KUALA LUMPUR: Seorang lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memukul isterinya menggunakan batang mop, kayu besbol dan membaling kerusi plastik berwarna putih ke atas wanita itu, bulan lepas.


Ringkasan AI
  • Seorang lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen atas tuduhan memukul isterinya menggunakan batang mop, kayu besbol, dan melemparkan kerusi plastik putih ke atasnya, bulan lepas.
  • Inderjit Singh, 45, didakwa melakukan perbuatan tersebut terhadap isterinya, Sukhvinder Kaur, di sebuah kondominium di Jalan Ipoh, Taman Rainbow, Sentul pada 5 Mei.
  • Inderjit diikat jamin RM4,000 dan tarikh untuk hukuman telah ditetapkan pada 18 Julai selepas Timbalan Pendakwa Raya menawarkan jaminan RM10,000.


Inderjit Singh, 45, didakwa melakukan perbuatan itu terhadap isterinya, Sukhvinder Kaur di sebuah unit kondominium di Jalan Ipoh, Taman Rainbow, Sentul di sini pada 3 petang, 5 Mei lepas.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 324/326A Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman-hukuman itu, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Siti Nursyuhada Abd Rauf menawarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin namun tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon jaminan rendah atas alasan mempunyai tanggungan keluarga.

Hakim Hamidah Mohamed Deril membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dan menetapkan 18 Julai ini untuk jatuh hukum.

-- BERNAMA