JOHOR BAHRU: Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sultanah Aminah 'transit terakhir' mangsa COVID-19 menyimpan pelbagai kisah duka, namun bagi petugas kesihatan dan khas, apa yang mereka lakukan lebih berkisar kepada amanah serta tanggungjawab.
Berbeza dengan pengurusan jenazah biasa, pengurusan jenazah atau mayat korban COVID-19, perlu dilaksanakan petugas dengan teliti dan disegerakan pengebumian bagi yang beragama Islam ataupun diuruskan mengikut kepercayaan agama masing-masing bagi bukan yang beragama islam.
Menurut Penolong Pegawai Perubatan Jabatan Perubatan Forensik HSA, Mohd Afiq Ngah, meskipun setiap hari ada kes kematian akibat COVID-19, jenazah pesakit perlu diuruskan segera, selain untuk mengelakkan risiko penularan virus berkenaan.
Sebaik menerima tugasan yang diamanahkan, beliau yang juga Ketua Penyelia di Jabatan berkenaan dan kesemua petugas lain perlu segera mempersiapkan diri termasuk dari segi fizikal dan mental kerana risiko terdedah dengan virus yang boleh membawa maut itu.
"Secara teori semakin lama terdedah (exposure) kepada punca jangkitan bermakna semakin tinggi kemungkinan untuk dijangkiti, oleh itu apabila cepat kita urus, semakin kurang tempoh pendedahan.
"Keduanya, kita mempunyai tempat penyimpanan mayat yang terhad di jabatan ini dan pada masa sama perlu menyediakan ruang untuk kes kematian yang akan datang," katanya ketika ditemui Bernama di Jabatan Perubatan Forensik, HSA, di sini baru-baru ini.
Meskipun tiada kajian kukuh yang membuktikan perkara berkenaan, namun semua petugas perlu mematuhi tatacara pengendalian jenazah pesakit COVID-19 yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan (KKM).
"Isu keberjangkitan dan kelangsungan hidup virus COVID-19 di dalam tubuh badan yang tak bernyawa masih menjadi isu debatan di peringkat antarabangsa yang mana masih tiada kata putus mengenai kebolehberjangkitan dan kelangsungan hidup virus COVID-19 di dalam tubuh badan yang tak bernyawa.
"Sebaliknya, yang ada hanyalah berkenaan tempoh jangka lama mana virus bertahan pada permukaan-permukaan tertentu. Justeru itu, kita harus menganggap virus itu ada, masih menular dan kita kena utamakan nyawa serta keselamatan petugas barisan hadapan," katanya.
Mesti ikut peraturan
Bagaimanapun, Mohd Afiq, 31, yang bertugas di jabatan itu sejak Januari 2021, bersyukur kerana sepanjang tempoh pasukan itu memikul amanah menguruskan jenazah pesakit COVID-19, setakat ini belum ada lagi dalam kalangan mereka dijangkiti.
Ini kerana setiap kakitangan, apabila selesai menguruskan jenazah positif COVID-19, mereka akan membersihkan diri terlebih dahulu sebelum pulang ke rumah dan menukar semua pakaian agar "tidak membawa pulang" virus kepada keluarga terdekat.
"Walaupun kami (telah) divaksin, (kerisauan ada) mungkin kami (ada) tersilap sentuh sesuatu permukaan di mana-mana. Jadi rasa risau tetap ada kerana dalam kalangan kami, ada ahli keluarga yang belum lagi divaksin, " katanya.
Bagi mengelakkan jangkitan COVID-19, semua kakitangan yang mengendalikan mayat perlu memakai pakaian perlindungan diri (PPE) yang lengkap mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh KKM.
Beliau bagaimanapun berkata, meskipun PPE dapat mengurangkan risiko jangkitan, namun ia tidak menghapuskan sama sekali risiko berkenaan sekiranya langkah pencegahan tidak diambil berat terutamanya semasa prosedur pemakaian dan pembukaan PPE serta tatacara pembuangan PPE yang telah digunakan tidak dilakukan dengan betul.
PPE, jelasnya, memberi perlindungan dengan membantu mencegah mikroorganisma daripada mencemarkan tangan, mata, rambut termasuk penyebaran kepada kakitangan lain.
"PPE tidak boleh dikongsi dengan orang lain dan yang paling penting, PPE perlu diasingkan sebagai sisa klinikal setelah dipakai apabila selesai menguruskan jenazah," katanya dengan menambah proses dekontaminasi atau disinfeksi peralatan seperti troli mayat turut dilakukan untuk mengurangkan risiko jangkitan.
Bilik bedah simpan mayat
Disebabkan peningkatan kematian akibat COVID-19 secara mendadak, bilik bedah siasat di Jabatan Perubatan Forensik HSA pernah digunakan untuk penyimpanan sementara jenazah atau mayat pesakit biasa disebabkan kekangan ruang.
Bagaimanapun, masalah itu dapat diatasi apabila KKM menyediakan kontena khas yang mampu menampung 20 jenazah pada satu-satu masa sejak Oktober 2020.
Menurut Mohd Afiq, peti simpanan mayat sedia ada, dikhususkan untuk jenazah yang boleh diuruskan segera termasuk cepat dituntut waris dan pesakit penyakit berjangkit, manakala dua ruang tambahan iaitu kontena khas dan peti sejuk mudah alih (mobile fridge) dikhaskan untuk jenazah pesakit biasa, penyakit tidak berjangkit 'clean body'.
Beliau menambah, dua ruang tambahan itu menempatkan banyak jenazah warga asing 'clean body' yang tidak dapat dihantar balik ke negara asal kerana banyak prosedur yang perlu diuruskan.
"Jenazah warga asing akan memakan masa agak lama iaitu hampir seminggu sehingga tiga bulan sebelum dapat dikebumikan atau dihantar ke negara asal mereka, jadi kita boleh kosongkan peti simpanan mayat sedia ada untuk kes COVID-19 dan kes-kes kematian yang biasa untuk diuruskan oleh jabatan ini," katanya.
Beliau menambah, HSA setakat ini mempunyai kemudahan untuk menampung 46 jenazah pada satu-satu masa iaitu 17 di ruang peti sejuk sedia ada, 20 di dalam kontena khas dan sembilan di peti sejuk mudah alih.
Pengecaman mayat waris menyayat hati
Paling menyayat hati bagi petugas di Jabatan Perubatan Forensik apabila tiba proses pengecaman mayat oleh waris kerana mereka tidak dibenarkan menyentuh atau mendekati jenazah selari dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan KKM.
"Kami tidak beri penetapan berapa lama untuk waris buat tatapan terakhir pada jenazah, bagaimanapun ia bergantung kepada budi bicara kami tetapi sebolehnya secepat yang mungkin mengikut jarak yang telah ditetapkan iaitu antara satu dan dua meter sahaja daripada jenazah," katanya.
Menurut Mohd Afiq, bagi waris yang sedang menjalani proses kuarantin wajib, proses pengecaman mayat hanya boleh dilakukan menerusi panggilan video.
"Untuk panggilan video ini, lazimnya kita akan membuka penutup beg 'cadaver' atau 'body bag' untuk waris membuat pengecaman dan selalunya keadaan inilah yang agak menyedihkan kerana kami boleh dengar suara tangisan ahli keluarga," katanya.
Justeru, beliau berkata, masyarakat perlu sedar dan ambil peduli bahawa pandemik COVID-19 bukanlah perkara yang dibuat-buat.
"Orang ramai perlu sedar bahawa apa yang lebih penting dilakukan pada tahap ini ialah menjaga diri sendiri, keluarga dan orang sekeliling daripada dijangkiti wabak COVID-19 berkenaan, " katanya.
Urus mayat dalam tempoh kurang tiga bulan
Selain mangsa COVID-19, secara amnya jabatan itu berjaya mengendalikan jenazah atau mayat pesakit dari wad hospital berkenaan dan yang dibawa pihak polis iaitu kes 'brought in dead' dalam tempoh kurang daripada tiga bulan sejak Januari sehingga kini.
"Di jabatan ini, urusan pengendalian jenazah memang cepat. Setakat ini tidak ada lagi yang melebihi tiga bulan. Yang hampir tiga bulan pun kebiasaannya melibatkan warga asing kerana kita nak cari waris melalui kedutaan, ataupun ia melibatkan kes polis tetapi bukan mayat pesakit positif COVID-19.
"Untuk warga tempatan pula biasanya paling lama dalam tempoh hampir dua bulan. Namun bagi kes penyakit berjangkit kita akan mengendalikannya dengan cepat bagi mengelakkan risiko penularan virus," tambahnya.
Bila ditanya mengenai prosedur menguruskan jenazah tidak dituntut oleh waris atau ahli keluarga pula, Mohd Afiq berkata pengendalian mayat tidak dituntut adalah penting bagi mengoptimumkan tempat penyimpanan mayat yang terhad.
Menurut beliau, jenazah tidak diketahui identiti atau 'unknown' yang diterima dari hospital atau dibawa polis akan didaftarkan di dalam Buku Daftar Kematian, dan sekiranya jenazah tidak dituntut selepas tiga hari dari tempoh masa penerimaan mayat, ia diklasifikasikan sebagai jenazah tidak dituntut.
"Bagi jenazah tidak dituntut, kita akan buka satu fail untuknya yang mana ia memerlukan kerjasama pihak polis dan Jabatan Pendaftaran Negara untuk mengenal pasti waris supaya jenazah boleh dituntut, begitu juga bagi jenazah yang tidak mempunyai pengenalan diri, paling cepat pengurusan (jenazah tidak dituntut) mengambil masa sehingga 14 hari.
"Setiap jenazah tidak dituntut akan diambil sampel untuk tujuan ujian asid deoksiribonukleik (DNA), jadi sekiranya ada waris yang hadir menuntut mayat pada masa akan datang, kita akan buat identifikasi DNA terhadap waris untuk memastikan sama atau tidak keputusan DNA yang dilakukan," katanya.
Tiada insan yang mahu dijangkiti
Situasi penularan COVID-19 yang dihadapi negara masih sangat serius berikutan kapasiti hospital di seluruh negara seperti yang dilaporkan terutama bagi unit rawatan rapi (ICU) yang menampung kes COVID-19 kini berada pada tahap kritikal dan terus meningkat.
Menurut Mohd Afiq, meskipun kadar kematian menurun di sini dengan kadar 78 peratus setakat 6 Julai yang lepas berbanding jumlah kematian pada bulan Jun, namun setiap individu perlu memainkan peranan untuk memastikan penurunan kes jangkitan.
Beliau berkata, tiada insan yang mahu dijangkiti dan jalan terbaik adalah masyarakat perlu bertindak bijak mendisiplinkan diri, berhati-hati selain mengamalkan pemakaian pelitup muka, kerap membasuh tangan, mengamalkan penjarakan sosial serta mengelakkan berkumpul terutama di tempat awam dan sempit.
"COVID-19 adalah sesuatu yang benar, kematian COVID-19 adalah benar dan ianya terjadi setiap hari dengan purata kes kematian harian bagi COVID-19 adakalanya lebih daripada tujuh bilangannya. Apabila kerajaan saran ambil vaksin, ambillah. Kita mahu mencapai imuniti kelompok.
"Paling meruntun jiwa dan menyedihkan apabila bagi pengurusan jenazah, kebiasaannya para waris dibenarkan untuk mendekati jenazah, tetapi apabila seseorang yang meninggal dunia akibat COVID-19, tiada keluarga terdekat dapat mendekati untuk memberi penghormatan dan tatapan terakhir buat si mati," katanya.
-- BERNAMA/Suntingan Melati Mohd Ariff
Bernama
Thu Jul 22 2021
Dua petugas perubatan sedang memeriksa keadaan kontena khas yang digunakan untuk menyimpan jenazah pesakit biasa, penyakit tidak berjangkit "clean body" di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sultanah Johor Bahru (HSA). - Bernama
Nahas Jeju Air: Pudding turut hadiri acara penghormatan terakhir
Kisah seekor anjing yang setia menunggu kepulangan tuannya di rumah tanpa menyedari pemiliknya terlibat dalam nahas kapal terbang di Lapangan Terbang Muan, Korea Selatan, telah menyentuh hati ramai.
4 vokalis rock 'otai' Malaysia kongsi pentas di Singapura Februari ini
Datuk Nash, Zamani Slam, Ameng Spring dan Jatt Ali akan berpadu tenaga menjayakan Konsert Hitster Vol 1 - Otai Sangat Menyengat di The Star Theatre, Singapura, 1 Feb depan.
PM Singapura berlepas pulang
Wong diberikan upacara pelepasan permaidani merah dan kawalan kehormatan setempat oleh pegawai dan anggota Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja.
Negeri Sembilan rekod kutipan hasil berjumlah RM636 juta pada 2024 - Menteri Besar
Beliau berkata ini merupakan satu pencapaian membanggakan dan sekali gus mencerminkan dedikasi, integriti serta usaha gigih seluruh penjawat awam negeri.
[TERKINI] Petronas Terbuka Malaysia: Bumbung Axiata Arena bocor, aksi dihentikan ekoran air hujan
Hari pertama saingan Petronas Terbuka Malaysia diselubungi situasi di luar jangkaan apabila bumbung Axiata Arena dipercayai bocor dan terpaksa menghentikan seketika perlawanan badminton.
AWANI Ringkas: Remaja mengaku tidak salah tikam ibu saudara
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kerjasama global terbantut selepas berada dalam aliran meningkat selama sedekad - WEF
Walaupun terdapat krisis keselamatan global, momentum positif dalam kewangan iklim, perdagangan dan inovasi telah memberikan sedikit harapan.
Padah enggan jual minyak masak peket, peniaga berdepan tindakan
Anggota penguat kuasa telah melakukan penyamaran uji beli melalui Ops Samar sebelum dimaklumkan minyak masak peket kehabisan stok untuk dijual.
Rentas sempadan guna laluan haram: Tiga rakyat Malaysia didenda
Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 5 (1) Akta Imigresen 1959/63 [Akta 155] yang boleh dihukum di bawah Seksyen 57 akta sama.
Najib nafi terlibat dalam pembubaran pasukan petugas 1MDB
Selepas penyingkiran Abdul Gani sebagai Peguam Negara, pasukan petugas itu dibubarkan pada Julai 2015, semasa Najib memegang jawatan sebagai ketua kerajaan.
hMPV jangkitan ulangan bermusim, tiada keperluan amaran awam
hMPV tidak mempunyai tahap jangkitan dan penyebaran tanpa gejala yang tinggi seperti mana COVID-19.
Tuna capai harga US$1.3 juta di lelongan tahun baharu, harapan pemulihan ekonomi Jepun
Seekor tuna sirip biru berjaya dijual pada harga 207 juta yen (US$1.3 juta) dalam lelongan pertama tahun baharu di sebuah pasar ikan terkenal di Tokyo pada Ahad.
Virus hMPV bukan penyakit baharu, 327 sampel positif dikesan tahun lalu - KKM
Jelas beliau, virus tersebut merupakan salah satu jangkitan saluran pernafasan disebabkan virus dalam keluarga Pneumoviridae.
Situasi COVID-19, influenza di Malaysia terkawal - KKM
Tiada kes varian baharu dikesan, dan varian SARS-CoV-2 yang sedang menular di Malaysia merupakan varian Omicron dan subvariannya.
Jeju Air kurangkan operasi penerbangan sebagai respons kepada kebimbangan keselamatan
Jeju Air Co. pada Khamis mengumumkan rancangan untuk mengurangkan operasi penerbangan seawal minggu depan, sebagai tindak balas kepada kebimbangan yang semakin meningkat terhadap keselamatan.
Situasi COVID-19 dan influenza terkawal - KKM
Situasi COVID-19 dan influenza di Malaysia terkawal dengan tiada peningkatan kes memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) dan tiada kematian dilaporkan.
TH perkenal buku rekod rawatan digital, mudahkan bakal haji
Bakal jemaah musim haji 1446H/2025M tidak perlu lagi hadir ke pejabat cawangan Tabung Haji (TH) terdekat bagi mendapatkan Buku Rekod Rawatan Jemaah Haji (BRRJH).
Rusia dijangka campur tangan pertahan pemerintahan Bashar Al-Assad
Rusia dijangka masuk campur seterusnya mempertahankan pemerintahan presiden, Bashar Al-Assad selepas kumpulan pembebas merampas bandar bandar utama lain daripada cengkamannya.
Banjir: Selaras bank tawar moratorium kepada peminjam terjejas - Ahmad Fadhli
Kementerian Kewangan dicadang menyelaraskan moratorium semua institusi perbankan yang menawarkan kemudahan itu kepada peminjam yang terjejas akibat banjir.
Gaji bakat dalam industri digital diunjur stabil pada 7.19 peratus tahun ini - PIKOM
Pertumbuhan gaji bakat dalam industri digital di Malaysia diunjur stabil, masing-masing pada 7.19 peratus tahun ini dan 7.12 peratus pada 2025, kata Persatuan Teknologi Kebangsaan Malaysia.