BALIK PULAU:Pasangan suami isteri serta dua beradik lelaki, merupakan antara yang ditahan terlibat dalam sindiket penyeludupan dadah yang menjadikan hotel bajet di Bayan Lepas, di sini sebagai lokasi pengedaran dadah.
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintenden A. Anbalagan berkata, kesemua suspek terdiri daripada enam lelaki dan tiga wanita tempatan itu ditahan dalam operasi yang dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu pejabat Polis Daerah Barat Daya (IPDBD) pada 5 Januari lepas.
Anbalagan berkata, dalam serbuan bermula jam 11 pagi itu, polis berjaya merampas pelbagai jenis dadah dengan nilai keseluruhan sebanyak RM44,472.85.
Menurut Anbalagan, dalam serbuan pertama pasangan suami isteri berusia 31 dan 29 tahun itu ditahan bersama dua lagi suspek di dalam sebuah bilik hotel bajet dan hasil pemeriksaan telah menemui bungkusan dadah yang disyaki heroin dan syabu.
Susulan penahanan empat suspek terbabit, polis turut menyerbu sebuah lagi bilik di hotel sama dan menahan tiga lagi rakan mereka berusia 19 hingga 23 tahun yang juga disyaki terlibat dengan aktiviti pengedaran dadah.
Siasatan awal mendapati suspek sudah tiga bulan menjadikan hotel berkenaan sebagai lokasi pengedaran dadah kepada pelanggan di sekitar daerah Barat Daya.
Sementara itu Anbalagan berkata, polis turut menyerbu serbuan sebuah pondok di Jalan Sungai Batu, Teluk Kumbar, dan telah menemui dadah jenis pil erimin 5 dan syabu seberat 257.25 gram yang disimpan di situ.
Susulan serbuan itu, polis menahan dua suspek lelaki berusia 37 dan 39 tahun.
Katanya, kesemua suspek yang ditahan dalam tiga serbuan itu saling berkaitan antara satu sama lain dan polis kini sedang mengesan dalang sindiket berkenaan.
Tambah beliau, siasatan lanjut mendapati lapan suspek yang ditahan mempunyai rekod jenayah lampau dengan maksimum 17 kes seorang.
Dewi Nur Harasha Alias
Fri Jan 08 2021
Polis berjaya merampas pelbagai jenis dadah dengan nilai keseluruhan sebanyak RM44,472.85. - Foto Astro AWANI
Lai Pei Jing jadi mangsa sindiket penipuan, wang simpanan lesap
Pemain berusia 31 tahun itu berkongsi insiden malang yang menimpa dirinya di media sosial.
Kereta terbabas di bulatan, pemandu Nissan GT-R maut
Seorang pemandu Nissan GT-R maut manakala penumpangnya cedera selepas kenderaan dinaiki terbabas di bulatan Kampung Sungai Melayu, pada Ahad.
SUV rempuh parkir gereja: 'Tiada unsur sabotaj, henti spekulasi' - Polis
Insiden sebuah SUV yang hilang kawalan sebelum terbabas dalam kawasan parkir Gereja St Ignatius, Petaling Jaya tidak melibatkan unsur sabotaj atau khianat.
Intervensi bukan kaedah baharu, mampu kurangkan keciciran calon SPM - Wong
Langkah itu lebih bersifat pemujukan dan memberi kesedaran kepada setiap calon berkaitan kepentingan menduduki peperiksaan tersebut.
Pasang CCTV lindung tukang jahit warga asing
Kesemua tahanan akan ditempatkan di Depot Tahanan Imigresen Belantik, Sik, Kedah selepas selesai proses dokumentasi.
Rebut kesebelasan utama, Safwan akui 'bergelut' saingi pemain senior
Safwan Mazlan mengakui bukan mudah menyaingi kehebatan pemain senior dalam usahanya menembusi kesebelasan utama Harimau Malaya.
Niaga AWANI: [Data & Statistik] Laporan upah pekerja (sektor formal) ST4 2023
Bilangan pekerja formal warganegara pada Disember 2023 adalah seramai 6,674.9 ribu orang dengan median upah bulanan RM2,900.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: [Data & Statistik] Sorotan statistik ekonomi Malaysia ST1 2024
KDNK Malaysia bagi suku tahun pertama 2024 meningkat 4.2 peratus, dipacu permintaan domestik yang kukuh.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Median upah naik, adakah selari dengan produktiviti?
Median upah bulanan sektor formal naik 4.9 peratus tahun ke tahun kepada RM2,900 pada Disember 2023. Bilangan pekerja formal warganegara Malaysia adalah sebanyak 6.67 juta orang pada Disember 2023, naik 1.8 peratus jika dibandingkan dengan bulan yang sama tahun sebelumnya.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Suami isteri rugi RM300,000 gara-gara lot lidi
Ibu bapanya membuat pembelian tanah pada tahun 2018 selepas penjual menjanjikan proses pemilikan yang cepat, mudah dan teratur.
Suami isteri maut gara-gara kereta masuk laluan bertentangan
Kereta Proton Saga yang dipandu pelajar lelaki berusia 20 tahun telah masuk ke laluan bertentangan dan melanggar motosikal dinaiki mangsa.
Pasangan warga emas maut dalam kemalangan babit dua kereta
Sepasang suami isteri warga emas maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kampung Lingkungan, Beaufort, tengah hari tadi.
Suami isteri maut, motosikal berkuasa tinggi rempuh pokok
Polis berkata dalam kejadian 9.15 pagi itu mangsa dipercayai memasuki laluan bertentangan dari arah Jeli ke Dabong.
Suami isteri mengaku tidak bersalah miliki senjata api
Abdul Azim Mohd Yasin dan Sharifah Faraha Syed Husin membuat pengakuan itu sebaik saja pertuduhan dibaca secara berasingan kepada mereka di hadapan hakim.
Suami isteri bekal senjata api kepada lelaki Israel diberkas
Suspek warga tempatan berusia 42 dan 40 tahun itu ditahan di sebuah bazar Ramadan di Kuala Selangor pada Jumaat.
Suami isteri bunuh anak terlepas hukuman mati, penjara 30 tahun
Panel tiga hakim diketuai Datuk Hadhariah Syed Ismail mengarahkan hukuman pemenjaraan tersebut bermula dari tarikh tangkap pada 26 Mei 2017.
Suami isteri berputih mata wang simpanan RM32,000 lesap dilarikan dua lelaki
Sepasang suami isteri kerugian RM32,000 apabila wang simpanan mereka dilarikan oleh dua lelaki dari bilik sewa didiami di Jalan Changkat Jong, Teluk Intan, minggu lepas.
Polis tumpas sindiket pengedaran dadah, tahan empat suspek termasuk suami isteri
Empat rakyat tempatan termasuk pasangan suami isteri yang merupakan ahli sindiket pengedaran dadah, ditahan bersama 21 kilogram (kg) ganja bernilai RM66,000 dalam tiga serbuan di sekitar Georgetown.
Berebut harta, suami isteri mati dibunuh
Suami isteri ditemui mati dipercayai dibunuh di kawasan kebun sawit dekat Pantai Remis, Manjung pada Selasa.
Suami isteri lagak samseng di Jambatan Pulau Pinang dihukum
Sepasang suami isteri mengaku bersalah di Mahkamah Majistret terhadap pertuduhan menakutkan secara jenayah yang dilakukan kepada dua lelaki.