NILAI: Seorang bapa, Abd Razak Isa, 57, dan isterinya, Najah Aspalela Alias, 52, tidak dapat menahan rasa hiba dan pilu sebaik melangkah ke pentas bagi menerima skrol diploma milik arwah anak perempuan mereka, Hanis Nuraishah Nasuha, pada Majlis Konvokesyen Kolej Universiti Agrosains Malaysia (UCAM) ke-19 di sini, hari ini.
Allahyarham Hanis Nuraishah Nasuha, 22, yang menamatkan pengajian peringkat diploma dalam bidang Sains Pertanian pada Mei 2021, meninggal dunia 14 Julai lepas akibat kemalangan ketika balik kerja di kampungnya di Kampung Tedong, Lanchang, Pahang.
Menurut Najah Aspalela, sejak seminggu lepas dia berbelah bagi dan keberatan untuk ke majlis konvokesyen arwah anaknya yang mesra dipanggil 'Kak De' kerana bimbang tidak dapat mengawal perasaan sebak ketika berada di atas pentas, sehinggalah semalam baru memutuskan untuk hadir.
"Pak cik yang beri semangat pada mak cik, dia kata meratap apa pun tak guna sebab anak dah tak ada, jadi lebih baik kita pergi untuk meraikan kejayaan Kak De buat kali terakhir.
"Atas dorongan pak cik dan anak-anak lain, mak cik kuatkan semangat untuk datang bagi menghargai hasil kerja keras dan usahanya dalam menamatkan pengajian," katanya kepada pemberita selepas majlis konvokesyen yang disampaikan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid di sini hari ini.
Abd Razak berkata, arwah Kak De, yang merupakan anak ketiga daripada tujuh beradik, amat manja dengannya dan satu-satunya anak yang ingin mengikut jejak langkah dalam bidang pertanian, selain bercita-cita menjadi usahawan berjaya.
"Semasa praktikal di Pertubuhan Peladang Kawasan Lanchang, dia dah bela lembu di kampung, malah ketika dia kerja di sebuah syarikat pertanian, majikan nak jadikan dia rakan kerjasama. Saya fikir satu sahaja, ambil skrol itu tadi sebagai dorongan kepada adik-adiknya supaya belajar bersungguh-sungguh," katanya.
Abd Razak yang bekerja sebagai pekebun berkata, arwah anaknya merupakan seorang yang komited dan bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja, serta sering meraih anugerah dekan sepanjang tiga tahun pengajiannya di UCAM, Alor Gajah, Melaka.
Allahyarham Hanis Nuraishah Nasuha yang juga penerima Anugerah Yayasan Risda, antara 845 graduan diraikan dalam Majlis Konvokesyen ke-19 UCAM membabitkan cawangan Melaka, Perak, Kelantan dan Pahang, yang berlangsung dua hari bermula hari ini. - BERNAMA
Bernama
Mon Mar 07 2022
Datuk Seri Mahdzir Khalid (kanan) menyampaikan Anugerah Yayasan Risda kepada Abdul Razak Isa iaitu bapa Allahyarhamah Hanis Nuraishah Nasuha pada Majlis Konvokesyen Kolej Universiti Agrosains Malaysia (UCAM) ke-19 hari ini. Gambar BERNAMA
124 hospital termasuk 51 hospital kerajaan berjaya peroleh akreditasi MSQH
Sebanyak 124 hospital termasuk 51 hospital kerajaan di seluruh negara berjaya diakreditasi dan memenuhi piawaian penilaian ditetapkan oleh MSQH hingga 31 Okt tahun ini.
Keanggotaan BRICS tawar landskap perdagangan global lebih saksama kepada Malaysia - Duta Rusia
BRICS komited tangani orde perdagangan antarabangsa, yang kini dikuasai oleh negara tertentu yang mengekalkan peraturan mereka sendiri.
Siasatan menjurus ke arah kenal pasti aset diperoleh FashionValet - SPRM
Fokus siasatan juga melihat kepada cara syarikat terbabit membelanjakan wang pelaburan diterima daripada Khazanah dan PNB.
AWANI Ringkas: Lokasi sambutan ditukar ke KLCC
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 8 November 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 8 November 2024
1️⃣ Enam anggota MALBATT yang cedera selamat tiba di Kem Marakah
2️⃣ Kemuncak MTL hujung Nov, taburan hujan tinggi
3️⃣ Lokasi sambutan ditukar ke KLCC
#awaniringkas
1️⃣ Enam anggota MALBATT yang cedera selamat tiba di Kem Marakah
2️⃣ Kemuncak MTL hujung Nov, taburan hujan tinggi
3️⃣ Lokasi sambutan ditukar ke KLCC
#awaniringkas
Wanita perlu terus bersuara untuk tingkat representasi dalam Parlimen
Dr Ramli menggesa kaum wanita untuk terus bersuara dan memperjuangkan peningkatan representasi wanita di peringkat Parlimen menerusi pindaan Perlembagaan Persekutuan.
Polis bunuh pelajar: Jantung mangsa terhenti sebelum diberi CPR - Saksi
Penolong Pegawai Perubatan HRPB Ipoh memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa jantung Muhammad Zaharif Affendi telah terhenti sebelum bantuan CPR diberikan kepada mangsa berkenaan.
Dialog Poket Rakyat: Perbelanjaan Kehidupan Wajar vs Kehidupan Sebenar
Sejauh mana petunjuk sosioekonomi perbelanjaan asas kehidupan wajar (PAKW) menggambarkan keperluan dan kehendak berbelanja sesebuah isi rumah? Bagaimanakah PAKW membantu pengguna menyusun kewangan untuk kehidupan selesa? Ikuti diskusi dan analisis Dialog Poket Rakyat 8.30 malam ini.
Pentas akhir, siapakah bakal dinobat juara malam ini?
Selepas tujuh minggu bersaing, siapa bakal muncul juara di pentas akhir The Chosen One 2024? Amzar Alif ada perinciannya.
Pacu Malaysia ke masa hadapan teknologi 4IR
Penganjuran Road2Growth 2024 Wilayah Tengah (R2G 2024 Central) menandakan satu pencapaian penting dalam perjalanan Malaysia untuk menjadi peneraju global dalam Revolusi Perindustrian Keempat (4IR).
Suami isteri hiba terima diploma arwah anak perempuan
Allahyarham Hanis Nuraishah Nasuha yang menamatkan pengajian pada Mei 2021, meninggal dunia 14 Julai lepas akibat kemalangan.