KUALA LUMPUR: Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) menerima dua pengiktirafan tertinggi iaitu ‘Nation's Pride Award’ dalam kecemerlangan promosi pelancongan dan ‘CEO of the Year – Pelancongan’ kepada Ketua Pegawai Eksekutifnya, Sharzede Datu Salleh Askor pada Anugerah Jenama Terbaik BrandLaureate 2022-2023.
Dianjurkan oleh The World Brands Foundation, Anugerah BrandLaureate BestBrands mengiktiraf jenama perintis yang menunjukkan strategi dan penempatan jenama yang luar biasa.
Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan (MPIS) Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah memuji pencapaian dan komitmen STB dalam mempamerkan kepelbagaian keunikan yang ada di negeri tersebut.
“Ia meliputi keindahan alam semula jadi di Sarawak, warisan budaya, tawaran pelancongan pengembaraan yang menggembirakan dan dedikasi tidak berbelah bahagi kepada amalan pelancongan mampan serta bertanggungjawab.
“‘Nation's Pride Award’ dan 'Brandleadership Award' untuk Sharzede menjadi bukti dedikasi tanpa henti STB dalam mempamerkan khazanah di negeri ini.
“Usaha gigih mereka bukan sahaja telah memartabatkan Sarawak di pentas pelancongan global tetapi juga memperkayakan kehidupan masyarakat kita,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Ahad.
Di bawah Nation's Pride Award bagi Kecemerlangan Promosi Pelancongan, STB diiktiraf sebagai jenama; strategi jenama; inovasi jenama; komunikasi jenama dan budaya jenama.
Anugerah Brandleadership Award kepada Sharzede mengiktiraf dedikasi beliau dalam meneraju pelbagai inisiatif meletakkan Sarawak sebagai ikon pelancongan global dan destinasi ekopelancongan terkemuka di Asia Tenggara.
Ia menerusi usahanya dalam mengangkat tema Pelancongan Bertanggungjawab sebagai pendekatan teras selaras dengan kempen pemasaran STB ‘Sarawak, More to Discover’.
Dalam pada itu, STB dalam kenyataan sama berkata, di bawah bimbingan MPIS, pihaknya berjaya menunjukkan pencapaian terbaik pada tahun 2023, ia termasuk setelah dianugerahkan menjadi ahli gabungan kepada Pertubuhan Pelancongan Sedunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNWTO).
“Ia membolehkan STB menyertai usaha berterusan UNWTO untuk menghimpunkan pemain ekosistem pelancongan bertanggungjawab di bawah keutamaan kemampanannya dalam pelancongan.
“Satu lagi pencapaian pada tahun 2023 adalah kejayaan terbaik penganjuran Rainforest World Music Festival (RWMF) yang diraikan kerana komitmen kuatnya terhadap amalan pelancongan bertanggungjawab,” ujarnya.
Bukan sahaja festival itu menjadi acara ikonik yang meraikan warisan budaya Sarawak, RWMF juga berfungsi sebagai platform kepada pelbagai artis dari seluruh dunia untuk bersatu secara harmoni melalui bahasa universal muzik dan seni sambil memegang prinsip pelancongan bertanggungjawab.
Sebagai rekod, setakat Julai lalu, Sarawak mencatatkan jumlah ketibaan pelawat mencecah 2.27 juta pengunjung dengan lebih sejuta pelancong asing.
Sasaran dalam merekodkan sebanyak tiga juta pelancong ke negeri tersebut dilihat mampu dicapai melihat kepada keberkesanan inisiatif dan strategi STB dalam mempromosikan Sarawak sebagai destinasi pelancongan yang menarik serta bertanggungjawab.
Haikal Raman
Thu Aug 17 2023

Abdul Karim berkata, usaha gigih STB bukan sahaja telah memartabatkan Sarawak di pentas pelancongan global tetapi juga memperkayakan kehidupan masyarakat.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.
Australia umum USD5.4 bilion untuk Medicare
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan suntikan dana tambahan bernilai USD5.4 bilion bagi memperkukuh sistem penjagaan kesihatan negara, dengan tujuan menampung lebih banyak kos lawatan ke doktor, lapor Xinhua.
![[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia [KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740286728_Renewableenergy.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia
Malaysia telah mencapai 28 peratus dalam campuran bahan api setakat Oktober 2024.
Lebih 18,000 orang berhimpun di Istana Maharaja Jepun raikan hari keputeraan
Lebih 18,000 orang berhimpun dalam cuaca sejuk di Istana Maharaja Jepun bagi meraikan hari keputeraan Maharaja Naruhito.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
FAMA membawa masuk sejumlah 640 metrik tan kelapa dengan peningkatan 30 peratus yang diimport termasuk dari Indonesia.

FAMA kaji harga lantai belian sayur dan buah ladang kontrak
Kajian harga lantai bagi produk di bawah seliaan FAMA akan dibuat dua tahun sekali dengan kerjasama beberapa agensi termasuk Jabatan Pertanian.

Bapa saudara cabul remaja ditahan polis
Suspek berusia 30-an melakukan perbuatan itu ketika mangsa yang juga seorang remaja berusia 14 tahun berada di rumah neneknya.

STB terima dua pengiktirafan terbaik bagi kecemerlangan pelancongan Sarawak
STB meneraju pelbagai inisiatif yang meletakkan Sarawak sebagai ikon pelancongan global dan destinasi ekopelancongan terkemuka di Asia Tenggara.