PUTRAJAYA: Kerajaan akan melaksanakan peralihan dasar sosioekonomi daripada pendekatan berasaskan pendapatan B40, M40 dan T20 kepada berasaskan pendapatan boleh belanja bersih isi rumah.
Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata peralihan tersebut akan dilakukan secara berfasa dan dijangka bermula Januari 2024 berdasarkan Pangkalan Data Utama (PADU).
Jelas beliau, penubuhan PADU akan mempercepatkan peralihan kerajaan untuk membangunkan program dan inisiatif berpandukan kedudukan pendapatan boleh belanja bersih isi rumah termasuk melibatkan subsidi bersasar.
“Sebelum ini setiap kali kita berbincang mengenai bantuan, klasifikasi ekonomi, kita tertumpu kepada klasifikasi B40, M40, dan T20.
“Ada banyak perbincangan mengenai pendekatan ini kerana ia tidak mengambarkan sepenuhnya dari segi perbandingan kemampuan dari satu isi rumah ke satu isi rumah kerana ada banyak pembolehubah lain daripada hanya pendapatan dan ia termasuk jumlah tanggungan.
“Sebelum ini kerajaan ada beberapa kekangan kerana bekalan data itu bersifat berpendapatan semata-mata dan minggu ini kerajaan mengumumkan penubuhan PADU yang akan beri tumpuan khusus untuk bina maklumat sehingga ke peringkat pendapatan boleh belanja bersih isi rumah,” katanya di sini pada Jumaat.
Beliau berkata demikian dalam sidang media pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) dan Indeks Harga Pengguna (IHP) Mac 2023.
Mengulas lanjut, Rafizi berkata terdapat lebih 200 sumber pengkalan data yang akan disepadukan dan dikemas kini melalui PADU, sekali gus memastikan keberkesanan pelaksanaan program kerajaan.
Menerusi PADU, jelas beliau ia juga akan menjadi rujukan terhadap kumpulan sasar yang layak menerima subsidi bersasar RON95 kelak.
"Ketika ini kita tumpukan kepada dua komponen dahulu iaitu subsidi elektrik dan diesel kerana gabungan subsidi ini dianggarkan lebih kurang RM20 bilion hingga RM25 bilion.
"Bila kita beralih kepada RON95, sudah tentu pertimbangan itu lebih besar kerana ia melibatkan lebih ramai, keluarga isi rumah yang bawah dan sebab itu kita akan pastikan PADU ada maklumat sehingga ke pendapatan boleh belanja bersih isi rumah.
"Sebarang keputusan unttuk mensasarkan RON95 akan boleh dibuat dengan lebih mudah dan tempoh masa (untuk melaksanakan subsidi bersasar RON95) akan dipantau berdasarkan subsidi elektrik dan diesel," ujarnya lagi.
Pada Khamis, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup memaklumkan kerajaan dijangka melaksanakan pemberian subsidi bersasar melibatkan diesel, mulai tahun depan.
Keputusan itu dicapai menerusi perbincangan pada Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN).
Sementara, melalui pelaksanaan subsisi elektrik bersasar pula, kerajaan memperoleh penjimatan sebanyak RM4.1 bilion pada separuh tahun 2023.
Hasimi Muhamad
Fri May 19 2023
Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata peralihan tersebut akan dilakukan secara berfasa dan dijangka bermula Januari 2024 berdasarkan PADU - Foto/Fail
IShowSpeed tiba di KL, terima baju batik, Transformers daripada peminat
Dia dijadual mengakhiri siri jelajah tersebut, yang bermula dari 14 hingga 22 September ini di Singapura.
Kes 1MDB: Pengambilalihan pengeluar tenaga bebas bukan idea Najib - Pembelaan
Pengambilalihan IPP bukanlah idea Najib beliau mengambil masa yang agak lama untuk memberi kelulusan selepas ia dicadangkan oleh Ahli Lembaga Pengarah 1MDB.
Hasil kajian berkaitan GISBH dikemukakan kepada Jawatankuasa Fatwa Selangor - MAIS
MAIS mengarahkan semua hasil kajian dan perbincangan berkaitan Global Ikhwan Service and Business Holdings (GISBH) dan rangkaiannya dibentangkan kepada Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor.
Banjir: Fadhlina minta ibu bapa pantau pergerakan anak
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek mengingatkan ibu bapa supaya memantau keselamatan anak-anak susulan banjir di beberapa kawasan termasuk Nibong Tebal.
China mahu bina kilang, mahu produk ada logo halal JAKIM - Ahmad Zahid
Terdapat cadangan daripada beberapa negara untuk menempatkan kilang di Malaysia, bertujuan mendapatkan sijil halal JAKIM sebelum produk terbabit dieksport.
Wanita maut jatuh dalam lubang saluran air ketika mendaki
Seorang wanita maut selepas terjatuh ke dalam lubang saluran air ketika menyertai aktiviti mendaki di bukit Cherok Tok Kun.
SDG30: Pencapaian Malaysia menggalakkan, tak bermaksud boleh berpuas hati – PM Anwar
Laporan penilaian SDG menunjukkan Malaysia mencapai 43 peratus pelaksanaan, berbanding pencapaian purata negara lain iaitu 17 peratus.
Niaga AWANI: AmInvestment turunkan unjuran harga minyak mentah Brent
Harga minyak mentah Brent untuk 2024 kini disemak semula kepada 83 Dolar Amerika setong berbanding ramalan awal 85 Dolar Amerika, dengan jangkaan untuk 2025 ditetapkan pada 80 Dolar Amerika setong.
Niaga AWANI: Pelabur asing beli bersih RM217.6 juta ekuiti
Ini merupakan pembelian bersih untuk minggu kelima berturut-turut menjelang jangkaan pelonggaran Rizab Persekutuan Amerika Syarikat minggu ini.
Niaga AWANI: Bukan lagi terletak pada institusi kewangan lalu - Anwar
Ekonomi Islam bukan lagi terletak pada institusi kewangan terdahulu menerajui ekonomi terutama dalam sudut penolakan sistem riba.
Subsidi: Kerajaan akan beralih kepada pendapatan boleh belanja bersih isi rumah
Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata peralihan tersebut akan dilakukan secara berfasa dan dijangka bermula Januari 2024 berdasarkan Pangkalan Data Utama (PADU).