Seorang wanita cedera dibelasah suami gara-gara berdegil masih mahu pergi bekerja meskipun dihalang lelaki itu, dalam kejadian di Kuala Ibai, di sini, Jumaat lalu.
Kejadian berlaku kira-kira jam 9.30 pagi, ketika mangsa, 38, yang berada di rumahnya di Kondo Rakyat, Kuala Ibai, di sini, hendak keluar bekerja sebelum dihalang oleh suspek, 40.
Menurut sumber, suspek bertindak demikian kerana mahu menggunakan kereta milik mangsa sebelum berlaku pertengkaran mulut di antara mereka.
"Suspek bertindak agresif merampas kunci kereta di tangan wanita itu dan terus masuk ke dalam kereta bertujuan melarikan kenderaan yang digunakan mangsa untuk berulang-alik ke tempat kerja.
"Mangsa nekad tidak mahu mengalah dan terus masuk ke dalam kereta di bahagian penumpang hadapan dengan niat untuk menghalang tindakan suspek.
"Bagaimanapun, semasa di dalam kereta, mangsa ditampar beberapa kali sebelum suspek memandu kenderaan itu dan meninggalkan mangsa di bawah jambatan Kuala Ibai, di sini," katanya ketika dihubungi hari ini.
Sumber berkata, mangsa yang ditinggalkan tanpa belas simpati menghubungi adik iparnya bagi meminta bantuan sebelum dihantar pulang ke rumah.
"Semasa di rumah, sejurus ternampak kelibat suspek, mangsa bertindak menghubungi polis meminta agar datang ke rumah kerana bimbang akan keselamatan dirinya.
"Bagaimanapun, selepas pihak polis tinggalkan rumah, sekali lagi berlaku perselisihan faham sebelum suspek bertindak menampar dan terkena di hidung mangsa," katanya.
Jelas sumber, mangsa mendakwa suspek sebelum ini sering memukulnya terutama apabila berlaku perselisihan faham meskipun hanya perkara kecil.
"Malah mangsa mendakwa pernah beberapa kali membuat laporan polis kerana tindakan suaminya dan pada awal bulan ini, mangsa mendakwa dipukul suspek sehingga patah ibu jari kaki dan lebam di seluruh badan.
"Bimbang perkara sama berulang kembali dan tidak tahan sering menjadi mangsa keganasan suaminya, wanita itu mengambil keputusan membuat laporan polis untuk tindakan selanjutnya selain sebagai rujukan di Mahkamah Syariah nanti," katanya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Superintendan Suffian Sulaiman ketika menghubungi mengesahkan ada menerima laporan kejadian.
Jelasnya, kes berkenaan kini sedang disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan/18A Akta Keganasan Rumah Tangga.
Sinar Harian
Sun Jul 15 2018

Menurut sumber, suspek bertindak demikian kerana mahu menggunakan kereta milik mangsa sebelum berlaku pertengkaran mulut di antara mereka. - Gambar hiasan

Chong Wei sedia kongsi komitmen sebagai duta sukan Johor
Datuk Lee Chong Wei bersedia memikul tanggungjawab sebagai penasihat badminton dan duta sukan Johor seperti diumum Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Tiada bukti kaitkan bekas pakar patologi dengan pembunuhan Kevin Morais - Peguam
Mahkamah Persekutuan diberitahu tiada bukti yang mengaitkan Kolonel Dr R. Kunaseegaran dengan kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais.

Pemastautin sementara dalang palsu MyKad - Saifuddin
Seorang pemastautin sementara dipenjara kerana didapati menjadi dalang aktiviti pemalsuan kad pengenalan (MyKad) di ibu negara.
Vietnam seru negara anggota perkukuh ekonomi
ASEAN perlu memastikan kebergantungan strategik dan keupayaan menyesuaikan diri dalam menghadapi cabaran yang semakin berkembang pesat di tengah persaingan strategik.
Vietnam cadang lanjut cuti bersalin ke 7 bulan
Vietnam bercadang membenarkan pekerja wanita melanjutkan cuti bersalin daripada enam bulan kepada tujuh bulan apabila melahirkan anak kedua.
VinFast rancang bina 100,000 stesen pengecas EV di Indonesia
VinFast merancang membina 100,000 stesen pengecas kenderaan elektrik atau EV di seluruh Indonesia yang boleh digunakan orang awam.
Singapura-Vietnam bentuk perkongsian strategik komprehensif
Perkongsian strategik komprehensif ini akan memacu perkembangan didorong oleh inovasi serta pertumbuhan hijau di Singapura dan Vietnam.
Rundingan sempadan maritim dan darat terima kerjasama baik
Kedua-dua pihak turut membincangkan pelbagai isu penting dalam hubungan dua hala antara malaysia dan Indonesia.

Stesen Jana Kuasa Pulau Indah telah beroperasi, jana RM1.6 bilion tahun hadapan
Stesen jana kuasa Pulau Indah (PIPP) di Klang yang dibina empat tahun lepas telah beroperasi secara komersial bermula 1 Mac lepas.
Menara loceng Romanesque terbesar siap selepas 15 tahun
Thailand mempersembahkan menara loceng Romanesque terbesar dunia setinggi tiga tingkat di bandar Wat Ban Dong Yai.

Tujuh daripada 10 wanita di Selangor bekerja - Amirudin
Kira-kira tujuh daripada 10 wanita di Selangor atau 69.7 peratus berada dalam sektor pekerjaan.

Beraya di negara orang demi tugas, tanggungjawab
Perasaan sedih kerana berjauhan dengan keluarga dapat diubati kerana ditemani isteri dan dikelilingi rakan-rakan setugas di pejabat kedutaan.

Warga emas mahu terus bekerja kerana komitmen kewangan - KSM
Dapatan itu berdasarkan kajian oleh Talent Corporation Malaysia (TalentCorp) mengenai tenaga kerja pesara melibatkan 584 syarikat pada 2019.

Jumlah rakyat Korea Selatan umur 60 tahun ke atas yang masih bekerja meningkat
Jumlah itu melonjak kepada 5.77 juta pada Februari berbanding 2.73 juta pada bulan yang sama tahun 2013.

Taliban benarkan golongan wanita bekerja, mendapat pendidikan
Jurucakap Taliban di Afghanistan berikrar puak itu akan menghormati hak-hak wanita berdasarkan norma-norma Islam.

PKP 2.0: Adakah anda dibenarkan ke pejabat esok? Ini SOP sektor ekonomi
Menurut Datuk Seri Azmin Ali, SOP yang disediakan adalah komprehensif, relevan dan praktikal.

Singapura sedia kerjasama dengan Malaysia penuhi keperluan pelawat rentasi sempadan
Kementerian Luar republik itu berkata, cadangan aturan perjalanan perlu mengandungi protokol kesihatan awam yang dipersetujui bersama.

Kolej Vokasional hasilkan usahawan muda, pendapatan bulanan cecah RM70,000
Ada graduan KV yang meraih pendapatan sehingga RM70,000 sebulan hasil perniagaan kuih bahulunya.

Monday Blues: Tekanan psikologi atau mengada-ada?
Monday Blues perlu dilihat sebagai satu tenaga dalaman yang positif untuk mencipta kejayaan baharu untuk minggu berkenaan

Fadza didakwa bekerja dengan isteri, ini penjelasan Vivy Yusof
Terdapat segelintir pihak mempersoal sama ada suaminya itu bekerja dengannya tanpa mengetahui Fadza adalah individu penting dalam syarikat yang diusahakan mereka itu.