Sudahlah suaminya patah kaki akibat terjatuh di tempat kerja dua hari lalu, malam tadi rumahnya pula terbakar.
Inilah nasib yang menimpa Nadia Malina Mat Junoh, 33, dari Kampung Tok Randok di sini pada bulan Ramadan ini.
Beliau berkata kebakaran berlaku pada pukul 7.35 malam ketika beliau sedang menjaga suaminya Zamri Kamal, 40, di Hospital Sultanah Nur Zahirah sementara empat orang anaknya berada di rumah datuk mereka yang terletak berdekatan rumah sewanya itu.
Kebakaran tersebut disedari jirannya Kamaruddin Kayakuti, 53, yang turut mendengar letupan kecil dan pada mulanya menyangka ia merupakan bunyi mercun.
"Mula-mula saya ingatkan anak Nadia yang main mercun, tapi bila saya selesai makan (berbuka) dan keluar nak basuh tangan, saya tengok api sudah marak. Saya cepat-cepat ambil air dan simbah serta minta pertolongan jiran lain.
"Kejadian berlaku dengan pantas, tak sampai 15 minit api sudah merebak ke seluruh kawasan rumah," katanya sewaktu kunjungan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Sains Teknologi dan Tugas-Tugas Khas Negeri, Ghazali Taib hari ini.
Kamaruddin berkata api juga hampir merebak ke rumahnya yang menyebabkan tingkap rumahnya pecah.
"Nadia berada di hospital sejak Jumaat lalu kerana menjaga suaminya yang patah kaki setelah terjatuh dari lori di tempat kerjanya," katanya.
Sementara itu, Ghazali yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Ajil berkata pihaknya akan membuat penilaian dan tafsiran kerugian yang dialami mangsa.
"Kita memang bersimpati dengan kejadian yang menimpa mangsa. Persiapan puasa dan raya mangsa terjejas dan buat masa sekarang mangsa terpaksa menumpang di rumah bapanya.
"Insya-Allah kita akan membina semula rumah ini secepat mungkin dengan anggaran peruntukkan kira-kira RM40,000. Hari ini kita beri sedikit derma kilat dan sumbangan daripada Yayasan Terengganu," katanya.
Bernama
Mon Jun 13 2016
Kebakaran tersebut disedari jiran yang turut mendengar letupan kecil dan pada mulanya menyangka ia merupakan bunyi mercun. - Gambar hiasan
10 Berita Pilihan - (3 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Konflik Syria: Iran akan melakukan apa sahaja demi mewujudkan keamanan
Iran akan melakukan apa sahaja dalam usaha mewujudkan keamanan dan keselamatan bagi menjamin keselamatan dan integriti wilayah semua negara.
Konflik Syria: AS akan berusaha tamatkan konflik demi kepentingan orang awam
Amerika Syarikat akan berusaha melakukan proses rundingan secara politik dalam usaha menamatkan perang saudara yang berlaku di Syria ketika ini.
Blinken akan bertemu Dermer dalam usaha realisasi gencatan senjata
Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Anthony Blinken dilaporkan akan mengadakan pertemuan dengan Menteri Hal Ehwal Strategik Israel Ron Dermer sebagai usaha merealisasikan gencatan senjata di Gaza.
36 korban baharu, angka kematian meningkat kepada 44,502
36 rakyat Palestin dilaporkan terkorban dalam operasi ketenteraan berterusan rejim Zionis di wilayah itu dalam tempoh 24 jam lepas.
Bali Nine: Pemindahan lima banduan ke Australia diharap dapat diselesai segera
Rundingan penghantaran pulang baki lima ahli kumpulan penyeludupan dadah Bali Nine ke Australia masih memerlukan banyak perkara yang diteliti, kata Menteri Hal Ehwal Undang-Undang Indonesia, Yusril Ihza Mahendra.
Jendela: Fasa1 perlu dirombak sepenuhnya sebelum pelaksanaan Fasa 2 - Fahmi
Sistem dan proses yang digunakan dalam Jendela Fasa 1 perlu dirombak sepenuhnya sebelum pelaksanaan Fasa 2 Program Jendela yang dijangka melibatkan antara 2,500 hingga 3,000 tapak di seluruh negara.
Pelayaran ke selatan Perancis adalah percutian peribadi- Najib
Beliau berkata, selain keluarganya, Tan Sri Bustari Yusuf dan anak-anaknya turut menyertai percutian peribadi itu.
Najib nafi terlibat dalam transisi TIA ke 1MDB
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan bahwa beliau secara konsisten menyokong TIA kekal berada di bawah Kerajaan Negeri Terengganu.
Masidi beri keterangan secara sukarela di SPRM
Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun telah memberi keterangan secara sukarela di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kota Kinabalu pada Selasa berhubung dakwaan video tular memaparkan perbualannya dengan seorang individu berkaitan dana RM300,000.
Peduli apa dengan puasa, kita terus berhari raya!
Dalam kemegahan Syawal menjadi jenama, kita kadangkala terlupa tentang Ramadan yang perlu diisi penuh makna.
Suami kemalangan, rumah pula terbakar
Kebakaran berlaku pada pukul 7.35 malam ketika Nadia Malina Mat Junoh sedang menjaga suaminya di hospital sementara empat orang anaknya berada di rumah datuk mereka.