SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini pada Jumaat, menolak rayuan Setiausaha Akhbar (SUA) Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tunku Nashrul Tunku Abaidah berhubung keputusan Mahkamah Sesyen tahun lalu, yang memerintahkannya membayar ganti rugi kerana memfitnah bekas pembantu penyelidikan Anwar, Muhammed Yusoff Rawther, empat tahun lalu.
Bagaimanapun, Hakim Khadijah Idris membenarkan rayuannya bagi mengurangkan jumlah pampasan itu daripada RM200,000 kepada RM80,000.
Tunku Nashrul selaku perayu turut dikenakan bayaran RM6,000 sebagai kos kepada Muhammed Yusoff.
Ketika dihubungi, peguam, Mohamed Haniff Khatri Abdulla yang mewakili Muhammed Yusoff berkata, mahkamah memutuskan demikian melalui e-mel selepas mendengar hujahan pada 21 Februari lalu.
"Tunku Nashrul dikehendaki menarik balik kenyataan media yang memfitnah anak guam saya pada 10 Jun 2019.
"Mahkamah juga mengekalkan perintah supaya Tunku Nashrul memohon maaf atas syarat yang boleh diterima oleh Muhammed Yusoff," katanya.
Selain Mohamed Haniff, Muhammed Yusoff turut diwakili peguam Nurul Huda Razali sementara Tunku Nashrul diwakili peguam, Azwar Manab.
Pada 19 Oktober 2022, Mahkamah Sesyen di sini memerintahkan Tunku Nashrul membayar ganti rugi RM200,000 kepada Muhammed Yusoff berhubung suatu kenyataan fitnah, empat tahun lalu.
Faedah sebanyak lima peratus setahun ke atas jumlah itu akan dikenakan bermula dari tarikh penghakiman sehingga penyelesaian penuh.
Selain itu katanya, defendan diperintahkan untuk menarik balik kenyataan media yang dibuat pada 10 Jun 2019, dalam tempoh 45 hari.
Pada 12 September 2019, Muhammed Yusoff memfailkan saman fitnah terhadap Tunku Nashrul berhubung kenyataan media yang dikeluarkan selaku Setiausaha Akhbar di pejabat Anwar pada 10 Jun tahun sama.
Kenyataan yang dikeluarkan oleh Tunku Nashrul menunjukkan bahawa plaintif merupakan penyelidik sukarela dan mempunyai masalah disiplin dan dadah.
- Sinar Harian
Sinar Harian
Fri May 05 2023
Pada 12 September 2019, Muhammed Yusoff memfailkan saman fitnah terhadap Tunku Nashrul berhubung kenyataan media yang dikeluarkan selaku Setiausaha Akhbar di pejabat Anwar pada 10 Jun tahun sama. - Gambar fail/BERNAMA
AWANI Pagi: Pendayaupayaan Pembangunan Sosio Ekonomi Bagi Memacu Wilayah Persekutuan
Ikuti temu bual bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa di #AWANIPagi jam 7.30 pagi di saluran 501 Astro AWANI.
Pentagon, Jabatan Negara AS beri amaran jenayah perang Israel
Pegawai-pegawai tersebut telah memberi amaran peningkatan jumlah kematian di Gaza mungkin melanggar undang-undang antarabangsa.
200,000 pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula pada 23 Sept.
Belanjawan 2025: Kesalinghubungan internet di sekolah, kampus jadi keutamaan - Fahmi
Kementerian Komunikasi akan memberikan keutamaan dengan meneruskan usaha untuk meningkatkan dan memantapkan lagi prasarana kesalinghubungan melibatkan isu Internet, dalam Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada 18 Okt ini.
Setahun solidariti, sokongan global untuk Palestin di tengah-tengah genosid berterusan Israel
Ribuan manusia di seluruh dunia turun ke jalanan untuk menyuarakan sokongan kepada Palestin dan menuntut keadilan.
Indonesia kecewakan China, raih kejuaraan badminton berpasukan campuran remaja dunia
Indonesia menewaskan China untuk muncul Juara Badminton Berpasukan Campuran Remaja Dunia dengan kemenangan 110-103 (mata terkumpul).
Bomba selamatkan tiga subkontrakor terkandas di kren pengangkat
Ketiga-tiga mangsa lelaki itu masing-masing berusia 24, 26 dan 32 tahun terkandas dengan anggaran ketinggian dua tingkat.
Hulu Perak daerah terbaharu dilanda banjir kilat
Banjir kilat berlaku disebabkan hujan lebat berterusan selama dua jam di sekitar Gerik.
Kejayaan pembangunan Sabah jadi kayu ukur pada PRN, PRU16 - Rafizi
Rafizi berkata kerjasama antara parti adalah perkara yang terus dibincangkan dalam kerangka semangat Kerajaan Perpaduan.
88 badan pensijilan halal luar negara dapat pengiktirafan JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberikan pengiktirafan kepada 88 badan pensijilan halal luar negara setakat Mei tahun ini.
SUA Anwar diarah bayar RM80,000 kepada Yusoff Rawther
Tunku Nashrul selaku perayu turut dikenakan bayaran RM6,000 sebagai kos kepada Muhammed Yusoff.