NILAI: Meskipun mengalami kesukaran mempelajari ilmu al-Quran secara normal, ia tidak mematahkan semangat Azizah Saari, 41, yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) pendengaran dan pertuturan untuk mendalami dan khatam kitab suci itu.
Berpegang kepada prinsip 'di mana ada kemahuan, di situ ada jalan', Azizah mencari peluang mempelajari bacaan al-Quran secara bahasa isyarat daripada kelas anjuran Yayasan Pendidikan al-Quran bagi Anak Istimewa (Faqeh) yang diketahuinya menerusi media sosial ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dua tahun lepas.
"Saya bermula pada Ramadan 2020, dapat tahu ada program tadarus tanpa suara dan terus sertai, ia pengalaman pertama dalam hidup, sebelum ini saya hanya mengingati huruf sahaja. Semasa sekolah, guru ajar guna suara tapi saya tak dapat ikut, sekarang dah dua kali khatam lepas sertai kelas.
"Jadi bila masuk kelas tu, saya seronok dan suka Quran, peringkat awal saya hanya kenal huruf dan sekarang sudah boleh baca betul. Selama ini saya cari kelas seperti ini tapi tak jumpa, Alhamdulillah, masih belum terlambat untuk belajar," katanya yang dibantu seorang jurubahasa isyarat untuk berkomunikasi dengan pemberita selepas Majlis Khatam Quran OKU di sini hari ini.
Azizah yang bekerja sebagai operator kilang di Pulau Pinang memaklumkan beliau mempelajari al-Quran menggunakan kod tangan Quran iaitu hanya perlu mengingatinya melalui huruf sahaja tanpa dibaca melalui tanda baris dengan dibantu tenaga pengajar atau dikenali sebagai 'dai pekak' yang berpengalaman.
Menurutnya program anjuran Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) itu memberikan manfaat besar kepada golongan sepertinya untuk terus mendekati al-Quran dengan cara yang betul.
OKU penglihatan dari Kuala Terengganu, Aina Solehah Zainuddin, 8, yang mengenali al-Quran sejak berusia tiga tahun pula gembira apabila berpeluang khatam al-Quran secara beramai-ramai menerusi program berkenaan hari ini.
"Saya gembira mengaji ramai-ramai hari ini, umi (ibu) saya ajar mengaji guna Quran Braille selama ini, senang je baca, saya seronok, lepas solat memang akan baca, hari ini khatam Quran kali pertama," katanya.
Sementara itu, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti USIM Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata inisiatif penganjuran program itu bertujuan membudayakan al-Quran dalam kalangan OKU sekali gus memberi peluang kepada mereka menunjukkan kelebihan yang ada.
Beliau berkata keunikan dan kepelbagaian kaedah membaca Quran itu dilihat dengan OKU penglihatan dibantu oleh Mashaf Quran Braille manakala OKU pendengaran pula membacanya tanpa suara dengan mengisyaratkan huruf-huruf Quran dan isyarat Kod Tangan Quran.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata aplikasi Quran Isyarat yang dibangunkan USIM April lepas mendapat sambutan menggalakkan dengan hampir 2,000 pengguna sudah memuat naik aplikasi tersebut.
Aplikasi Quran Isyarat itu merupakan yang pertama di negara bertujuan memudahkan OKU masalah pendengaran untuk membaca dan mendalami al-Quran sekali gus mempromosi keseimbangan hidup komuniti OKU bertunjangkan Maqasid Syariah dan pendekatan Islami.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 11 2022
Qariah Orang Kelainan Upaya (OKU) Azizah Saari menggunakan pengisyaratan huruf-huruf Quran dengan Kod Tangan Quran pada majlis Khatam Quran OKU di Kompleks Tuanku Muhriz USIM, hari ini. - Foto BERNAMA
Orang Asli terjatuh bot di Tasik Bera ditemukan lemas
Mayat Sabri Juaram, 49, dijumpai pada 10.05 pagi oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang.
Lapan mahasiswa Malaysia Universiti Al-Azhar terlibat nahas jalan raya
Tiga mahasiswa, Muhammad Zafri Abdul Rasyid, Muhammad Sulhi Nazri, dan Muhammad Rais Zafran Muhammad Shuhaimi, ditempatkan di wad untuk pemerhatian lanjut.
'Benny dan Jenny' tarikan mini zoo di Pesta Pulau Pinang
Keletah kedua-dua haiwan berasal dari Australia itu mencuri perhatian pengunjung kanak-kanak dan juga dewasa.
Jojo One Nation Emcees meninggal dunia ketika hadiri program dakwah
Jojo, atau nama sebenarnya Nur Hasan Baias, rebah ketika menghadiri sebuah program dakwah di sebuah masjid di Seri Petaling.
Maritim Malaysia gagalkan cubaan seludup dadah bernilai RM360,000
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Johor menggagalkan cubaan menyeludup dadah bernilai RM360,000 di muara Sungai Rambah dekat sini semalam.
KPKT gesa PBT kekalkan dasar sedia ada demi menjaga harmoni
Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) disaran mengekalkan dasar sedia ada berhubung isu penjualan arak di kawasan majoriti penduduk beragama Islam.
Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, ia bagi menjaga keharmonian dan hubungan antara masyarakat berbilang kaum, serta mengelakkan isu itu menjadi polemik politik.
Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, ia bagi menjaga keharmonian dan hubungan antara masyarakat berbilang kaum, serta mengelakkan isu itu menjadi polemik politik.
Chatbot AI Perplexity kini boleh menjadi pembantu maya lalai peranti Android anda
Perplexity menyokong ciri perbualan dan memfokuskan kepada konsep enjin carian dengan AI, membolehkan pengguna berbual dengannya untuk melakukan carian.
Kerang terdampar bukan petanda bencana, selamat dimakan - Penyelidik UMT
Beliau berkata meskipun fenomena itu kelihatan luar biasa, sebenarnya ia adalah kejadian semula jadi yang lazim berlaku dan tidak perlu dirisaukan.
Sanusi sebak terima menantu
Muhammad Sanusi sedondon berbusana Melayu rona hijau bersama isteri, Tok Puan Jusmalailani Jusoh menerima kehadiran menantu pertama, Muhammad Luqman Al Hakim Yusoh.
AWANI Ringkas: Petugas kaunter kerajaan perlu mesra, responsif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Status OKU tidak halang Azizah Saari dalami Al-Quran
Berpegang kepada prinsip 'di mana ada kemahuan, di situ ada jalan', Azizah mencari peluang mempelajari bacaan al-Quran secara bahasa isyarat.