Bagi menghormati permintaan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Najib Tun Razak, Timbalan Presiden MIC Datuk Seri Dr S.Subramaniam bersetuju untuk "berdiam diri" buat sementara untuk menangani kemelut parti yang kian meruncing.
Dr Subramaniam berkata, beliau telah menyampaikan permintaan Najib kepada semua pemimpin MIC di semua peringkat, termasuk Jawatankuasa Ketua Bahagian, Pemuda, Wanita, Putera dan Puteri MIC, dan mereka bersetuju untuk mengadakan moratorium.
"Pagi ini Najib hubungi saya dan meminta semua pihak dalam parti supaya mengamalkan moratorium bagi memberi ruang masa kepada beliau untuk menyelesaikan kemelut MIC.
"Kami menghormati dan menyokong permintaan beliau selaku Pengerusi Barisan Nasional (BN) kerana tampil ke hadapan bagi menyelesaikan krisis dalaman ini," katanya pada sidang berita di sini, hari ini.
Turut hadir Naib Presiden MIC Datuk M. Saravanan, Anggota Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) P.Kamalanathan, Ketua Pemuda C.Sivarraajh dan Ketua Wanita M.Mohana.
Dr Subramaniam , yang juga Menteri Kesihatan berkata beliau turut membangkitkan isu siapa yang harus menguruskan parti itu buat sementara waktu ekoran arahan Pendaftar Pertubuhan (ROS) yang menyatakan Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) parti bagi 2013 adalah tidak sah, di dalam perbualannya dengan Najib melalui telefon.
Beliau berkata pihaknya juga akan membawa resolusi yang dicapai dalam mesyuarat yang dihadiri oleh sebahagian daripada kepimpinan tertinggi MIC, termasuk 90 daripada 120 ketua bahagian, pada Sabtu lepas, iaitu supaya CWC bagi 2009-2013 dipilih untuk menguruskan parti itu untuk tempoh sementara sehingga CWC baharu dipilih dalam perjumpaannya dengan Najib nanti.
Beliau yakin Perdana Menteri peka terhadap "suara sebenar' akar umbi parti itu.
Beliau turut menegaskan semua pihak dalam MIC akan bekerjasama dengan penuh harapan satu penyelesaian yang memuaskan dapat dicapai dengan kadar segera bagi memastikan MIC dapat kembali aktif dalam pentas politik negara.
Ketika diminta mengulas kenyataan Presiden Datuk Seri G. Palanivel bahawa beliau dan Palanvel akan berdiam diri dalam menyelesaikan krisis dalam parti itu, katanya:
"Saya pun baca kenyataan beliau (Palanivel). Masalah ini adalah masalah dalaman parti dan bukannya persaingan antara Presiden dan Timbalan Presiden."
Kemelut MIC bermula pada 5 Dis lepas apabila ROS mengarahkan parti itu mengadakan pemilihan semula bagi tiga jawatan naib presiden dan 23 jawatan anggota CWC dalam tempoh 90 hari berikutan aduan mengenai penyalahgunaan kuasa dan perbuatan salah laku yang melanggar perlembagaan parti dan Akta Pertubuhan pada pemilihan dalam Perhimpunan Agung MIC di Melaka pada November 2013.
ROS turut menasihatkan MIC supaya tidak mengadakan perhimpunan agung tahunan sehingga isu itu diselesaikan.
Krisis dalaman parti itu menyaksikan pelbagai reaksi berbeza pemimpin-pemimpin parti itu sehingga mencetuskan kemelut dalam parti itu tanpa sebarang jalan penyelesaian dicapai sehingga hari ini.
Bernama
Thu Jan 29 2015
SUBRAMANIAM : Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak mengarahkan semua pihak yang terlibat dalam krisis MIC membuat membuat penangguhan sementara. - Foto fail
Saringan Minda Sihat mekanisme tangani gangguan emosi murid
Saringan Minda Sihat dilaksanakan setahun sekali kepada Tahun 5 hingga Tingkatan 6 bagi mengenal pasti murid yang mungkin mengalami masalah gangguan emosi.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
NWICE 2024: Platform penting pengurusan sumber air mampan negara
NWICE 2024 menjadi platform dalam memangkin kepada pembangunan teknologi hijau dalam sektor air, selaras dengan agenda kelestarian negara.
Bursa Malaysia dibuka tinggi, jejaki kenaikan di Wall Street
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.33 mata atau 0.15 peratus kepada 1,599.78 daripada 1,597.45 ketika ditutup semalam.
AWANI Ringkas: Mangsa banjir meningkat di lima negeri pagi Selasa
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemansuhan peperiksaan antara langkah mengurangkan tekanan murid
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata, KPM kini memberi tumpu kepada pembelajaran inkuari, eksplorasi, pengalaman dan pentaksiran bilik darjah yang dilihat lebih holistik untuk menilai murid.
Pihak berkuasa Gaza beri amaran wabak penyakit dalam kalangan penduduk
Pihak berkuasa Palestin pada Isnin memberi amaran mengenai kemungkinan tercetusnya wabak penyakit dalam kalangan orang awam.
#AWANIRingkas 26 November 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 26 November 2024
1️⃣ Isu pengurusan perumahan, kuarters kerajaan tumpuan hari ini
2️⃣ Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
3️⃣ Mangsa banjir meningkat di lima negeri pagi Selasa
#awaniringkas
1️⃣ Isu pengurusan perumahan, kuarters kerajaan tumpuan hari ini
2️⃣ Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
3️⃣ Mangsa banjir meningkat di lima negeri pagi Selasa
#awaniringkas
Siling pekerja asing di Malaysia bagi 2024 adalah 2.58 juta orang
Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail berkata angka siling bagi pekerja asing bekerja di Malaysia menjelang Disember 2024 adalah 2.58 juta orang.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
COP29: Perubahan iklim dan isu air, eksklusif bersama Pengerusi SPAN, Charles Santiago
Perubahan iklim membawa musim kemarau yang panjang, memberikan risiko besar terhadap banyak aspek termasuk kerugian ekonomi yang besar. Bagaimana perubahan dan dasar baharu boleh diwujudkan untuk atasi masalah ini? Saksikan perbincangan Editor Kanan Dzulfitri Yusof bersama Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara, Charles Santiago, di Baku, Azerbaijan.
Saringan Minda Sihat, intervensi antara usaha KPM tangani gangguan emosi murid
Jelas Menteri Pendidikan, Saringan Minda Sihat dijalankan sekali setahun terhadap murid tahun lima hingga tingkatan enam sebagai mekanisme pengesanan awal murid yang berhadapan dengan masalah emosi.
Ahli Dewan Negara, Sivaraj dipecat dari CWC MIC
Ahli Dewan Negara, Senator Datuk C Sivaraj dipecat sebagai ahli Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) MIC berkuatkuasa 11 Mei lalu.
Klopp sukar luah rasa bangga dengan kata-kata
Kedua-dua pasukan buntu untuk menghasilkan jaringan sepanjang 90 minit tetapi Roberto Firmino akhirnya menamatkan kekentalan pasukan dari negara asalya itu pada minit ke-99.
Rusia dalang sebenar serangan senjata kimia di Syria - AS
Amerika Syarikat menegaskan Rusia adalah negara yang perlu dipersalahkan dalam insiden serangan senjata kimia di Syria.
Sothinathan dilantik ahli CWC tanda perdamaian - Presiden MIC
Pelantikan Sothinathan bertujuan untuk memperbaiki semula hubungan dalam kalangan anggota MIC susulan persengketaan dengan bekas presiden Datuk Seri G. Palanivel.
Pemilihan MIC: Kamalanathan umum pertahan jawatan CWC
P. Kamalanathan mengumumkan akan mempertahankan jawatan beliau dalam Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) MIC pada pemilihan parti itu nanti.
Dr Subramaniam dipilih sebagai Presiden MIC yang baharu
Dr. Subramaniam diisytiharkan memenangi jawatan itu selepas tiada calon lain mencabarnya.
Amaran pada ahli parti MIC: Jangan hadir mesyuarat atau jumpa Palanivel - Saravanan
Menurut Saravanan, ahli perlu akur dengan arahan itu demi mengelakkan kekeliruan sesama ahli parti dan rakyat Malaysia.
'Hanya pencalonan cawangan diadakan CWC Interim MIC 2009 adalah sah'
Hanya pencalonan peringkat cawangan yang diadakan oleh Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) Interim MIC 2009 adalah sah, kata Pemangku Presiden MIC Datuk Seri S. Subramaniam.
Subramaniam hantar minit mesyuarat palsu kepada RoS - Sothinathan
Menurut perkara 56.2 Perlembagaan MIC, hanya Setiausaha Agung parti boleh memanggil mesyuarat CWC di atas arahan presiden parti dan setakat ini tiada permintaan bertulis diterimanya.
Palanivel: Pemilihan semua jawatan MIC bulan Julai
Bekas Presiden (MIC) Datuk Seri G. Palanivel mendakwa Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) 2009 dipengerusikannya akan mengadakan pemilihan parti bagi semua jawatan bulan depan.