KUALA LUMPUR: Kerajaan baharu perlu tampil dengan sebuah mekanisme subsidi bersasar lebih terperinci dalam sektor pertanian demi melestarikan pembahagian lebih efektif.
Demikian kata Ketua Pegawai Eksekutif Farm Tokou, Gerald Thomas Wong yang mencadangkan agar kerajaan memperkenal mekanisme lebih terperinci sekiranya subsidi bersasar dalam sektor pertanian dilaksanakan.
“Bagi pembahagian subsidi, saya mohon kerajaan tampil dengan satu mekanisme lebih terperinci. Contohnya, minyak dan ayam. Untuk bahagian logistik, subsidinya berapa peratus, untuk pertanian pula berapa peratus.
“Dari situ kita boleh nilai subsidi mana yang kita perlu fokus secara tidak langsung untuk melestarikan pembahagian subsidi bersasar ini lebih efektif,” katanya kepada Astro AWANI dalam program Malaysia Memantau.
Di bawah perbelanjaan mengurus (OE), Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) menerima RM1.7 bilion bagi pemberian subsidi dan insentif untuk industri pertanian serta perikanan untuk tahun 2022.
Dalam pada itu, Gerald turut memohon kerajaan memandang serius memainkan peranan untuk menarik minat lebih ramai belia menyertai sektor pertanian dengan pendedahan lebih meluas.
“Peningkatan jumlah subsidi bagi sektor pertanian secara tidak langsung membuktikan aktiviti pertanian memainkan peranan sangat penting di negara kita.
“Aktiviti pertanian memerlukan anak muda memegang cangkul dan bermain dengan lumpur. Saya menyeru kerajaan atau agensi di Malaysia untuk memainkan peranan eksklusif dalam menarik minat lebih ramai anak muda.
“Pada masa ini, kita didedahkan dengan konsep pertanian moden seperti akuaponik dan hidroponik untuk menarik minat anak muda sekali gus membantu food security (sekuriti makanan) di Malaysia,” katanya
Faida Rahim
Mon Nov 28 2022
Subsidi sektor pertanian memperlihatkan peningkatan angka mencecah 80 bilion manakala sektor eletrik, ayam dan telur, jumlah subsidi meningkat 782 peratus daripada 1.1 bilion kepada 9.7 bilion - Astro AWANI
Semak semula penambahan tiga jam waktu bekerja bagi jururawat
Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman menggesa agar KKM dan JPA menyemak semula keputusan yang mewajibkan tambahan tiga jam bekerja seminggu untuk jururawat wad mulai 1 Disember ini.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Penamatan SSA DNB-TM: Akses 5G pengguna tidak terjejas - Gobind
Beliau berkata perjanjian akses 5G antara DNB dan TM yang dimeterai pada 30 Okt 2022 adalah masih terpakai.
Hamas nyatakan sokongan kepada usaha tamatkan konflik
Hamas menyatakan bahawa pihaknya menyokong usaha merealisasikan perjanjian gencatan senjata di antara Israel dan Hezbollah bagi menamatkan konflik yang berlarutan di Lubnan ketika ini.
Pihak berkuasa Indonesia perhebat operasi SAR di Sumatera Utara
Pihak berkuasa Indonesia terus memperhebat operasi mencari dan menyelamat (SAR) dalam usaha mencari 15 mangsa yang dilaporkan maut dalam tragedi tanah runtuh dan banjir kilat yang melanda Sumatera Utara pada Sabtu.
AWANI Ringkas: MetMalaysia keluar amaran hujan sangat lebat berterusan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sanusi kata ada komplot gagalkan pelaburan, saya tetap sokong Hyundai masuk ke Kedah – PM
Perdana Menteri menegaskan adalah keputusannya untuk membawa masuk pelaburan syarikat permotoran gergasi Korea Selatan, Hyundai Motor untuk bertapak di Kedah.
Malaysia kutuk ujian peluru berpandu Korea Utara – PM Anwar
Malaysia mengutuk ujian peluru berpandu balistik yang dijalankan oleh Korea Utara pada 31 Oktober lalu.
[TERKINI] Luruan monsun kuat hingga hujung bulan, amaran hujan berterusan
MetMalaysia jangkakan luruan monsun kuat berlanjutan hingga hujung bulan ini, berpotensi sebabkan hujan sangat lebat dan berterusan
Enam lelaki bertopeng samun tiga klogram emas
Enam lelaki bertopeng melarikan kira-kira tiga kilogram emas dalam kejadian samun di hadapan sebuah premis pemprosesan emas di Jalan Bendahara, Ipoh.
Gunung Dukono di Indonesia meletus, amaran penerbangan dikeluarkan
Letusan berlaku pada 9.43 pagi waktu tempatan, memuntahkan awan mengandungi abu tebal berwarna putih hingga kelabu setinggi 4,600 meter ke udara.
Subsidi bersasar pertanian, kerajaan perlu perkenal mekanisme terperinci
Kerajaan baharu perlu tampil dengan sebuah mekanisme subsidi bersasar lebih terperinci dalam sektor pertanian demi melestarikan pembahagian lebih efektif.