Polis menahan pasangan suami isteri yang disyaki menculik seorang bayi perempuan berusia lima hari di Wad Kanak-Kanak Hospital Tanah Merah di sini, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Tanah Merah, DSP Suzaimi Mohamad berkata bayi itu disedari diculik kira-kira 9 malam dan hasil tindakan pantas polis, bayi itu dikesan berada dengan pasangan berusia 20-an itu di Selising, Pasir Puteh, pada kira-kira 10 malam.
Kedua-dua suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Tanah Merah bersama bayi yang dikenal pasti oleh ibu bapanya serta petugas hospital, katanya kepada pemberita, di sini hari ini.
BACA: Kementerian Kesihatan siasat kes culik bayi di Hospital Tanah Merah - Subramaniam
Suzaimi berkata suami isteri itu direman empat hari mulai hari ini bagi membantu siasatan.
Bapa bayi itu, Mohd Ihtisyamuddin Mohd Ashari, 29, menyedari mengenai kehilangan bayinya itu selepas diberitahu isterinya Siti Norbaiti Bahanaharing, 26, semasa dia datang ke hospital untuk melihat anak keduanya itu yang lahir pada Khamis lalu.
Jururawat memberitahunya bayi itu diambil pada 6.47 petang oleh seorang lelaki yang mengaku anggota keluarganya.
Pada ketika itu, Mohd Ihtisyamsuddin sedar bayinya itu telah diculik dan "keadaan di hospital menjadi kelam kabut".
Dia segera membuat laporan polis, yang mendapatkan butiran mengenai lelaki itu, termasuk nama dan alamatnya, dari buku pendaftaran hospital.
"Kira-kira dua jam kemudian polis memaklumkan anak saya ditemui dan dua suspek ditangkap.
"Saya sangat berterima kasih kepada polis yang bertindak cepat dan bersyukur kerana anak saya selamat," kata Mohd Ihtisyamsuddin.
Beliau berharap tahap keselamatan di hospital ditingkatkan agar kejadian seperti itu tidak berulang. -- Bernama
Bernama
Wed Nov 16 2016
Polis berkata suami isteri itu direman empat hari mulai hari ini bagi membantu siasatan. - Gambar hiasan
Google Circle to Search kini boleh kenal pasti nombor telefon, URL dan alamat emel
Circle to Search boleh melancarkan aplikasi panggilan telefon, pelayar web, dan emel mengikut konteks secara automatik.
WEF 2025: Potensi besar ASEAN jadi tumpuan di pentas global - Anwar
ASEAN berpotensi sebagai rantau yang terus berkembang dengan pertumbuhan ekonomi lebih pesat.
Lelaki maut, dua cedera dalam insiden tikaman rambang di Nagano, Jepun
Penyerang yang melarikan diri dari tempat kejadian dengan senjata tajam kini sedang diburu polis.
BAMTC 2025: Gabungan pemain berpengalaman-bakat muda taruhan BAM
Barisan skuad yang akan membawa cabaran negara menggabungkan pemain berpengalaman dan bakat muda sebagai resepi utama pada kejohanan itu.
Sambutan CNY Selangor di Jenjarom jangka tarik 30,000 pengunjung
Kerajaan Negeri Selangor melalui Invest Selangor Berhad akan menganjurkan Sambutan Perayaan Tahun Baru Cina Peringkat Negeri Selangor pada 8 Februari di pekarangan Fo Guang Shan Dong Zen Temple.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 4.19 mata kepada 1,583.61 daripada 1,587.80 semalam.
Faktor keletihan perlahankan rentak permainan TFC
Badrul Afzan mengakui faktor keletihan menyebabkan pasukannya tampil dengan aksi perlahan ketika menentang PSM Makassar FC.
UCL: PSG bangkit malukan Manchester City di Parc des Princes
PSG melangkah ke tangga ke-22 dalam carta liga, manakala The Citizens turun ke tangga ke-25.
WEF 2025: Chief Economists' Briefing - What to expect in 2025?
The global economy is poised for another year of uncertainty and uneven growth, according to the World Economic Forum’s latest survey of chief economists.
Join this session with leading economists from around the world to discuss the emerging economic landscape and the decisions for business and policy-makers in 2025 and beyond.
Join this session with leading economists from around the world to discuss the emerging economic landscape and the decisions for business and policy-makers in 2025 and beyond.
Insiden tembakan sekolah di Nashville ragut dua nyawa termasuk suspek
Pelajar lelaki berusia 17 tahun melepaskan beberapa das tembakan menggunakan pistol di kafeteria Sekolah Menengah Antioch.
Pasangan suami isteri mengaku tidak bersalah culik bayi dari Hospital Tanah Merah
Sepasang suami isteri didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan menculik seorang bayi perempuan berusia lima hari.
Suami isteri direman bantu siasatan kes culik bayi di Hospital Tanah Merah
Polis menahan pasangan suami isteri yang disyaki menculik seorang bayi perempuan berusia lima hari di Wad Kanak-Kanak Hospital Tanah Merah di sini, malam tadi.
Kementerian Kesihatan siasat kes culik bayi di Hospital Tanah Merah - Subramaniam
Kementerian Kesihatan akan menjalankan siasatan terperinci berhubung kes penculikan seorang bayi perempuan berusia lima hari dari Hospital Tanah Merah, Kelantan malam tadi.
Bayi berusia 5 hari yang diculik dari Hospital Tanah Merah ditemui semula
Sebaik menerima laporan dan menjalankan siasatan, polis menemui bayi terbabit dalam jagaan sepasang suami isteri di Selising, Pasir Puteh.