TAHUN lepas kami laporkan yang Steam akan menamatkan sokongan aplikasi mereka pada komputer yang menjalankan Windows 7 dan Windows 8.1.

Sejak 1 Januari 2024, Steam tidak lagi menyokong sebarang kemas kini aplikasi termasuk tampalan sekuriti untuk sistem operasi itu.

Steam menjangkakan aplikasi mereka dan permainan masih boleh berjalan seperti biasa, tetapi tiada jaminan sehingga bila.

Pengguna turut digalakkan mengemas kini komputer ke Windows 10 dan ke atas kerana kemas kini akan datang hanya mempunyai kemas kini ciri yang ditawarkan pada dua sistem operasi yang lebih baru ini.

Selain itu ciri penting dalam Steam turut bergantung kepada Google Chrome yang terkini sahaja.

Untuk makluman, Microsoft telah pun menamatkan sokongan Windows 7 dan Windows 8.1 sejak Januari tahun lepas.

Jika anda masih menggunakan dua sistem operasi ini, risiko kerentanan sekuriti adalah tinggi. -Amanz