KUALA LUMPUR: Polis menahan sepasang suami isteri kerana disyaki terlibat kegiatan pengedaran 244 ketulan mampat ganja dianggarkan bernilai RM605,000 di sekitar ibu negara, Rabu lepas.
Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Yahaya Othman berkata kedua-duanya yang berusia 27 dan 29 tahun ditahan pada 7.50 malam menerusi Op Arlene di sebuah kawasan parkir kereta di sekitar ibu kota.
Beliau berkata modus operandi mereka adalah menjalankan perniagaan secara dalam talian dan dipercayai bergiat aktif sejak sebulan lepas.
"Susulan penahanan mereka, polis memeriksa sebuah pangsapuri dan merampas dua mesin memproses dadah, 244 ketulan ganja mampat seberat 242 kilogram (kg) dan tujuh bungkusan dipercayai mengandungi bahan memproses dadah bagi pasaran tempatan.
"Selain itu, pasangan itu juga menjadikan kediaman mereka sebagai tempat memproses dadah dan mereka mempunyai seorang anak berusia dua tahun," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur pada Jumaat.
Yahaya berkata pihaknya turut merampas sebuah kenderaan pacuan empat roda bersama ketulan mampat disyaki ganja seberat 10 kg.
Menurutnya, keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM740,000 termasuk peralatan memproses dadah dan kenderaan.
Beliau berkata seorang daripada mereka positif ganja dan kedua-duanya tidak mempunyai sebarang rekod jenayah.
Katanya mereka kini direman hingga 24 Feb ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 18 2022

Polis menahan sepasang suami isteri kerana disyaki terlibat kegiatan pengedaran 244 ketulan mampat ganja dianggarkan bernilai RM605,000 di sekitar ibu negara, Rabu lepas. - Gambar hiasan
10 Berita Pilihan - (11 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jepun peringati gempa bumi, tsunami dan bencana nuklear
Jepun pada Selasa memperingati ulang tahun ke-14 sejak gempa bumi dan tsunami dahsyat melanda timur laut negara itu, mencetuskan krisis nuklear, dengan penduduk antara kawasan yang paling teruk terjejas sekali lagi berdepan kesan bencana alam.
Pertahanan udara tembak jatuh 337 dron Ukraine di wilayah Rusia
Pertahanan udara Rusia menembak jatuh 337 dron Ukraine di beberapa wilayah Russia pada waktu malam, termasuk 91 di Wilayah Moscow, menurut Kementerian Pertahanan Rusia.
JDT gagal mara ke suku akhir, tewas kepada Buriram United
Kelab gergasi bola sepak tanah air Johor Darul Ta'zim (JDT) gagal mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) 2024/25 selepas tewas 0-1 kepada wakil Thailand Buriram United di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, pada Selasa malam.
PBB seru Israel batalkan sekatan bantuan kemanusiaan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menyeru Israel untuk membatalkan sekatan terhadap bantuan kemanusiaan ke Gaza.

PM Anwar lancar buku "Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI"
Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama Yayasan Pusat Polisi dan Hal Ehwal Ekonomi Malaysia (Yayasan PEACE) hari ini melancarkan buku Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI.
Shiha Zikir belanja ratusan ribu ringgit untuk Tum Tum Raya
Pertama kali melancarkan lagu duet raya baharu bersama kakak, Ieda Zikir, penyanyi Shiha Zikir sanggup mengeluarkan kos mencecah ratusan ribu ringgit untuk menghasilkan video muzik termasuk kempen mempromosikan Tum Tum Raya.
Jemaah Menteri dicadang pertimbang, lulus penubuhan SEGiM
Jemaah Menteri disarankan menimbang dan meluluskan penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) sebagai badan kawal selia utama dalam memastikan ekosistem ekonomi gig berkembang secara mampan.
Pendapatan Ahli Parlimen cecah RM40,000, PMO perjelas isu elaun
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan setiap Ahli Parlimen di negara ini layak dibayar elaun tetap RM25,700 sebulan.
PM Anwar terima kunjungan hormat Duta Besar AS ke Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia Edgard D Kagan di Putrajaya petang ini.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.

PGA tahan lelaki bawa ganja lebih 16 kg di pangkalan haram
PGA Briged Tenggara menahan seorang lelaki berusia 23 tahun dan merampas 16.17 kg dadah jenis ganja dianggarkan bernilai lebih RM50,000, di pangkalan haram Hassan Merah dekat Rantau Panjang.

38.6 kg dadah dirampas, lebih 2,000 individu ditahan di Perak sejak Januari
Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Perak merampas 38.6 kilogram (kg) dadah pelbagai jenis bernilai RM770,766 menerusi Op Tapis sejak Januari hingga semalam.

Penganggur ditahan bersama ganja bernilai lebih RM50,000
Polis menahan seorang penganggur dan merampas 16.6 kilogram (kg) ganja dianggar bernilai RM51,646.

Along Cham sujud syukur lepas tanpa bebas satu kes dadah
Bagaimanapun, Along Cham dituduh semula di Mahkamah Majistret di Sepang atas dua pertuduhan lain iaitu memiliki dan memasukkan dadah.

Dua penganggur didakwa edar, miliki dadah
Seorang lelaki tempatan dan seorang wanita warga Singapura didakwa di tiga Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mengedar serta memiliki pelbagai jenis dadah pada Disember tahun lepas.

Miliki ganja ketika umrah: Pelawak popular dipenjara 6 bulan di Jeddah
Miliki ganja ketika umrah: Pelawak popular dipenjara 6 bulan di Jeddah

Along Cham mengaku tidak bersalah miliki ganja
Pelakon dan pelawak, Along Cham mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat, atas satu pertuduhan memiliki dadah jenis ganja dengan anggaran berat 58.23 gram, Sabtu minggu lalu.

Artis lelaki ditahan kes ganja terjebak penagihan sejak 8 tahun lalu - Polis
Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, siasatan sedang dijalankan untuk dilengkapkan sebelum dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya.

60 pengunjung pusat hiburan di Jalan Sultan Ismail ditahan positif dadah
Polis menahan 60 individu termasuk empat warga asing yang berusia 20 hingga 42 tahun kerana positif dadah dalam satu serbuan di sebuah pusat hiburan di Jalan Sultan Ismail, pada Sabtu lalu.

KPT serah kepada polis siasat kes pelajar IPT ditahan bersama ganja
Zambry berkata pihak polis akan mengambil langkah mengikut undang-undang terhadap pelajar IPT berkenaan sekiranya dipercayai terlibat dalam jenayah itu.