Seorang wanita mati dikelar suaminya yang dipercayai terdengar bisikan halus untuk membunuh isterinya dalam kejadian di sebuah kampung di Kangkar Tebrau, di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Johor Baharu Selatan ACP Sulaiman Salleh berkata sebelum kejadian, wanita berusia 43 tahun itu dipercayai bergaduh dengan suaminya tanpa diketahui punca pergaduhan itu.
Beliau berkata polis menerima panggilan daripada orang awam pada pukul 2.26 petang semalam yang melaporkan 'ada orang terbaring berdarah macam kena bunuh'.
"Siasatan awal mendapati jiran mangsa telah mendengar pergaduhan di rumah mangsa sekitar jam 10 pagi. Pergaduhan disyaki antara suami (suspek) dan isteri (si mati) tanpa tidak diketahui puncanya.
"Bagaimanapun, jiran mengganggap ia hanya pertengkaran biasa antara suami isteri dan tidak menghiraukan insiden tersebut," kata Sulaiman dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Bagaimanapun, Sulaiman berkata anak sulung mangsa berusia sembilan tahun yang pulang dari sekolah pada pukul 2 petang, ternampak mangsa tertiarap di ruang tamu rumah dan dipercayai telah meninggal dunia.
Tikam guna gunting
Pelajar itu kemudian diberitahu oleh adiknya yang berusia lima tahun bahawa ibu mereka bergaduh dengan suspek pada sebelah pagi dan dia melihat suspek menikam mangsa menggunakan gunting.
Anak sulung mangsa kemudian membawa adiknya ke rumah nenek mereka yang terletak lebih kurang 20 meter dari tempat kejadian dan memaklumkan perkara ini kepadanya, kata Sulaiman.
Beliau berkata, terdapat luka hasil kelaran pada leher dan tikaman pada dada kiri serta beberapa tikaman di bahagian belakang.
"Berdasarkan pengamatan, mangsa telah dikelar dahulu sebelum ditikam beberapa kali di bahagian badan mangsa," kata Sulaiman.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Aminah untuk bedah siasat.
Susulan kejadian itu, polis berjaya menahan suspek berusia 35 tahun dan bekerja sebagai tukang jahit, pada pukul 3 petang di Jalan Padi Mahsuri 1, Bandar Baru Uda, lebih kurang 15 kilometer dari tempat kejadian.
"Suspek telah membuat pengakuan awal membunuh isterinya menggunakan sebilah pisau yang telah dicuci dan diletakkan di dapur tempat kejadian. Suspek juga mengaku menikam isterinya dengan menggunakan gunting," kata beliau.
Polis mendapati motif utama suspek melakukan perbuatan itu kerana dipercayai 'mendengar bisikan-bisikan halus untuk membunuh isterinya', kata Sulaiman.
Suspek kini direman mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah selama tujuh hari sehingga 27 Mac ini.
Bernama
Mon Mar 21 2016

mangsa ditemui dengan kesan kelar di leher dan tikaman pada dada kiri. - Gambar hiasan

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.
Australia umum USD5.4 bilion untuk Medicare
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan suntikan dana tambahan bernilai USD5.4 bilion bagi memperkukuh sistem penjagaan kesihatan negara, dengan tujuan menampung lebih banyak kos lawatan ke doktor, lapor Xinhua.
![[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia [KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740286728_Renewableenergy.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia
Malaysia telah mencapai 28 peratus dalam campuran bahan api setakat Oktober 2024.
Lebih 18,000 orang berhimpun di Istana Maharaja Jepun raikan hari keputeraan
Lebih 18,000 orang berhimpun dalam cuaca sejuk di Istana Maharaja Jepun bagi meraikan hari keputeraan Maharaja Naruhito.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
FAMA membawa masuk sejumlah 640 metrik tan kelapa dengan peningkatan 30 peratus yang diimport termasuk dari Indonesia.

Suami kelar dan tikam isteri kerana 'terdengar bisikan halus'
Sebelum kejadian, wanita berusia 43 tahun itu dipercayai bergaduh dengan suaminya tanpa diketahui punca pergaduhan itu.