JOHOR BAHRU: Penduduk Kampung Orang Asli Sungai Temon di sini menyifatkan pemasangan peranti satelit Starlink di kampung itu membantu mereka meningkatkan taraf pendidikan anak-anak seiring dengan arus pembangunan.
Tok Batin Kampung Orang Asli Sungai Temon, Salim Palon berkata inisiatif tersebut amat dinanti-nantikan penduduk khususnya golongan muda memandangkan sering mengalami gangguan untuk mengakses Internet kerana kedudukan kampung itu berdekatan dengan Singapura.
"Saya bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan terhadap usaha yang dilakukan dan sekurang-kurangnya memberi semangat baharu dan menarik minat anak-anak di kampung ini untuk belajar serta mahir dalam ilmu sains dan teknologi.
"Sebelum ini, capaian Internet memang susah nak dapat dan kadang-kadang mahu berbual menerusi telefon pun susah akibat talian akan bersambung dengan frekuensi negara jiran kerana capaian frekuensi mereka lebih kuat," katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Beliau yang memimpin masyarakat Orang Asli suku Seletar di Sungai Temon hampir 40 tahun berkata inisiatif pemasangan itu membuktikan kerajaan Persekutuan tidak meminggirkan kebajikan dan pendidikan masyarakat Orang Asli.
"Sebelum ini, ada beberapa anak-anak dibekalkan komputer riba, tetapi disebabkan tidak dapat akses Internet, komputer riba itu terperuk menjadi 'besi buruk', malah ada juga penduduk terpaksa menumpang data orang lain atau pergi ke darat (bandar) untuk Internet yang lancar," katanya.
Salim berkata peranti satelit yang dipasang di dewan serbaguna kampung itu bukan sahaja demi kepentingan pendidikan anak-anak, malah telah memudahkan penduduk untuk berhubung antara satu sama lain termasuk pihak berkuasa terutamanya apabila berlaku kecemasan.
Menurut Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Johor, Orang Asli Seletar merupakan antara suku yang terdapat dalam kumpulan Melayu Proto dan mereka adalah kumpulan pengembara persisiran pantai dan laut yang tinggal di pulau, persisiran pantai serta kuala sungai.
Sehingga kini, seramai 289 penduduk daripada 74 keluarga menetap di Kampung Orang Asli Sungai Temon dengan majoriti pekerjaan penduduk termasuk wanita adalah nelayan.
Sementara itu, Yang Dipertua Badan Kebajikan Orang Asli Islam Semenanjung Malaysia (BKOA) Datuk Isa Ab Hamid berkata peranti satelit itu dapat mengurangkan jurang digital sekali gus melahirkan lebih ramai masyarakat Orang Asli celik teknologi.
"Kemudahan ini akan memberi peluang kepada anak-anak Orang Asli mendalami ilmu pengetahuan kerana ramai dalam kalangan mereka yang tercicir dari aspek pendidikan, malah ia turut membantu guru-guru tuisyen untuk mencari bahan ketika mengajar di kampung tersebut.
"Bukan itu sahaja, dengan adanya akses Internet yang pantas, masyarakat Orang Asli Sungai Temon yang rata-ratanya nelayan dapat mempromosikan hasil laut dan produk berasaskan perikanan secara dalam talian sekali gus meningkatkan taraf ekonomi mereka," kata bekas Ahli Dewan Negara yang mewakili masyarakat Orang Asli itu.
Pada Sabtu lepas, dilaporkan usaha Kementerian Komunikasi dan Digital menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memasang peranti tersebut di Kampung Orang Asli Sungai Temon berjaya menyelesaikan masalah capaian Internet dihadapi sebelum ini.
Ia merupakan peranti ketiga melibatkan pemasangan di perkampungan Orang Asli selepas di Kampung Orang Asli Kemensah, Gombak di Selangor dan Kampung Orang Asli Tonggang, Tambun di Perak.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 07 2023
![Starlink bantu Orang Asli Sungai Temon tingkat taraf pendidikan Starlink bantu Orang Asli Sungai Temon tingkat taraf pendidikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/51694066651_OrangAsli.jpg)
Masyrakat Orang Asli Seletar gembira dapat melayari internet lebih lancar apabila keluhan mereka diberi perhatian dengan pemasangan peranti satelit Starlink di dewan Kampung Orang Asli Sungai Temon baru-baru ini. - Foto Bernama
![Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739741013_DarrenLok.jpg)
Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang
Babak pertama menyaksikan Darren meletakkan Sabah di hadapan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-21.
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
![52 menara telekomunikasi JENDELA beroperasi di Johor - Teo 52 menara telekomunikasi JENDELA beroperasi di Johor - Teo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726906724_tapakinfrastruktur.jpg)
52 menara telekomunikasi JENDELA beroperasi di Johor - Teo
Daripada jumlah itu terdapat empat tapak menara telekomunikasi di negeri ini belum mendapat kelulusan Jabatan Perhutanan memandangkan projek berkenaan akan dibangunkan di kawasan hutan.
![SpaceX kawal 62% satelit aktif di angkasa SpaceX kawal 62% satelit aktif di angkasa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718268608_SpaceXFalconrock.jpg)
SpaceX kawal 62% satelit aktif di angkasa
Perkhidmatan internet Starlink ditawarkan di lebih 100 negara, termasuk Malaysia. Bergerak ke hadapan, lebih banyak satelit Starlink dijangka dilepaskan ke angkasa.
![Rekaan Starlink Mini tertiris dengan antena lebih kecil Rekaan Starlink Mini tertiris dengan antena lebih kecil](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718687065_TBSTARLINK.jpg)
Rekaan Starlink Mini tertiris dengan antena lebih kecil
Rekaan Starlink Mini telah tertiris dengan antena hgan.
![Pentagon halang Rusia guna kelengkapan Starlink di medan perang Pentagon halang Rusia guna kelengkapan Starlink di medan perang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81704967575_TBMeasatjpg.jpg)
Pentagon halang Rusia guna kelengkapan Starlink di medan perang
Kit Starlink masih boleh dibeli di Rusia walaupun ia tidak dijual secara rasmi. Akaun didaftarkan di bawah nama pengguna warga Eropah untuk mengelakkan ia dikesan.
![Taiwan akan bina rangkaian internet satelit sendiri Taiwan akan bina rangkaian internet satelit sendiri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61707976262_TBStarlinkjpg.jpg)
Taiwan akan bina rangkaian internet satelit sendiri
Perkhidmatan seperti Starlink wujud, tetapi Taiwan risau ia boleh tergendala bila-bila masa mengikut kehendak SpaceX.
![Starlink dicadang untuk buka pejabat di Malaysia - Fahmi Starlink dicadang untuk buka pejabat di Malaysia - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71709137201_FahmiFadzil.jpg)
Starlink dicadang untuk buka pejabat di Malaysia - Fahmi
Kementerian Komunikasi telah menyuarakan cadangan kepada Starlink supaya membuka pejabatnya di Malaysia bagi memudahkan urusan pihak yang ingin mendapatkan perkhidmatan mereka di dalam negara.
![Starlink bakal nyahorbit 100 satelit bermasalah Starlink bakal nyahorbit 100 satelit bermasalah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61707976262_TBStarlinkjpg.jpg)
Starlink bakal nyahorbit 100 satelit bermasalah
Kesemua 100 satelit ini masih lagi berfungsi tetapi isu yang dikesan membuatkan ia boleh berhenti beroperasi pada bila-bila masa.
![Measat kini pengedar rasmi Starlink di Malaysia Measat kini pengedar rasmi Starlink di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81704967575_TBMeasatjpg.jpg)
Measat kini pengedar rasmi Starlink di Malaysia
Measat kini mengumumkan mereka telah secara rasminya dilantik menjadi pengedar rasmi Starlink di Malaysia.
![Starlink lancar satelit sokong rangkaian selular Starlink lancar satelit sokong rangkaian selular](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/71704343735_TBStarlinkSatelit.jpg)
Starlink lancar satelit sokong rangkaian selular
Teknologi ini turut membolehkan rangkaian selular satelit dinikmati ketika berada di tengah-tengah laut.
![Starlink beri manfaat internet kepada 500 penduduk Kampung Langsat - Fahmi Starlink beri manfaat internet kepada 500 penduduk Kampung Langsat - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/81698553977_FahmiFadzil.jpg)
Starlink beri manfaat internet kepada 500 penduduk Kampung Langsat - Fahmi
Pemasangan peranti Starlink di Kampung Langsat Ranau mampu memberi manfaat kepada 500 penduduk dengan memberikan akses kepada internet.