JOHOR BAHRU: Projek Sedenak Tech Park (STeP) yang sebelum ini dikenali sebagai Kulai Iskandar Data Exchange (Kidex) akan mewujudkan kira-kira 1,600 peluang pekerjaan berkemahiran tinggi dalam bidang teknologi maklumat.
Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, projek di Sedenak, Kulai yang dijangka beroperasi sepenuhnya pada 2023 itu mampu menarik pelaburan, khususnya daripada syarikat berkaitan pengurusan data dan pengkomputeran dari dalam dan luar negara.
"Insya-Allah, dalam fasa peralihan ke endemik, kerajaan negeri Johor bersedia untuk menarik lebih ramai pelabur untuk datang ke Johor dan merancakkan semula sektor ekonomi negeri ini demi kesejahteraan bangsa Johor.
"Kira-kira 1,600 peluang pekerjaan berkemahiran tinggi dalam bidang teknologi maklumat, satu-satu sektor yang akan dijadikan katalis pembangunan Johor bakal ditawarkan kepada bangsa Johor melalui projek STeP," kata Onn Hafiz menerusi hantaran di laman Facebook rasminya, pada Isnin.
Beliau berkata STeP dibangunkan oleh TPM Technopark Sdn Bhd, syarikat milik 100 peratus Johor Corporation dan mendapat sokongan penuh daripada agensi-agensi kerajaan pusat dan negeri termasuk Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA), Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC).
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Yondr Group, Dave Newitt dalam satu kenyataan berkata, syarikat penyedia perkhidmatan dan pemilik pusat data itu bakal membuka sebuah kampus hiperskala 200MW di STeP.
Newitt berkata, pembukaan kampus tersebut bakal menyokong kemudahan sedia ada pihaknya di Jakarta, Indonesia bagi mengukuhkan kedudukan strategik mereka di pasaran serantau.
Beliau berkata Malaysia adalah bahagian penting dalam rancangan perkembangan pihaknya di rantau Asia Tenggara.
"Kampus hiperskala Yondr akan dibangunkan mengikut fasa dan menjana kapasiti mencecah 200MW apabila siap sepenuhnya, dengan fasa pertama dijadual siap pada 2024.
"Dengan capaian kepada kapasiti sekurang-kurangnya 600MW, sambungan gentian gelap, utiliti dan infrastruktur yang boleh diskala, STeP bakal menempatkan beberapa syarikat data terbesar di rantau Asia Tenggara," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 28 2022
Onn Hafiz berkata projek di Sedenak, Kulai yang dijangka beroperasi sepenuhnya pada 2023 itu mampu menarik pelaburan, khususnya daripada syarikat berkaitan pengurusan data dan pengkomputeran dari dalam dan luar negara. -BERNAMA
Sultan Selangor dukacita masih ada umat Islam terperangkap maklumat salah
Baginda bertitah umat Islam dilihat semakin mudah terpengaruh dengan dakyah ajaran sesat dan menyeleweng.
Sultan Selangor, Tengku Permaisuri berangkat ke Majlis Penutup Tilawah Al-Quran
Keberangkatan tiba baginda berdua disambut Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.
Pembelian MASwings oleh Kerajaan Sarawak dimuktamad 12 Feb
Abang Johari Tun Openg dijangka akan mengumumkan nama baharu MASwings selepas proses pengambilalihan selesai dengan rasmi.
Skim Rumah Ibu bantu penduduk miliki kediaman mampu milik
Sebanyak 200 penduduk bakal menerima manfaat melalui tawaran pemilikan rumah mampu milik di bawah Skim Rumah Ibu di Rancangan Perkampungan Tersusun (RPT) Bukit Kinding, Tanjung Rambutan, di sini.
Tuduhan rasuah: Mohd Arifin anggap perkara biasa dalam politik, akan dijawab dengan kebaikan
Mohd Ariffin juga yakin kontroversi yang mengaitkannya dengan isu rasuah tidak akan 'memberi ancaman' kepada keyakinan rakyat menjelang PRN akan datang.
Perbaiki terma perkhidmatan jururawat berbanding longgar syarat kemasukan - MMA
MMA menggesa kerajaan agar memberi tumpuan kepada penambahbaikan kepada terma perkhidmatan dan imbuhan jururawat berbanding melonggarkan syarat kemasukan ke program diploma kejururawatan.
Tindakan lebih tegas perlu untuk perangi vape, ketagihan dadah dalam kalangan pelajar - Lee
Peningkatan gejala vape dan kes ketagihan dadah dalam kalangan pelajar sekolah telah menimbulkan kebimbangan yang serius, sekali gus menuntut tindakan segera bagi melindungi generasi masa depan.
Perodua tingkat perbelanjaan modal kepada RM1.6 bilion pada 2025
Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) meningkatkan perbelanjaan modal (capex) kepada RM1.6 bilion tahun ini.
Visi perpaduan Tunku Abdul Rahman kekal relevan - Aaron
Visi perpaduan dalam kepelbagaian yang diperjuangkan oleh Perdana Menteri Malaysia yang pertama Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj masih relevan sehingga ke hari ini.
MyGas 2025 tumpu usaha tangani cabaran pembiayaan dalam industri gas
MyGAS 2025 akan memberi tumpuan kepada cabaran kritikal yang dihadapi industri gas iaitu mendapatkan pembiayaan bagi projek berkaitan gas dalam landskap tenaga yang sentiasa berubah.
Saintis Islam tubuh hab dalam talian
Anggota delegasi Program Pertukaran Sains dan Teknologi Negara Islam (STEP) bersetuju menubuhkan hab dalam talian sebagai platform untuk mewujudkan kerjasama dalam bidang sains dan teknologi.