KUALA LUMPUR: Penstrukturan subsidi minyak masak berpeket, akan disasarkan kepada sekitar 5.8 juta isi rumah, terdiri daripada golongan B40, dan sebahagian daripada M40, kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Fuziah Salleh.
Selain itu, beliau berkata, langkah KPDN ke hadapan adalah untuk memastikan sekitar 91,860 peniaga mikro turut layak mendapat subsidi tersebut, supaya bantuan kerajaan sampai kepada golongan yang benar-benar memerlukan.
Ketika ini, Fuziah berkata, KPDN bertanggungjawab untuk menguruskan pengeluaran 60,000 tan metrik (TM) minyak masak bersubsidi atau 60 juta kilogram (kg) minyak masak dalam kemasan polibeg 1 kg setiap satu.
“Jumlah sebenar pengeluaran minyak masak paket bersubsidi bergantung kepada prestasi syarikat pembungkus yang berjumlah 361 syarikat di bawah Program Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (COSS).
“Pada tahun ini prestasi pengeluaran adalah pada tahap maksimum setiap bulan. Secara amnya, KPDN mengunjurkan pengeluaran minyak masak paket subsidi pukal ini mencukupi untuk kegunaan dianggarkan sebanyak 5.8 juta isi rumah, dari kumpulan B40 termasuk sebahagian dari kumpulan M40,” katanya lagi.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Seri Johari Abdul Ghani (BN-Titiwangsa), yang mahu mengetahui jumlah minyak masak paket bersubsidi dikeluarkan oleh Kementerian pada setiap bulan, serta jumlah agihan kepada golongan isi rumah B40 dan peniaga mikro.
Dalam pada itu, Johari, yang juga bekas Menteri Kewangan Kedua turut mencadangkan agar kerajaan mempertimbangkan sistem pindahan tunai untuk tujuan penyaluran subsidi kepada golongan yang layak, bagi meminimakan ketirisan.
Menjawab pandangan tersebut, Fuziah berkata, sistem pindahan tunai dilihat antara mekanisme terbaik bagi memastikan subsidi sampai kepada golongan yang tepat.
“Kementerian melihat golongan yang wajar terima subsidi ialah B40, dan sebahagian daripada M40, kerana M40 juga memerlukannya, tetapi bukan semua. Dan kita anggar 5.8 juta isi rumah layak terima subsidi ini nanti, bila kita sasarkannya. Sebelum ini bila subsidi pukal, kita tak sasar peniaga mikro.
“Insya-Allah bila tambah baik, data kita terima dari PADU (Sistem Pangkalan Data Utama) nanti, kita akan ada satu kedudukan di mana kita boleh melaksanakan penyasaran subsidi minyak masak. Saya setuju ada ketirisan, dan cash transfer cara terbaik, cuma mekanisme belum tuntas,” katanya lagi.
Firdaus Azil
Mon Nov 27 2023

Fuziah berkata, sistem pindahan tunai juga dilihat antara mekanisme terbaik bagi memastikan subsidi sampai kepada golongan yang tepat. - Gambar Jabatan Penerangan
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Dapatan kajian AOD petunjuk awal Kementerian Perpaduan Negara perhebat usaha penyatuan
Kementerian Perpaduan Negara akan menggunakan dapatan kajian AOD untuk dijadikan petunjuk awal bagi memperhebat usaha penyatuan rakyat Malaysia.

300,000 PMKS catat jualaan eksport berjumlah RM867 juta menerusi e-dagang bagi tempoh 2021 hingga 2024 - MITI
MATRADE telah menyelaras usaha membangunkan keupayaan kira-kira 300,000 perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang berjaya mengeksport keluar negara melalui pemasaran di platform e-dagang.

Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013 - Nancy
Kadar Kesuburan Jumlah (TFR) di Malaysia dalam tempoh 15 tahun menunjukkan penurunan sejak 2013, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Zakir Naik bebas berceramah, tiada lagi sekatan - Saifuddin
Tiada lagi sebarang larangan atau sekatan berceramah yang dikenakan ke atas Zakir Naik, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Tarif AS 25 peratus cabaran kepada Malaysia - Mohamad Hasan
Keputusan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump untuk mengenakan 25 peratus tarif terhadap import automotif, semikonduktor dan farmaseutikal kelak merupakan satu cabaran kepada Malaysia.

PETRA jangka projek mitigasi banjir dapat disegera 12 bulan lebih awal - Fadillah
PETRA menjangkakan projek mitigasi banjir dapat disegerakan hingga 12 bulan lebih awal dari tempoh asal penyiapan projek.

KWSP tidak rugi, raih RM102 juta daripada penjualan saham MAHB - Amir Hamzah
Beliau berkata prestasi saham MAHB yang mengatasi KLCI sebanyak 11.47 peratus pada 2023 turut menjadi faktor utama strategi penjualan saham.

Isu TVET, projek tebatan banjir dan perihal kewangan KWSP tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Lee minta Perdana Menteri menyatakan inisiatif kerajaan dalam memperkasakan golongan muda yang berminat dalam pembelajaran berasaskan kemahiran

PETRA komited teroka kaedah kurang pelepasan karbon dalam penghasilan elektrik
Kementerian Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air (PETRA) komited memastikan negara terus meneroka kaedah untuk mengurangkan pelepasan karbon dalam penghasilan elektrik.

Tol MLFF dilaksana PLUS usaha konsesi sendiri - Ahmad Maslan
Sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) yang akan dilaksanakan oleh PLUS adalah atas usaha persendirian syarikat konsesi itu.