Kajian menjelang Belanjawan MADANI 2024 itu mendapati 52 peratus daripada 850 responden setakat pukul 6 petang menyatakan kesediaan mereka.
Sementara itu, 36 peratus responden didapati belum bersedia dan baki 12 peratus pula tidak pasti dengan pesoalan yang dibangkitkan itu.
Dalam pada itu, semasa Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Perdana Menteri di Dewan Rakyat, pada Selasa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan dasar subsidi bersasar yang bakal dilaksanakan tidak akan menekan rakyat.
Ahli Parlimen Tambun itu menegaskan, pelaksanaan dasar terbaharu itu dilihat amat mendesak susulan jumlah subsidi yang ditanggung kerajaan ketika ini mencecah RM81 bilion.
Menjelang Belanjawan Madani 2024 pada 13 Oktober ini, Astro AWANI akan mengajukan soalan setiap hari dalam pungutan suara seperti ini.
Soalan baharu akan dikemukakan bermula Buletin AWANI pukul 12 tengah malam dan keputusan akan dikongsi pada keesokan harinya.
Kami juga akan menggunakan tanda pagar #SuaraMalaysia di media sosial bagi mengikuti segala komen dan pandangan anda tentang isu yang diutarakan.
Apa yang perlu anda buat? Tonton segmen berita kami di saluran 501 AWANI dan imbas kos QR yang tertera untuk mengakses soalan yang disediakan.