PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan hari ini diberitahu bahawa tiada perkaitan bukti antara dana yang diterima oleh Datuk Dr Tawfiq Ayman daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pada 2008 dengan wang SRC International Sdn Bhd yang dimasukkan ke akaun bank Datuk Seri Najib Tun Razak.
Timbalan Pendakwa Raya adhoc Datuk V. Sithambaram berkata SRC tidak wujud ketika Tawfiq menerima wang daripada dana kekayaan negara itu pada 2008. Tawfiq adalah suami bekas Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Zeti Akhtar Aziz.
Beliau berkata demikian ketika berhujah di hadapan Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat yang mendengar rayuan bekas Perdana Menteri itu untuk mengemukakan bukti baharu dalam kes terhadapnya yang membabitkan SRC.
"Yang Arif, kini mereka menyatakan bahawa wang yang diterima oleh suami Zeti pada 2008 mempunyai kaitan dengan wang yang beliau (Najib) terima pada 2014 sedangkan SRC belum wujud ketika itu.
"Adalah jelas bahawa wang itu milik 1MDB. Keseluruhan rentetan peristiwa tidak ada kena-mengena dengan dana SRC atau mempunyai kaitan dengan pertuduhan yang dihadapi oleh perayu (Najib). Apa kena-mengena Zeti dan suaminya dengan kes ini," kata Sithambaram.
Turut bersidang Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Rohana Yusuf, Hakim Besar Malaya Tan Sri Azahar Mohamed, Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim serta Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Mohd Zawawi Salleh.
Terdahulu, peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berhujah Mahkamah Rayuan sepatutnya memerintahkan agar Najib dibicarakan semula dan permohonan beliau untuk mengemukakan bukti baharu dalam kes itu didengar di hadapan panel lain.
Beliau berkata ini kerana panel terdahulu yang dipengerusikan oleh Datuk Abdul Karim Abdul Jalil dan terdiri daripada Datuk Has Zanah Mehat dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera telah dipengaruhi untuk menutup minda mereka daripada mendengar permohonan itu pada Disember tahun lepas.
Najib, 68, membuat permohonan itu susulan kenyataan media yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia pada 19 Nov lepas berkaitan aset 1MDB yang diperoleh semula apabila Kerajaan Singapura memulangkan sejumlah US$15.4 juta kepada Malaysia yang mempunyai kaitan dengan akaun Cutting-Edge Industries Ltd (CEIL) milik suami Zeti.
Pada 7 Dis 2021, Mahkamah Rayuan telah menolak permohonan Ahli Parlimen Pekan itu untuk mengemukakan bukti baharu dalam rayuannya dan memutuskan bahawa Najib gagal memenuhi peruntukan di bawah Seksyen 61 Akta Mahkamah Kehakiman bahawa bukti baharu diperlukan demi keadilan dalam kes itu.
Keesokan harinya, mahkamah sama mengekalkan sabitan serta hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta yang dijatuhkan ke atas Najib kerana menyeleweng RM42 juta dana SRC selepas menolak rayuan beliau terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 28 Julai 2020.
Pendengaran rayuan itu bersambung esok.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 15 2022
![Suami Zeti terima dana 1MDB sebelum SRC ditubuhkan - Pendakwaan Suami Zeti terima dana 1MDB sebelum SRC ditubuhkan - Pendakwaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/51647347913_TBDATUKV.jpg)
Timbalan Pendakwa Raya adhoc Datuk V. Sithambaram (foto) berkata SRC tidak wujud ketika Tawfiq menerima wang daripada dana kekayaan negara itu pada 2008. - Gambar fail/BERNAMA
IOC tolak khabar angin pembatalan Sukan Olimpik Paris
Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menolak "khabar angin" mengenai pembatalan atau penangguhan Sukan Olimpik Paris 2024 berikutan situasi politik di Perancis. IOC menyatakan ia adalah sebahagian daripada kempen maklumat palsu.
Warga London berharap tapi tidak optimis
Penduduk di London mempunyai pandangan dan jangkaan yang bercampur baur dengan sebilangan berasa optimistik dengan keputusan yang bakal diterima manakala yang lain mengatakan mereka tidak akan mengundi.
Parti Buruh diramalkan tewaskan Konservatif pimpinan Sunak
Tinjauan pendapat meletakkan parti Starmer di landasan untuk mendapatkan kemenangan besar tetapi juga mencadangkan ramai pengundi hanya mahukan perubahan selepas tempoh perbalahan dan pergolakan di bawah Konservatif
Enam ditahan kes rempuhan di utara India
Insiden itu berlaku pada Selasa (2 Julai) di kampung Phulrai Mughal Garhi, di daerah Hathras, di mana kira-kira 250,000 orang berkumpul untuk mendengar ceramah seorang pendakwah terkenal.
Levi majikan hanya digunakan untuk latihan kemahiran - PSMB
PSMB menegaskan bahawa levi majikan sememangnya hanya digunakan untuk tujuan latihan pekerja mereka sahaja selama ini.
Enakmen Lembah Klang Raya dibentang tahun hadapan - Amirudin
Enakmen Lembah Klang Raya Selangor dijangka dibentang dan dibahaskan di Dewan Undangan Negeri Selangor pada tahun hadapan, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
Noh Omar sah sertai Bersatu berkuat kuasa serta-merta
Bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar sah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkuat kuasa serta-merta.
Lelaki ditahan didakwa laku gangguan seksual ketika kempen
Suspek direman selama dua hari untuk siasatan lanjut dan polis memberi jaminan akan menjalankan siasatan secara terperinci.
Muhyiddin dapatkan khidmat Peguam Diraja
Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapatkan khidmat Peguam Diraja (King’s Counsel) untuk menyertai barisan pembelaannya dalam usaha beliau membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan empat pertuduhan salah guna kuasa terhadapnya.
Dua polis parah, seorang suspek maut
Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata melalui siasatan awal, pihaknya mendapati dua anggota polis berkenaan sedang dalam tugasan rondaan dan cuba menahan kereta dinaiki suspek, untuk tujuan pemeriksaan.
![Pembunuh bayi Zara kekal ke tali gantung Pembunuh bayi Zara kekal ke tali gantung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2018-11/41543425510_SuamiPengasuh.jpg)
Pembunuh bayi Zara kekal ke tali gantung
Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman gantung sampai mati terhadap seorang bekas tukang gunting yang membunuh seorang bayi perempuan dikenali 'Zara'.
![Juruteknik komputer terlepas tali gantung, hukuman mati diganti penjara 38 tahun Juruteknik komputer terlepas tali gantung, hukuman mati diganti penjara 38 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-06/41592811843_jail.jpg)
Juruteknik komputer terlepas tali gantung, hukuman mati diganti penjara 38 tahun
Seorang bekas juruteknik komputer sambilan terlepas tali gantung selepas Mahkamah Persekutuan hari ini menggantikan hukuman mati terhadapnya dengan pemenjaraan 38 tahun.
![Bunuh suami ketika tidur: Hukuman mati bekas pasangan kekasih diganti penjara 36 tahun Bunuh suami ketika tidur: Hukuman mati bekas pasangan kekasih diganti penjara 36 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/61690366461_IstanaKehakiman.jpg)
Bunuh suami ketika tidur: Hukuman mati bekas pasangan kekasih diganti penjara 36 tahun
Seorang suri rumah dan bekas kekasihnya yang didapati bersalah membunuh suami wanita itu ketika mangsa sedang tidur terlepas tali gantung.
![Permohonan Majlis Peguam untuk kebenaran merayu rujuk isu perlembagaan ditolak Mahkamah Persekutuan Permohonan Majlis Peguam untuk kebenaran merayu rujuk isu perlembagaan ditolak Mahkamah Persekutuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/61690366461_IstanaKehakiman.jpg)
Permohonan Majlis Peguam untuk kebenaran merayu rujuk isu perlembagaan ditolak Mahkamah Persekutuan
Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Majlis Peguam untuk mendapatkan kebenaran merayu terhadap penolakan permohonannya merujuk beberapa persoalan perlembagaan.
![Mahkamah Persekutuan tetapkan 3 Julai untuk dengar rayuan Sanjeevan Mahkamah Persekutuan tetapkan 3 Julai untuk dengar rayuan Sanjeevan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/61688100556_PENGERUSIPERTUBUHAN.jpg)
Mahkamah Persekutuan tetapkan 3 Julai untuk dengar rayuan Sanjeevan
Mahkamah Persekutuan menetapkan 3 Julai untuk mendengar rayuan bekas aktivis antijenayah R.Sri Sanjeevan terhadap penolakan keputusan yang mengisytiharkan penahanan 16 harinya di bawah Akta Pencegahan
![Mahkamah Persekutuan tetapkan 10 Sept dengar permohonan editor Sarawak Report Mahkamah Persekutuan tetapkan 10 Sept dengar permohonan editor Sarawak Report](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71717487560_TBRewcastleBrown.jpg)
Mahkamah Persekutuan tetapkan 10 Sept dengar permohonan editor Sarawak Report
Mahkamah Persekutuan menetapkan 10 Sept ini untuk mendengar permohonan Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown dan dua yang lain untuk kebenaran merayu keputusan Mahkamah Rayuan yang mendapati me
![Wanita bunuh teman rapat dipenjara 33 tahun Wanita bunuh teman rapat dipenjara 33 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/61690366461_IstanaKehakiman.jpg)
Wanita bunuh teman rapat dipenjara 33 tahun
Mahkamah Persekutuan mengenepikan hukuman mati terhadap seorang wanita kerana membunuh teman rapatnya dan menggantikan kepada hukuman penjara 33 tahun.
![Mahkamah Persekutuan ganti hukuman mati pendandan rambut lelaki dengan penjara 40 tahun Mahkamah Persekutuan ganti hukuman mati pendandan rambut lelaki dengan penjara 40 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/81663585803_ISTANAKEHAKIMAN.jpg)
Mahkamah Persekutuan ganti hukuman mati pendandan rambut lelaki dengan penjara 40 tahun
Dalam penghakimannya, Tengku Maimun berkata hukuman mati Teh diketepikan dan diganti dengan hukuman penjara yang bermula dari tarikh dia ditangkap iaitu pada 15 Sept 2008.
![Kerajaan Kelantan mahu kembalikan semula Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kerajaan Kelantan mahu kembalikan semula Enakmen Kanun Jenayah Syariah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51715165410_JenayahSyariahKel.jpg)
Kerajaan Kelantan mahu kembalikan semula Enakmen Kanun Jenayah Syariah
Perkara itu akan dibincangkan menerusi Konvensyen Pemantapan Perundangan dan Institusi Syariah pada 21 Mei ini.
![Permohonan aktivis untuk cabar keputusan AG tak dakwa pendakwah ditolak Permohonan aktivis untuk cabar keputusan AG tak dakwa pendakwah ditolak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/81707464717_TBISTANAKEHAKIMAN.jpg)
Permohonan aktivis untuk cabar keputusan AG tak dakwa pendakwah ditolak
Panel tiga hakim membuat keputusan sebulat suara menolak permohonan yang dikemukakan oleh S. Sivakumar dan M. Rajasegaran.