh, perdana menteri pertama India beragama Sikh, memegang jawatan dari 2004 hingga 2014, menjadikannya salah seorang pemimpin yang paling lama berkhidmat di negara itu.
Hukuman sebat: Terengganu laksana hukuman pertama hari ini
Terengganu bakal laksana hukuman sebatan luar penjara pertama terhadap seorang pesalah khalwat berulang di Masjid Al Muktafi Billah Shah, Ladang selepas solat Jumaat hari ini.
Bersama wakil Astro AWANI di Terengganu, Nur Fazlizai Ali untuk perkembangannya.
Bersama wakil Astro AWANI di Terengganu, Nur Fazlizai Ali untuk perkembangannya.
Beras putih import turun harga berkuat kuasa 1 Disember
Bernas bersetuju untuk menurunkan harga jualan beras putih import di pintu gudang Bernas di Semenanjung Malaysia daripada RM3,000 per tan metrik kepada RM2,800 per tan metrik berkuat kuasa Ahad ini.
BERNAS perlu umum harga siling beras putih import - Syed Abu Hussin
Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) digesa mengumumkan harga siling bagi beras putih import (BPI) untuk disebarkan kepada umum.
Wujudkan satu gred harga bagi beras putih - Syed Abu Hussin
Kerajaan dicadang untuk mewujudkan satu gred harga beras putih di negara ini bagi mengelak sebarang manipulasi Beras Putih Tempatan (BPT).
Harga beras putih import turun RM2-RM3 bermula esok
Kerajaan menerusi Mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) bersetuju supaya harga jualan runcit beras putih import (BPI) diturunkan antara RM2 hingga RM3 di pasaran berkuat kuasa esok.
Perkenal Beras Putih Malaysia MADANI bukti komitmen kerajaan tangani masalah rakyat
Pengenalan Beras Putih Malaysia MADANI, satu insiatif berpandangan jauh dan membuktikan keazaman kerajaan dalam menyelesaikan isu rakyat tanpa mengambil masa yang panjang.
Penguatkuasaan operasi bersepadu beras putih tempatan dilanjutkan sehingga 17 Nov
Pelanjutan tempoh bagi mempergiat operasi terutama di Sabah dan Sarawak susulan isu penyeludupan beras putih import ke negara jiran.
Subsidi pastikan rakyat Sabah, Sarawak dapat bekalan beras putih import pada harga terkawal - Chan
Pemberian subsidi bagi beras putih import (BPI) di Sabah dan Sarawak adalah untuk memastikan rakyat sentiasa mendapat akses kepada bekalan yang mencukupi pada harga terkawal.
Empat langkah intervensi tangani isu beras mampu stabil bekalan - Pakar
Ia langkah strategik yang amat diperlukan bagi memastikan bekalan beras mencukupi untuk memenuhi permintaan domestik.
Lesen borong beli BPI bantu peniaga kawal kos operasi, tidak naikkan harga nasi
Kebenaran pembelian BPI pada harga borong iaitu RM160 setiap 50 kilogram (kg) kepada persatuan restoran, pengusaha makanan dan penjaja kecil adalah bagi membantu mereka mengawal kos operasi.
SOP lesen borong beli BPI pengusaha restoran diperincikan
KPKM melalui Pejabat Kawalselia Padi dan Beras akan mengadakan pertemuan bersama pemegang taruh berhubung perincian SOP pemberian lesen borong itu.