Anggota delegasi Program Pertukaran Sains dan Teknologi Negara Islam (STEP) bersetuju menubuhkan hab dalam talian sebagai platform untuk mewujudkan kerjasama dalam bidang sains dan teknologi serta menjadi akses bagi amalan terbaik dalam kalangan mereka.
Mereka juga bersetuju mewujudkan sebuah tabung wakaf untuk membiayai aktiviti berkaitan sains dan teknologi di negara Islam.
Demikian antara perkara yang terkandung dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan pada akhir program tersebut yang dianjurkan bersama Mustafa Science and Technology Foundation (MSTF) dan Universiti Putra Malaysia (UPM) baru-baru ini.
"Kami perlu memberi fokus kepada aktiviti saintifik untuk menangani isu besar yang dihadapi negara Islam seperti penghasilan air bersih dan penyahgaraman, tenaga boleh diperbaharui dan lain-lain lagi," kata Prof Sa'eed Sarkar, wakil MSTF ke program itu dalam kenyataan di sini.
Acara tersebut dihadiri kira-kira 210 penyelidik, sarjana, saintis dan ahli akademik Islam dari seluruh dunia, termasuk Bangladesh, Mesir, Arab Saudi, Iran, Jordan, Malaysia, Maghribi, Oman, Pakistan, Turki, India dan Singapura.
Program berkenaan turut mengandungi perbincangan meja bulat, bengkel dan ucapan yang disampaikan tokoh terkenal seperti ahli kimia dari Jordan Prof Omar Yaghi dan ahli teknologi nano dari Singapura Prof Jackie Ying.
Mereka adalah pemenang Hadiah Mustafa 2015 yang memberi pengiktirafan terhadap saintis Islam.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 02 2017
![Saintis Islam tubuh hab dalam talian Saintis Islam tubuh hab dalam talian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-12/51450948727_informationtechnolo.jpg)
STEP bersetuju menubuhkan hab dalam talian sebagai platform untuk mewujudkan kerjasama dalam bidang sains dan teknologi. - Gambar hiasan
![Piala FA: Harry Maguire wira kemenangan dramatik Manchester United Piala FA: Harry Maguire wira kemenangan dramatik Manchester United](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738975701_HarryMaguire.jpg)
Piala FA: Harry Maguire wira kemenangan dramatik Manchester United
Maguire menjaringkan gol kontroversi melalui tandukannya dalam waktu kecederaan.
![Lengkap berbaju Melayu jemput isteri balik kerja sempena 'anniversary' ke-25 Lengkap berbaju Melayu jemput isteri balik kerja sempena 'anniversary' ke-25](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738975632_jemputisteribalik.jpg)
Lengkap berbaju Melayu jemput isteri balik kerja sempena 'anniversary' ke-25
Tular satu video di TikTok memaparkan sisi romantis suami yang lengkap berbaju Melayu beserta songkok sedang menjemput isterinya.
![Sebuah masjid ikonik dibina di KotaSAS, tarikan pelancongan terbaharu di Kuantan Sebuah masjid ikonik dibina di KotaSAS, tarikan pelancongan terbaharu di Kuantan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738978105_sultanpahang.jpg)
Sebuah masjid ikonik dibina di KotaSAS, tarikan pelancongan terbaharu di Kuantan
Selain produk pelancongan sedia ada, kerajaan negeri juga sedang berusaha untuk mempromosikan pantai-pantai ikonik di negeri itu.
AWANI Pagi: Eksklusif bersama Sultan Pahang
Pahang terus melangkah. Dari infrastruktur moden ke keindahan alam, semuanya demi rakyat. Saksikan temu bual eksklusif bersama Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di semua platform Astro AWANI.
![Trump akan pecat ejen FBI terlibat siasatan serangan Capitol Trump akan pecat ejen FBI terlibat siasatan serangan Capitol](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738682250_DonaldTrump.jpg)
Trump akan pecat ejen FBI terlibat siasatan serangan Capitol
Beliau bagaimanapun tidak memberi butiran lanjut bilangan ejen yang akan dipecat dan bila pemecatan akan dibuat.
![ICC kecam sekatan AS terhadap pegawainya ICC kecam sekatan AS terhadap pegawainya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738971216_TomokoAkane.jpg)
ICC kecam sekatan AS terhadap pegawainya
Tindakan tersebut mengancam kebebasan dan peranan penting mahkamah dalam menegakkan keadilan kepada mangsa kekejaman global.
![Sambutan perayaan sebagai tarikan pelancongan ke Pahang - Al-Sultan Abdullah Sambutan perayaan sebagai tarikan pelancongan ke Pahang - Al-Sultan Abdullah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738977452_sultanpahang.jpg)
Sambutan perayaan sebagai tarikan pelancongan ke Pahang - Al-Sultan Abdullah
Baginda menyifatkan sambutan tersebut sebagai satu pembaharuan di Kuantan dan mahu menjadikkannya sebagai produk tarikan pelancongan.
![[KOLUMNIS] Sejarah dan mitos makam nisan Aceh [KOLUMNIS] Sejarah dan mitos makam nisan Aceh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51738334981_nisanaceh.jpg)
[KOLUMNIS] Sejarah dan mitos makam nisan Aceh
Kota Tinggi sangat wajar diangkat sebagai tapak warisan dunia oleh pihak Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [8 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Geegee Ahmad & Amirul Aiman
- Thaipusam: Lebih 20 jalan di pusat bandar ditutup mulai Ahad - Polis
- Tidak perlu garis panduan, umat Islam tahu jaga batas akidah - Anwar
- Penderma organ masih rendah, lebih 10,000 pesakit menunggu untuk teruskan kehidupan
#AWANIpagi #AWANInews
- Thaipusam: Lebih 20 jalan di pusat bandar ditutup mulai Ahad - Polis
- Tidak perlu garis panduan, umat Islam tahu jaga batas akidah - Anwar
- Penderma organ masih rendah, lebih 10,000 pesakit menunggu untuk teruskan kehidupan
#AWANIpagi #AWANInews
![Hamas umum pembebasan tiga tebusan Israel Hamas umum pembebasan tiga tebusan Israel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738970885_tbhostages.jpg)
Hamas umum pembebasan tiga tebusan Israel
Pembebasan itu sebahagian perjanjian pertukaran dengan banduan Palestin dalam tahanan Israel.
![Saintis Islam tubuh hab dalam talian Saintis Islam tubuh hab dalam talian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-12/51450948727_informationtechnolo.jpg)
Saintis Islam tubuh hab dalam talian
Anggota delegasi Program Pertukaran Sains dan Teknologi Negara Islam (STEP) bersetuju menubuhkan hab dalam talian sebagai platform untuk mewujudkan kerjasama dalam bidang sains dan teknologi.