LAHAD DATU: Seorang lelaki warga emas maut manakala isterinya parah selepas diserang sekumpulan gajah dalam kejadian di Kampung Perpaduan Skim Begahak, Bakapit di sini pada Sabtu lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, mangsa, Lopis Jubin, 90, meninggal dunia akibat dipijak haiwan tersebut manakala isterinya, Dalama Hamid, 62, turut mengalami kecederaan parah.
Pegawai Hidupan Liar Lahad Datu, Silvester Saimin berkata, sebelum itu, pasangan suami isteri terbabit terserempak dengan 12 ekor gajah yang memasuki kebun ubi mereka.
"Menurut cucu kepada kedua-dua mangsa, ketika kejadian mereka berada di pondok untuk menjaga kebun ubi tersebut.
"Ketika sedang berehat, Dalama menyedari pondok mereka digeser oleh haiwan tersebut dan beliau sempat keluar dari pondok berkenaan bersama suaminya untuk melarikan diri," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.
Bagaimanapun katanya, salah seekor gajah tersebut bertindak mengejar pasangan suami isteri berkenaan lalu menendang dan memijak mangsa.
"Akibat kejadian itu, mangsa lelaki patah di bahagian tulang dada, lebam bahagian mata kanan dan luka di bahagian tangan kiri manakala isterinya, patah bahagian pinggang, paha kiri dan kedua-dua tangan lebam.
"Dalama kini sedang dirawat di Hospital Lahad Datu manakala suaminya disahkan meninggal dunia dan mayat telah dibawa ke unit forensik," katanya.
Silvester berkata, pemeriksaan di lokasi mendapati memang wujud kesan kehadiran gajah di kawasan tersebut seperti bekas tapak kaki gajah, pokok ubi patah serta bekas geseran pada pondok yang didiami mangsa.
"Terdapat juga kesan tapak kaki gajah di kawasan parit kecil yang mana tempat kedua-dua mangsa ditendang dan dipijak.
"Sepanjang pemeriksaan dijalankan, tidak ada kelibat gajah dilihat dan tidak ada berlaku provokasi antara mangsa dan gajah," katanya. -Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Dec 26 2023
![Suami maut, isteri parah dipijak gajah Suami maut, isteri parah dipijak gajah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/81703573865_TBdipijakgajahj.jpg)
Lawatan Jabatan Hidupan Liar ke lokasi mangsa diserang gajah di Kampung Perpaduan Skim Begahak, Bakapit, Lahad Datu. -Foto Sinar Harian
Malaysia belajar Dasar Bandar Hijau dengan Turkiye - DBKL
Wanita Pertama Turkiye, Emine Erdogan meluangkan masa kira-kira satu jam melawat Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur pada Selasa.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Kematian tahanan: Siasatan masih berjalan - Saifuddin
Siasatan kes kematian seorang tahanan Penjara Taiping dipercayai akibat dipukul bulan lepas masih berjalan.
10 Berita Pilihan - (11 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 12 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kumpulan aktivis Thailand khuatir Trump kembalikan penyedut minuman plastik
Beberapa aktivis alam sekitar di Thailand kecewa dan bimbang susulan tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menandatangi perintah eksekutif untuk mengembalikan penggunaan straw plastik.
Trump isytihar "perang" terhadap penyedut kertas
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengisytiharkan perang terhadap penyedut kertas dan mahu mengembalikan penggunaan plastik.
Data kanak-kanak British maut mungkin telah dipadamkan Tiktok
Keluarga kanak-kanak berusia antara 12 higga 14 tahun itu telah menfailkan saman terhadap Tiktok dan syarikat induknya, Bytedance dalam usaha memaksa syarikat tersebut mendedahkan data anak-anak mereka.
Kanak-kanak 8 tahun maut ditikam guru di sekolah
Seorang guru menikam murid perempuan berusia lapan tahun hingga maut di sebuah sekolah rendah di Korea Selatan pada Isnin, menurut laporan media tempatan yang memetik pihak berkuasa.
Kenyataan Trump sangat 'berbahaya dan gila'- Penduduk Palestin
Kebimbangan penduduk rakyat Palestin di Tebing Barat disuarakan terhadap kenyataan terbaru Presiden Amerika Syarikat.
Tebusan dibebaskan jika hormati gencatan senjata - Hamas
Tebusan Israel hanya akan dibebaskan dari Gaza jika perjanjian gencatan senjata antara Hamas-Israel dihormati.
![Pekerja pembersihan maut, seorang lagi parah dipijak gajah di Mersing Pekerja pembersihan maut, seorang lagi parah dipijak gajah di Mersing](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51727361299_Lelakimautdiserang.jpg)
Pekerja pembersihan maut, seorang lagi parah dipijak gajah di Mersing
Seorang pekerja pembersihan kontrak maut manakala seorang lagi cedera parah akibat dipijak gajah di kawasan hutan kecil berhampiran Sekolah Kebangsaan (SK) Tenggaroh 5 hari ini.
![Suami maut, isteri parah dipijak gajah Suami maut, isteri parah dipijak gajah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/81703573865_TBdipijakgajahj.jpg)
Suami maut, isteri parah dipijak gajah
Mangsa, Lopis Jubin, 90, meninggal dunia akibat dipijak haiwan tersebut manakala isterinya, Dalama Hamid, 62, mengalami kecederaan parah.
!['Dengar jeritan suruh kami selamatkan diri' - Ibu saudara wanita maut dipijak gajah liar 'Dengar jeritan suruh kami selamatkan diri' - Ibu saudara wanita maut dipijak gajah liar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/81670322996_mangsaserangangajah.jpg)
'Dengar jeritan suruh kami selamatkan diri' - Ibu saudara wanita maut dipijak gajah liar
Wak Angkat Yok Tong, 39, wanita Orang Asli yang maut dalam serangan gajah liar di Kampung Simoi Baru, Pos Betau di sini awal pagi tadi.
![Pak Cik tak sempat lari, akhirnya maut dipijak gajah jantan mengamuk - Anak saudara Pak Cik tak sempat lari, akhirnya maut dipijak gajah jantan mengamuk - Anak saudara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-09/51536378470_PijakGajah.jpg)
"Pak Cik tak sempat lari, akhirnya maut dipijak gajah jantan mengamuk" - Anak saudara
Hajat seorang pesara tentera menghidangkan buah kepada anggota keluarga yang pulang untuk bercuti tidak kesampaian apabila dia maut dipijak gajah jantan.