KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini hari ini memerintahkan sepasang suami isteri membela diri atas satu pertuduhan menerima deposit RM364,000 daripada orang awam tanpa lesen sah, sembilan tahun lepas.
Hakim Mohd Kafli Che Ali memutuskan demikian selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah syarikat telekomunikasi, Ho Kok Keong, 62, dan suri rumah, Koh Orchid, 56, di akhir kes pendakwaan.
"Setelah mendengar keterangan lapan saksi pendakwaan serta hujahan pihak pendakwaan dan pembelaan, mahkamah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie dalam kes ini dan kedua-dua tertuduh dipanggil membela diri.
"Mereka mempunyai tiga pilihan untuk membela diri iaitu berdiam diri dan tidak menjawab pertuduhan, memberi keterangan secara tidak bersumpah dari kandang tertuduh tanpa disoal balas oleh pendakwaan atau memberi keterangan secara bersumpah dari tempat duduk saksi dengan pendakwaan diberikan peluang untuk mengemukakan soalan semasa pemeriksaan balas," katanya.
Peguam Sean Dudley mewakili kedua-dua tertuduh berkata anak guamnya akan memberi keterangan secara bersumpah dari tempat duduk saksi.
Mohd Kafli menetapkan prosiding membela diri selama dua hari pada 13 dan 14 Mac ini.
Pada 12 Ogos 2022, pasangan itu mengaku tidak bersalah atas dakwaan menerima wang deposit berkenaan daripada seorang pengajar bidang teknologi maklumat berusia 49 tahun, secara berperingkat tanpa lesen sah antara 16 Dis 2015 dan 16 April 2016 di sebuah restoran di Sentul.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 137(1) 10 Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 137(2) akta sama yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.
Jika sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman penjara selama tempoh maksimum 10 tahun atau denda maksimum RM50 juta atau kedua-duanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 04 2024

Hakim Mohd Kafli menetapkan prosiding membela diri selama dua hari pada 13 dan 14 Mac ini. -Gambar hiasan
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.

Jojo sedia kongsi ilmu di Wilayah Pahlawan 2025
Jojo berkata beliau memikul tanggungjawab besar untuk menjadi lebih matang dan berdisiplin, demi menjadi inspirasi baik buat anak muda.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.

Suami isteri diperintah bela diri tuduhan terima deposit haram RM364,000
Mohd Kafli menetapkan prosiding membela diri selama dua hari pada 13 dan 14 Mac ini.