KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim murka dan menzahirkan perasaan dukacita berhubung isu penjualan sarung kaki atau stoking yang tertera kalimah Allah di sebuah rangkaian kedai serbaneka.
Baginda bertitah mahu tindakan paling keras diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati bersalah.
Yang di-Pertuan Agong juga bertitah, adalah tidak masuk akal sebuah syarikat dengan kakitangannya terdiri daripada warganegara Malaysia tidak peka dengan perkara sedemikian.
Baginda bertitah, sebagai sebuah negara dengan masyarakat majmuk, kesilapan seumpama itu tidak boleh diterima dan tidak dibenarkan untuk berlaku lagi.
“Kalimah Allah itu dipandang sangat tinggi pada sanubari umat Islam, tambahan pula kita berada di bulan Ramadan. Tidak patutlah timbul perkara yang membangkitkan kemarahan.
“Sama ada ia disengajakan ataupun tidak, sama ada ia diimport atau dikeluarkan di kilang tempatan, saya mahu penguatkuasa siasat dan ambil tindakan sekeras-kerasnya mengikut lunas undang-undang yang ada supaya pisang tidak berbuah dua kali,” titah Seri Paduka Baginda kepada Royal Press Office (RPO).
Bulan lalu, sewaktu berangkat ke Istiadat Pembukaan Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 di Parlimen bulan lalu, Seri Paduka Baginda telah mengingatkan semua lapisan masyarakat supaya menjaga keharmonian negara dan tidak memainkan isu sensitif melibatkan agama, kaum dan Raja-Raja.
Astro Awani
Tue Mar 19 2024
Baginda bertitah mahu tindakan paling keras diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati bersalah. - Foto Bernama
AWANI Ringkas: 15 individu diambil keterangan bantu siasatan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Agenda AWANI Asia: Jangkaan Dan Cabaran Ekonomi 2025
Apakah jangkaan dan cabaran ekonomi 2025 dalam ketidakstabilan geopolitik dunia? Bagaimana menggembleng momentum dan kerjasama pertumbuhan ekonomi baharu? Diskusi dan analisis dalam Agenda AWANI ASIA 9 malam ini.
Remaja lelaki dikhuatiri lemas ketika memancing
Seorang remaja lelaki dikhuatiri lemas ketika memancing selepas terjatuh ke dalam Sungai Pahang di rumah rakit, Jalan Kampung Pedah, Kampung Jerantut Feri, Jerantut, petang tadi.
#AWANIRingkas 4 Januari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 4 Januari 2025
1️⃣ 15 individu diambil keterangan bantu siasatan
2️⃣ Remaja perempuan direman tiga hari
3️⃣ Polis tolak permohonan himpunan di Istana Kehakiman
#awaniringkas
1️⃣ 15 individu diambil keterangan bantu siasatan
2️⃣ Remaja perempuan direman tiga hari
3️⃣ Polis tolak permohonan himpunan di Istana Kehakiman
#awaniringkas
6 maut dalam kebakaran kilang mercun di selatan India
Enam maut dan beberapa lagi individu cedera dalam kebakaran sebuah kilang mercun di Negeri Tamil Nadu, India pada Sabtu.
[TERKINI] Lagi kucing mati di Universiti Malaya
Polis menerima satu aduan serangan sekumpulan anjing liar ke atas seekor kucing yang berlaku di Universiti Malaya, hari ini.
Warga Malaysia perlu daftar QR sebelum berlepas di KLIA
Pengembara warga Malaysia perlu memuat turun aplikasi MyBorderPass untuk mendaftarkan maklumat perjalanan sebelum menggunakan sistem QR di KLIA.
PH Selangor buat laporan polis terhadap ADUN pembangkang berkait hantaran berunsur fitnah
Naib Pengerusi PH Selangor Azli Yusof berkata pihaknya mengecam sekeras-kerasnya fitnah berkenaan.
Pakar setuju label amaran kanser pada botol arak
Hubungan antara penggunaan alkohol dan kanser didedahkan pada 1987, apabila Agensi Penyelidikan Kanser Antarabangsa pertama kali mengklasifikasikan alkohol sebagai karsinogen kepada manusia.
[Data & Statistik] Situasi jangkitan saluran pernafasan akut di Malaysia
Kementerian Kesihatan mengesan 327 sampel positif virus 'Human Metapneumovirus' atau (HMPV) sepanjang tahun 2024 meningkat berbanding 225 pada tahun 2023.
KKM dalam kenyataannya, HMPV adalah satu jangkitan saluran pernafasan disebabkan virus dalam keluarga Pneumoviridae.
KKM dalam kenyataannya, HMPV adalah satu jangkitan saluran pernafasan disebabkan virus dalam keluarga Pneumoviridae.
Stoking kalimah Allah: Agong murka, titah tindakan keras terhadap pelaku
Baginda bertitah mahu tindakan paling keras diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati bersalah.
'Kaji juga warna baju dan bangunan sekolah' - Najib perli Maszlee isu kasut, stoking
Najib berkata beliau tidak faham mengapa ada yang mengkritik Maszlee.
Kenapa gantung stokin pada Krismas?
Sejarah tradisi turun-temurun ini yang menggantung stokin pada hari Krismas, dengan harapan hadir 'Santa Claus' dan mengisinya dengan hadiah.