KUALA LUMPUR: Tiada keperluan untuk memansuhkan pendidikan Tingkatan Enam dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.
Beliau berkata Tingkatan Enam, mencakupi peperiksaan STPM yang ditawarkan Kementerian Pendidikan (KPM) adalah selaras dengan Akta Pendidikan 1996 dan diberi jaminan bahawa ia mesti wujud serta diteruskan.
"Kewujudannya bertujuan pastikan murid peringkat menengah atas mendapat kualiti pendidikan setanding piawaian antarabangsa... STPM itu sendiri diiktiraf Cambridge Assessment International Education.
"Seluruh Universiti Awam di negara kita iktiraf kelulusan ini malah lebih 2,000 universiti seluruh dunia iktiraf sijil STPM, jadi lulusan Tingkatan Enam ini boleh lanjut pelajaran ke mana-mana sahaja dalam negara, luar negara, Amerika Syarikat, semua negara Komanwel juga Timur Tengah," katanya.
Beliau berkata demikian ketika sesi menggulung perbahasan Usul Menjujung Kasih Titah Diraja di Dewan Negara hari ini.
Terdahulu, pada sesi perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja, Senator Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai mencadangkan supaya kerajaan memansuhkan STPM dan menggantikannya dengan program Matrikulasi.
Tambah Fadhlina pendidikan Tingkatan Enam mempunyai sasaran dan matlamat tersendiri berbanding program Matrikulasi dan Ijazah Sarjana Muda Perguruan Malaysia.
"Tingkatan Enam ini bertujuan memberi akses seluas-seluasnya pada lepasan menengah, pada murid, menerusi 643 pusat Tingkatan Enam pelbagai mod pembelajaran di seluruh negara.
"Malah KPM juga akan luaskan Kolej Tingkatan Enam yang dirancang di Pahang iaitu di Kolej Astana, Kuantan dan satu lagi di Sri Lipis, di samping pembinaan Kolej Tingkatan Enam di Kelantan yang telah lulus peruntukan pembinaan dalam Rancangan Malaysia Ke-12," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 27 2023

Tiada keperluan untuk memansuhkan pendidikan Tingkatan Enam dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek. - Gambar fail/Astro AWANI

Inspektorat Penguatkuasaan di bazar Ramadan, Aidilfitri seluruh Pahang - JIM
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pahang sedang melaksanakan Inspektorat Penguatkuasaan di bazar Ramadan dan Aidilfitri seluruh negeri itu.

KPBKL, IKB digabungkan, dikenali sebagai Kolej Profesional MAIWP - Mohd Na'im
Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) dan Institut Kemahiran Baitulmal (IKB) akan digabungkan dan dikenali sebagai Kolej Profesional MAIWP.

AKPK beri manfaat kepada 1.4 juta individu sehingga Disember 2024 - Kementerian Kewangan
AKPK telah memberi manfaat kepada hampir 1.4 juta individu melalui khidmat nasihat kewangan secara percuma dan membantu sekitar 495,000 peminjam melalui PPK sehingga Disember 2024.

Hampir 1 daripada 10 warga emas di Korea Selatan hidap penyakit Alzheimer
Jumlah pesakit demensia di Korea Selatan juga dijangka melebihi satu juta orang tahun depan, menurut data yang dikeluarkan.

Pendatang asing disaran manfaat Program Repatriasi Migran - Saifuddin Nasution
Pendatang asing yang berhasrat pulang ke kampung halaman bagi menyambut Aidilfitri diminta memanfaatkan Program Repatriasi Migran yang dilanjutkan hingga April ini.

Polis Melaka galak penduduk daftar VSP
Polis Melaka akan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi menggalakkan lebih ramai penduduk negeri ini mendaftar dalam aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP).

KDN kaji model perjanjian antarabangsa selesai isu pencerobohan nelayan Vietnam
KDN sedang mengkaji model kerjasama antarabangsa melibatkan eksplorasi hasil laut sebagai antara usaha menyelesaikan isu pencerobohan oleh nelayan Vietnam di perairan negara.
Individu pertama dibenar keluar hospital guna jantung titanium
Seorang lelaki berusia 40-an menjadi individu pertama dibenarkan keluar dari hospital setelah dipasang jantung tiruan sepenuhnya pada Rabu.
Doktor di Sri Lanka lancar mogok, tuntut keadilan mangsa rogol
Sekumpulan doktor di Sri Lanka melancarkan mogok sehari bermula pagi Rabu sebagai tanda solidariti terhadap seorang doktor wanita yang dipercayai dirogol ketika bertugas di Hospital Pengajar Anuradhapura pada Isnin.
Perkhidmatan stesen kereta api Quetta dihentikan buat sementara waktu
Penggantungan operasi ini bertujuan meningkatkan lagi keselamatan orang ramai susulan serangan ke atas sebuah kereta api penumpang dari Quetta ke Peshawar pada Selasa yang meragut beberapa nyawa.

STPM diiktiraf antarabangsa, tiada keperluan mansuh Tingkatan Enam - Fadhlina
Tiada keperluan untuk memansuhkan pendidikan Tingkatan Enam dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.