KUALA LUMPUR: Sepasang suami isteri didakwa di dua Mahkamah Sesyen di sini hari ini, masing-masing atas lima pertuduhan terlibat dalam pengubahan wang haram berjumlah RM6 juta, dua tahun lalu.
Tan Soon Hin dan isterinya, Teh An See, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan ke atas mereka dibacakan di hadapan Hakim M. Bakri Abd Majid dan Hakim Kamarudin Kamsun.
Tan, 43, didakwa melibatkan diri secara tidak langsung dalam transaksi wang berjumlah RM6,079,922.75 didepositkan ke dalam akaun semasa milik Miracle Fortune Trends Enterprise di Maybank Islamic Berhad, dua akaun simpanan dan semasa milik isterinya di Malayan Banking Berhad dan Hong Leong Bank Berhad serta dua akaun semasa milik Fickle Sdn Bhd di Public Bank Berhad.
Bagi pertuduhan pertama hingga ketiga, Teh, 47, sebagai pemilik tunggal dan pengawal kepada Miracle Fortune dan pengarah Fickle menerima wang berjumlah RM3,753,805.28, melalui akaun semasa milik Miracle Fortune di Maybank Islamic Berhad dan dua akaun semasa milik Fickle di Public Bank Berhad.
Bagi pertuduhan keempat dan kelima, wanita itu didakwa menerima wang berjumlah RM2,326,117.47 yang merupakan hasil daripada aktiviti haram di akaun simpanan miliknya di Malayan Banking Berhad dan akaun semasa miliknya di Hong Leong Bank Berhad.
Kesemua pertuduhan itu didakwa dilakukan di Maybank Islamic cawangan Queensbay Mall, Bayan Lepas di Pulau Pinang; di Maybank cawangan Sunway Giza, Petaling Jaya;di Hong Leong Bank cawangan Pulau Tikus di Pulau Pinang dan di Public Bank cawangan Relau di Pulau Pinang, antara 7 Jan 2020 hingga 11 Nov 2021.
Kesemua pertuduhan dikemukakan mengikut perenggan 4(1)(a) dan 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti 2001.
Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara maksimum 15 tahun, dan boleh didenda sehingga lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram atau RM5 juta atau mana-mana lebih tinggi.
Di hadapan M. Bakri, Pegawai Pendakwa dari Suruhanjaya Sekuriti (SC), Nurul Rafeeza Hamdan menawarkan jaminan RM800,000 dengan seorang penjamin, pasport diserahkan kepada mahkamah dan melaporkan diri kepada Pegawai Penyiasat SC sebulan sekali.
Sementara itu di hadapan Kamarudin, Timbalan Pendakwa Raya SC, Muhammad Izzat Fauzan menawarkan syarat yang sama untuk jaminan.
Peguam kedua-dua tertuduh, Lim Kon Keen, memohon agar anak guamnya dikenakan jaminan rendah memandangkan Tan telah bankrap manakala isterinya tidak bekerja dan kesemua akaun bank milik mereka telah dibekukan oleh pihak berkuasa.
Mahkamah kemudian membenarkan Tan dijamin RM400,000 manakala isterinya RM500,000 berserta syarat tambahan mereka perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah dan melaporkan diri kepada pegawai penyiasat SC sebulan sekali selain menetapkan tarikh sebutan semula pada 16 Jan tahun depan.
Sementara itu, di hadapan Kamarudin, peniaga Muhamad Afiq Md Isa, 34, mengaku tidak bersalah atas lapan pertuduhan terlibat dalam aktiviti haram membabitkan wang berjumlah RM1,228,070.88.
Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, lelaki itu didakwa sebagai pemilik tunggal dan pengawal Pelham Blue Enterprise serta pengarah PBF Resources Sdn Bhd menerima wang berjumlah RM1,228,070.88 milik pelanggan di akaun semasa milik dua syarikat itu di Malayan Bank Berhad dan Maybank Islamic Berhad.
Bagi pertuduhan ketiga hingga kelima, Muhamad Afiq didakwa memindahkan wang berjumlah RM640,647.79 daripada akaun semasa milik Pelham Blue di Malayan Banking Berhad dan PBF Resources di Maybank Islamic Berhad ke dalam tiga akaun simpanan miliknya masing-masing di Maybank Islamic Berhad, Malayan Banking Berhad dan Public Islamic Bank Berhad.
Tertuduh didakwa dengan pertuduhan keenam hingga ketujuh iaitu memindahkan wang berjumlah RM286,232.99 daripada akaun simpanan miliknya di Maybank Islamic Berhad ke satu akaun Amanah Saham Bumiputera milik tertuduh di Permodalan Nasional Berhad dan ke akaun margin miliknya di CGS-CIMB Securities Sdn Bhd.
Dia didakwa melakukan kesemua kesalahan itu di Maybank cawangan Dataran Maybank, Bangsar; di Public Islamic Bank cawangan Kota Damansara dan di Maybank cawangan Seremban, antara 20 Mei 2020 hingga 25 Okt 2021, mengikut akta sama.
Mahkamah membenarkan tertuduh dijamin RM80,000 dengan seorang penjamin dan perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah serta melaporkan diri kepada pegawai penyiasat SC sebulan sekali selain menetapkan tarikh sebutan semula pada 16 Jan tahun depan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 11 2022
![Suami isteri didakwa terlibat aktiviti haram babit RM6 juta Suami isteri didakwa terlibat aktiviti haram babit RM6 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/51665038323_TBGAVEL.jpg)
Sepasang suami isteri didakwa di dua Mahkamah Sesyen hari ini, masing-masing atas lima pertuduhan terlibat dalam pengubahan wang haram berjumlah RM6 juta, dua tahun lalu. - Gambar hiasan
Tumpuan Isnin – 08 Julai 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
'Jeff' dinobat siput terpantas dunia, menang Kejohanan Dunia Lumba Siput
Tahun ini, siput bernama Jeff dinobatkan sebagai pemenang, menang saingan akhir dengan masa 4 minit dan 3 saat. Begitupun, kepantasan Jeff tidak dapat memadam rekod yang dibuat pada tahun 1995 oleh seekor siput bernama Archie.
![Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720368598_TBPrabowo.jpg)
Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia
Kerajaan baharu yang akan dipimpin oleh Prabowo Subianto-Gibran Rakabuming Raka dijangka memperkukuh daya saing produk minyak sawit sebagai komoditi strategik untuk pasaran domestik dan antarabangsa.
![Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61706067730_TBgarisanpolis.jpg)
Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik
Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun maut selepas terjatuh ke dalam tasik dipercayai ketika sedang mencari lokan di Taman Tasik Teratai Fasa 2 Serendah, Hulu Selangor.
Ribuan umat Islam zahir solidariti kepada Palestin di Shah Alam
Bertemakan Gaza Bangkit, program pada Ahad malam itu turut mengundang pendakwah dari Indonesia, Ustaz Abdul Somad Batubara untuk menyampaikan ceramah.
NGO, belia perlu ambil iktibar peristiwa hijrah - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru pertubuhan bukan kerajaan dan gerakan belia mengambil iktibar daripada peristiwa Hijrah Nabi Muhammad SAW untuk mengembalikan kegemilangan negara.
Kehadiran ATM di Timur Sabah berikan keyakinan masyarakat setempat
Kehadiran pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Timur Sabah meningkatkan keyakinan masyarakat setempat serta merancakkan lagi pembangunan sektor pelancongan, ekonomi dan sosial di kawasan itu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703329565_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
Enam cedera hari pertama Festival Larian Lembu di Sepanyol
Meskipun ada yang cedera, acara tersebut sentiasa mendapat perhatian dan tahun ini, ratusan orang mengejar enam ekor lembu jantan di bandar itu.
![Pasangan suami isteri dan anak lelaki nyaris lemas kereta terbabas dalam sungai Pasangan suami isteri dan anak lelaki nyaris lemas kereta terbabas dalam sungai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720357777_lemassungai.jpg)
Pasangan suami isteri dan anak lelaki nyaris lemas kereta terbabas dalam sungai
Pasangan suami isteri serta anak lelaki mereka berusia tiga tahun nyaris lemas selepas kereta jenis Proton Pesona dinaiki mereka terbabas ke dalam sungai di Jalan Kangar-Alor Setar.
![Pasangan suami isteri terselamat, kereta dihempap pokok tumbang Pasangan suami isteri terselamat, kereta dihempap pokok tumbang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719505200_keretadihempappok.jpg)
Pasangan suami isteri terselamat, kereta dihempap pokok tumbang
Sepasang suami isteri terselamat apabila berjaya menyelamatkan diri keluar dari kereta mereka selepas kenderaan itu dihempap pokok tumbang.
![Pokok tumbang: Suami isteri parah, anak dalam kandungan meninggal dunia Pokok tumbang: Suami isteri parah, anak dalam kandungan meninggal dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71719127707_TBhilanganak.jpg)
Pokok tumbang: Suami isteri parah, anak dalam kandungan meninggal dunia
Pemeriksaan di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar mendapati Nuraleya Syazreena mengalami pendarahan dalam kepala.
![Polis siasat dakwaan suami pukul isteri di Port Dickson Polis siasat dakwaan suami pukul isteri di Port Dickson](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2015-07/41437207555_PolisLogo.jpg)
Polis siasat dakwaan suami pukul isteri di Port Dickson
Siasatan mendapati pergaduhan antara suami isteri itu berlaku pada 24 Mei lepas dan puncanya dipercayai akibat lelaki itu berlaku curang.
![Suami, isteri disyaki dera anak angkat hingga mati disambung reman Suami, isteri disyaki dera anak angkat hingga mati disambung reman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718691780_dera.jpg)
Suami, isteri disyaki dera anak angkat hingga mati disambung reman
Reman pasangan suami isteri yang ditahan bagi membantu siasatan kes dera hingga menyebabkan kematian seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun, minggu lalu dilanjutkan selama lima hari.
![Suami isteri maut gara-gara kereta masuk laluan bertentangan Suami isteri maut gara-gara kereta masuk laluan bertentangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51717221184_SuamiIsteriMaut.jpg)
Suami isteri maut gara-gara kereta masuk laluan bertentangan
Kereta Proton Saga yang dipandu pelajar lelaki berusia 20 tahun telah masuk ke laluan bertentangan dan melanggar motosikal dinaiki mangsa.
![Pasangan warga emas maut dalam kemalangan babit dua kereta Pasangan warga emas maut dalam kemalangan babit dua kereta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81714916792_kemalangan.jpg)
Pasangan warga emas maut dalam kemalangan babit dua kereta
Sepasang suami isteri warga emas maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kampung Lingkungan, Beaufort, tengah hari tadi.
![Suami isteri maut, motosikal berkuasa tinggi rempuh pokok Suami isteri maut, motosikal berkuasa tinggi rempuh pokok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2015-09/41442737822_kemalangan.jpg)
Suami isteri maut, motosikal berkuasa tinggi rempuh pokok
Polis berkata dalam kejadian 9.15 pagi itu mangsa dipercayai memasuki laluan bertentangan dari arah Jeli ke Dabong.
![Suami isteri mengaku tidak bersalah miliki senjata api Suami isteri mengaku tidak bersalah miliki senjata api](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71712568630_wargaisraelmemili.jpg)
Suami isteri mengaku tidak bersalah miliki senjata api
Abdul Azim Mohd Yasin dan Sharifah Faraha Syed Husin membuat pengakuan itu sebaik saja pertuduhan dibaca secara berasingan kepada mereka di hadapan hakim.
![Suami isteri bekal senjata api kepada lelaki Israel diberkas Suami isteri bekal senjata api kepada lelaki Israel diberkas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51705564728_HandcuffGari.jpg)
Suami isteri bekal senjata api kepada lelaki Israel diberkas
Suspek warga tempatan berusia 42 dan 40 tahun itu ditahan di sebuah bazar Ramadan di Kuala Selangor pada Jumaat.