Hanya pencalonan peringkat cawangan yang diadakan oleh Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) Interim MIC 2009 adalah sah, kata Pemangku Presiden MIC Datuk Seri S. Subramaniam.
Sehubungan itu, beliau berkata pencalonan peringkat cawangan yang diadakan pihak lain adalah tidak sah dan tidak akan menjadi cawangan yang diiktiraf setelah selesai proses pemilihan semula parti itu.
"Pencalonan diadakan jawatankuasa (CWC Interim MIC 2009) adalah sah kerana jawatankuasa ini diiktiraf ROS (Jabatan Pendaftaran Pertubuhan). Pencalonan (pihak lain) tidak diiktiraf itu mereka buat secara sendiri.
"Kita buat (pencalonan) jadi cawangan yang sah, lepas habis kita hantar kepada ROS dan ini akan jadi cawangan yang sah untuk sertai dalam pemilihan peringkat lain," katanya dalam sidang akhbar selepas menyerahkan pencalonan untuk bertanding sebagai Pengerusi Cawangan MIC Ujong Pasir di sini hari ini.
Pencalonan bagi peringkat cawangan bagi pemilihan semula MIC itu ialah pada 10, 11 dan 12 Julai diikuti oleh pemilihan cawangan dari 20 hingga 26 Julai depan, manakala pemilihan presiden dijangka selesai menjelang akhir bulan depan.
Pada Khamis lepas, Ketua Penerangan MIC L. Subramaniam daripada pihak bekas presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel mendakwa sejumah 2,238 cawangan MIC telah memfailkan pencalonan untuk pemilihan cawangan parti itu dianjurkan pihak tersebut.
Ditanya tentang status pencalonan anggota MIC yang membuat pencalonan di kedua-dua belah pihak, Subramaniam berkata pihaknya akan menerima pencalonan yang dikemukakan oleh anggota tersebut.
"Contohnya ada seorang ahli exco Melaka, saya diberitahu ada buat pencalonan kepada pihak sana semalam dan hari ini dia ada hantar pencalonan di sini, jadi kita akan terima pencalonan dia di sini," katanya.
Beliau berkata pencalonan peringkat cawangan diadakan di 25 zon seluruh negara dan sebanyak 3,195 daripada 3,900 cawangan cawangan MIC layak mengadakan pemilihan semula itu.
Katanya cawangan yang tidak layak mengadakan pemilihan semula itu mempunyai pelbagai masalah antaranya melibatkan pematuhan perlembagaan parti MIC dan urusan dengan ROS.
"Kita telah merujuk perkara ini (cawangan tidak layak adakan pemilihan) kepada ROS selepas dapat keputusan daripada ROS, mereka (cawangan) yang diterima ROS kita akan beri mereka peluang (adakan pemilihan) pada masa akan datang,"
katanya.
Menurut Subramaniam proses pencalonan yang diadakan semalam di Kedah, Terengganu dan Kelantan berjalan lancar, manakala pemilihan hari ini di Melaka, Perak dan beberapa kawasan di Johor juga berjalan lancar setakat ini.
Bernama
Sat Jul 11 2015

SUBRAMANIAM: Hanya pencalonan peringkat cawangan yang diadakan oleh Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) Interim MIC 2009 adalah sah. -Gambar fail
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Ahli Dewan Negara, Sivaraj dipecat dari CWC MIC
Ahli Dewan Negara, Senator Datuk C Sivaraj dipecat sebagai ahli Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) MIC berkuatkuasa 11 Mei lalu.

Klopp sukar luah rasa bangga dengan kata-kata
Kedua-dua pasukan buntu untuk menghasilkan jaringan sepanjang 90 minit tetapi Roberto Firmino akhirnya menamatkan kekentalan pasukan dari negara asalya itu pada minit ke-99.

Rusia dalang sebenar serangan senjata kimia di Syria - AS
Amerika Syarikat menegaskan Rusia adalah negara yang perlu dipersalahkan dalam insiden serangan senjata kimia di Syria.

Sothinathan dilantik ahli CWC tanda perdamaian - Presiden MIC
Pelantikan Sothinathan bertujuan untuk memperbaiki semula hubungan dalam kalangan anggota MIC susulan persengketaan dengan bekas presiden Datuk Seri G. Palanivel.

Pemilihan MIC: Kamalanathan umum pertahan jawatan CWC
P. Kamalanathan mengumumkan akan mempertahankan jawatan beliau dalam Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) MIC pada pemilihan parti itu nanti.

Dr Subramaniam dipilih sebagai Presiden MIC yang baharu
Dr. Subramaniam diisytiharkan memenangi jawatan itu selepas tiada calon lain mencabarnya.

Amaran pada ahli parti MIC: Jangan hadir mesyuarat atau jumpa Palanivel - Saravanan
Menurut Saravanan, ahli perlu akur dengan arahan itu demi mengelakkan kekeliruan sesama ahli parti dan rakyat Malaysia.

'Hanya pencalonan cawangan diadakan CWC Interim MIC 2009 adalah sah'
Hanya pencalonan peringkat cawangan yang diadakan oleh Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) Interim MIC 2009 adalah sah, kata Pemangku Presiden MIC Datuk Seri S. Subramaniam.

Subramaniam hantar minit mesyuarat palsu kepada RoS - Sothinathan
Menurut perkara 56.2 Perlembagaan MIC, hanya Setiausaha Agung parti boleh memanggil mesyuarat CWC di atas arahan presiden parti dan setakat ini tiada permintaan bertulis diterimanya.

Palanivel: Pemilihan semua jawatan MIC bulan Julai
Bekas Presiden (MIC) Datuk Seri G. Palanivel mendakwa Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) 2009 dipengerusikannya akan mengadakan pemilihan parti bagi semua jawatan bulan depan.