SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini, hari ini menjatuhkan hukuman mati terhadap seorang bekas tukang gunting rambut selepas mendapatinya bersalah membunuh bayi perempuan berusia 11 bulan dan menyifatkan perbuatan itu amat kejam kerana mangsa mengalami kecederaan serius selain didera dari segi seksual.
Hakim Datuk Abdul Halim Aman menjatuhkan hukuman itu terhadap Hazmi Majid, 39, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah pada akhir kes pembelaan.
Hazmi yang merupakan suami kepada pengasuh bayi itu didakwa membunuh dan menyebabkan kematian Nur Muazara Ulfa Mohammad Zainal atau Zara di sebuah rumah di Apartmen Sri Cempaka, Jalan 6/3, Seksyen 16, Bandar Baru Bangi, antara 10.30 pagi dan 1.30 tengah hari, pada 7 Nov 2018.
Dalam penghakimannya, Hakim Abdul Halim berkata, beliau tidak dapat membayangkan betapa seksa dan deritanya bayi itu menanggung kesakitan.
"Kamu tidak berhati perut, tiada perasaan dan tindakan kamu tidak berperikemanusiaan," katanya.
Beliau berkata, si mati turut mengalami perbagai kecederaan yang serius antaranya pendarahan di bawah kulit kepala, tengkorak pecah serta pendarahan di bahagian atas dan belakang otak selain terdapat kesan lebam di lengan kanan yang menurut doktor ia adalah kesan akibat gigitan orang dewasa.
"Lebih menyedihkan lagi, bayi itu turut didera dari segi seksual dengan dahsyatnya. Sesungguhnya perbuatan kamu amatlah kejam.
"Apa dosa anak ini sehingga tergamak kamu menderanya dan memperlakukannya sedemikian rupa? Kamu sendiri ada anak, apa perasaan kamu seandainya anak kamu diperlakukan sepertimana kamu lakukan kepada si mati?" tanya Hakim Abdul Halim.
BACA: Dera bayi Zara: Suami pengasuh dipenjara 20 tahun, 12 sebatan
BACA: Tragedi Zara: Ibu tidak dapat terima 'penjelasan' pengasuh
Beliau turut menasihati ibu bapa untuk mengambil iktibar daripada apa yang berlaku dan lebih berhati-hati dalam memilih pengasuh untuk mengasuh anak-anak.
"Kaji dan selidik dahulu latar belakang pengasuh terutamanya pengasuh yang tidak mempunyai pertalian keluarga dengan kita.
"Jangan mudah terpedaya dengan pengiklanan yang menawarkan khidmat pengasuh dan selidik latar belakang pengasuh serta ahli keluarganya terlebih dahulu. Jangan tersalah pilih kerana akibatnya seperti menyerahkan anak ke sangkar maut," katanya.
Seramai 22 saksi pendakwaan dan seorang saksi pembelaan iaitu tertuduh sendiri dipanggil memberi keterangan pada perbicaraan kes tersebut yang bermula pada 7 Jan 2020.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Datin Zuraini Abdul Razak manakala peguam A. Jeyaseelan mewakili tertuduh.
Pada 2018, media melaporkan perbuatan tidak berperikemanusiaan dilakukan ke atas Nur Muazara Ulfa yang meninggal dunia selepas dua hari berada dalam keadaan kritikal di Hospital Serdang, Selangor, dipercayai akibat didera secara fizikal dan seksual oleh suami kepada pengasuhnya.
Kes kematian menyayat hati bayi itu juga mendapat perhatian masyarakat di seluruh negara. - BERNAMA
Bernama
Fri Aug 20 2021

Bekas tukang gunting rambut, Hazmi Majid dijatuhkan hukuman mati selepas didapati bersalah membunuh bayi perempuan berusia 11 bulan.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Warga emas ditahan dipercayai cabul kanak-kanak perempuan
Difahamkan suspek tersebut merupakan suami kepada bekas pengasuh mangsa.

Suami pengasuh dihukum mati kerana bunuh bayi Zara dengan kejam
Bekas tukang gunting rambut, Hazmi Majid didapati bersalah membunuh bayi perempuan berusia 11 bulan pada 2018.

Suami pengasuh didakwa liwat, bunuh bayi sembilan bulan
Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Majistret pada Rabu atas pertuduhan membunuh dan meliwat anak asuhan isterinya yang berusia sembilan bulan.

Bayi sembilan bulan maut diliwat suami pengasuh
Kematian dipercayai akibat sesak nafas kerana ditekup di mulut menggunakan tangan oleh suspek.

Dera bayi Zara: Suami pengasuh dipenjara 20 tahun, 12 sebatan
Hazmi Majid, 36 tahun, dijatuhi hukuman itu oleh Mahkamah Sesyen Kajang kerana memasukkan jari ke dalam kemaluan dan dubur bayi itu.