ALOR SETAR: Cadangan yang dikemukakan Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat) untuk menimbang rayuan pemberian subsidi minyak kepada bot-bot nelayan kelas C2 akan diangkat Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) bagi dibincangkan di peringkat kerajaan.
Menterinya Datuk Seri Ronald Kiandee, menjelaskan, kerajaan telah menghentikan pemberian subsidi minyak kepada bot kelas berkenaan sejak 2019, dan hanya beberapa kelas bot sahaja masih menerima subsidi berkenaan termasuk kelas A,B dan C.
Tambahnya, sekiranya cadangan berkenaan dapat dilaksanakan, ia dapat memberi manfaat besar kepada kira-kira 500 pemain industri perikanan kelas C2.
"Memang betul kita bagi subsidi. Sebelum ini ada subsidi untuk semua kelas kapal nelayan, tetapi dihentikan sejak tahun 2019, subsidi yang dibagi kepada (ketika ini adalah kepada) kapal (kelas) A,B dan C.
"Jadi ada permintaan daripada pemain-pemain industri perikanan (kelas) C2 (atau) laut dalam untuk mereka juga disubsidikan penggunaan minyak, (mereka ini) tak ramai, lebih kurang 500 orang lebih pengusaha perikanan C2 di negara kita.
"(Sehubungan itu) cadangan ini telah pun kita terima dan tentu sekali kita akan angkat untuk dibincang di peringkat kerajaan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas lawatan kerja ke kilang ayam milik Bismi Empire Sdn Bhd (BISMI) di Simpang Empat, di sini pada Selasa.
Dalam perkembangan berasingan, Ronald menyatakan harga ikan di negara ini bergantung kepada bekalan ikan yang diperolehi menyebabkan ianya tidak mempunyai harga kawalan yang ditetapkan kerajaan.
Jelasnya, sekiranya bekalan ikan di pasaran adalah pada tahap yang banyak, ia akan menyebabkan harga ikan menurun dan sebaliknya.
Bagaimanapun, beliau menyatakan bahawa pihak kementerian akan sentiasa berusaha bagi memastikan bekalan ikan mencukupi selain memantau harga bahan mentah berkenaan.
Abd Hadi Che Awang
Tue Jun 21 2022
Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee pada sidang media selepas mengadakan lawatan kerja di Bismi Empire Sdn Bhd hari ini. - Foto BERNAMA
[TERKINI] Perkembangan terkini kemalangan tiga kenderaan
Lintas langsung di lokasi kemalangan membabitkan tiga kenderaan hingga dipercayai mengakibatkan sekurang-kurangnya enam terkorban berhampiran RnR Ayer Keroh.
TikTok mungkin dibenarkan beroperasi seketika - Kata Trump
Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad memberi bayangan beliau mungkin membenarkan TikTok meneruskan operasi di negara itu.
Malaysia, Bahrain sempena 50 tahun hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik, Malaysia dan Bahrain mengesahkan komitmen untuk mengukuhkan kerjasama dua hala merentasi pelbagai sektor, bertujuan untuk memupuk masa depan yang lebih makmur dan berdaya tahan.
Lelaki bakar penumpang tren bawah tanah hingga maut ditahan
Polis New York City menahan seorang lelaki pada Ahad kerana membakar seorang penumpang wanita kereta api bawah tanah hingga maut.
Tahanan Guantanamo: Pemulihan fokus aspek psikologi, hubungan kekeluargaan
Aspek psikologi perlu diuruskan terlebih dahulu kerana individu yang menyertai kumpulan pengganas kebiasaannya adalah mereka yang menanggung emosi yang berat serta berpandangan radikal.
Rating penerimaan PM Anwar meningkat kepada 54 % tahun kedua
Rating kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkat kepada 54 peratus dalam kalangan pengundi Malaysia pada tahun kedua pentadbiran Kerajaan MADANI, berbanding 50 peratus tahun lepas, menurut kaji selidik Merdeka Center.
[TERKINI] Sekurang-kurangnya enam maut, tiga kenderaan bertembung berhampiran RnR Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Konsert Maliq & D'Essentials ditunda
Kumpulan itu berjanji untuk kembali ke Malaysia dan bertemu peminat sebaik tarikh baharu dapat ditetapkan.
Subsidi RON95: Sistem harga dua peringkat lebih baik berbanding levi petrol, bayaran tunai - Rafizi
Kaedah two-tier pricing di stesen minyak merupakan kaedah terbaik, dan pelaksanaannya akan terus diperhalusi bagi meminimakan risiko operasi.
Penyasaran subsidi T15: 'Saya bukan Robin Hood' - Anwar
Perdana Menteri menegaskan dasar yang dilaksanakan bertujuan memastikan pengagihan subsidi dan bertindak adil dalam membantu golongan berpendapatan rendah.
Subsidi RON95: 'Kenapa dipertahan golongan mahakaya berbanding 85 peratus rakyat biasa?' – PM Anwar
Penyasaran subsidi minyak RON95 pada pertengahan 2025 demi manfaat kepada 85 peratus golongan bawahan, kata Perdana Menteri.
Belanjawan 2025: LKIM harap kerajaan teruskan inisiatif, bantuan kepada nelayan
Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) berharap kerajaan dapat meneruskan inisiatif dan bantuan telah diberikan kepada nelayan sebelum ini dalam Belanjawan 2025.
Harga minyak: 'Tidak adil serang saya guna kenyataan 20 tahun lepas' - Anwar
Perdana Menteri berkata, kenyataan beliau dua dekad lepas berpandukan kepada keadaan pada waktu itu, yang sememangnya berbeza dengan sekarang.
Rasionalisasi subsidi bahan api perlu pendekatan terkini, dilaksana berperingkat - Kian Ming
Kerajaan dicadangkan untuk melihat pendekatan yang lebih terkini dalam merasionalisasikan program subsidi dan ia perlu dilaksanakan secara berperingkat.
PPIM desak kerajaan hapus subsidi bahan api, petroleum dan diesel
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mendesak kerajaan supaya menghapuskan subsidi bahan api, petroleum dan diesel bagi mengurangkan bebanan kewangan kerajaan.
Pemansuhan subsidi minyak langkah pastikan lebih banyak bantuan bersasar - Pakar
Ia memberi manfaat kepada golongan rentan dalam memperoleh barangan keperluan bersubsidi yang disediakan kerajaan.
Subsidi minyak: MAFI pertimbang beri semula kepada bot nelayan kelas C2 - Ronald
Sekiranya cadangan berkenaan dapat dilaksanakan, ia dapat memberi manfaat besar kepada kira-kira 500 pemain industri perikanan kelas C2.
Belum ada perancangan minta dividen tambahan dari Petronas untuk tampung subsidi - Tengku Zafrul
Setakat ini pendapatan negara, terutamanya dari komoditi, masih mencukupi untuk menampung subsidi sekitar RM70 bilion setahun.