KUALA LUMPUR: Standard Mandatori Kualiti Perkhidmatan (MSQoS) yang telah dikemas kini bagi perkhidmatan jalur lebar tanpa wayar akan berkuat kuasa mulai 1 April ini.
Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching berkata MSQoS yang dikemas kini oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) menetapkan penyedia perkhidmatan jalur lebar perlu memastikan purata kelajuan muat turun tidak kurang daripada 7.7 megabait sesaat (Mbps) pada tahun ini.
Beliau berkata menerusi kemas kini standard itu juga, purata kelajuan muat turun mestilah tidak kurang daripada 10.0 Mbps bermula tahun depan.
"MSQoS bagi perkhidmatan jalur lebar tanpa wayar kita telah kemas kini dan ini dibuat sebagai usaha meningkatkan kualiti perkhidmatan Internet di negara ini.
"Sebagai contoh, sebelum ini kita tetapkan tidak kurang daripada 90 sampel ujian perkhidmatan itu perlu mencapai kelajuan muat turun pada 2.5 Mbps atau lebih tinggi dan apabila berkuat kuasa standard mandatori yang baharu ini, purata kelajuan muat turun tidak boleh kurang daripada 7.7 Mbps," katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.
Teo menjawab soalan tambahan Abdul Latiff Abdul Rahman (PN-Kuala Krai) berhubung strategi kementerian dalam menyelesaikan isu kualiti perkhidmatan rangkaian Internet di seluruh negara khususnya di Kelantan.
Menjawab soalan asal yang dikemukakan Yusuf Abd Wahab (GPS-Tanjong Manis) mengenai peratusan liputan telekomunikasi dan Internet di Tanjong Manis, Sarawak, Teo berkata setakat suku keempat 2023, liputan kemudahan itu di kawasan berpenduduk sudah mencapai 89.57 peratus.
Beliau berkata sehingga tempoh itu, enam daripada 13 menara baharu telah siap dibina dan beroperasi manakala lima lagi masih di peringkat pembinaan dan dua di peringkat pemasangan peralatan pemancar.
"Selain itu, kesemua 65 stesen pemancar sedia ada telah siap dinaik taraf dan sebanyak 1,649 daripada 3,225 premis telah dilengkapi dengan akses kepada perkhidmatan jalur lebar gentian optik berkeupayaan gigabit.
"Baki kesemua inisiatif yang dirancang dijangka siap secara berperingkat pada penghujung tahun 2025," katanya.
Teo berkata selain inisiatif Pelan Jalinan Digital Negara, Kerajaan Negeri Sarawak melalui Pihak Berkuasa Multimedia Sarawak (SMA) dan Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak (SDEC) Berhad sedang melaksanakan pembinaan 600 menara baharu di bawah inisiatif SMART 600 bagi menambah baik liputan jalur lebar mudah alih di negeri itu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 04 2024
![Standard mandatori baharu jalur lebar tanpa wayar berkuat kuasa 1 April Standard mandatori baharu jalur lebar tanpa wayar berkuat kuasa 1 April](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/51700549250_TBTeoNieChing.jpg)
Standard Mandatori Kualiti Perkhidmatan (MSQoS) yang telah dikemas kini bagi perkhidmatan jalur lebar tanpa wayar akan berkuat kuasa mulai 1 April ini. - Gambar fail/Bernama
![Olimpik Paris 2024: Azizulhasni akan terima sokongan penuh - Hamidin Olimpik Paris 2024: Azizulhasni akan terima sokongan penuh - Hamidin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723338883_azizulhasni.jpg)
Olimpik Paris 2024: Azizulhasni akan terima sokongan penuh - Hamidin
Pihak ISN juga akan menyediakan perkhidmatan dukungan penuh kepada atlet berusia 36 tahun itu yang berdepan dengan situasi sukar ini.
![Olimpik Paris 2024: AS tewaskan Brazil untuk emas bola sepak wanita Olimpik Paris 2024: AS tewaskan Brazil untuk emas bola sepak wanita](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723337804_Football.jpg)
Olimpik Paris 2024: AS tewaskan Brazil untuk emas bola sepak wanita
AS meraih pingat emas acara bola sepak wanita selepas mencatat kemenangan 1-0 ke atas Brazil di Sukan Olimpik Paris.
![Faisal Halim teruja kembali beraksi di padang Faisal Halim teruja kembali beraksi di padang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723337406_FaisalHalim.jpg)
Faisal Halim teruja kembali beraksi di padang
Pemain sayap Selangor FC Mohamad Faisal Abdul Halim teruja apabila dapat kembali beraksi di atas padang buat kali pertama.
AWANI Pagi: AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [11 Ogos 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Azib Zikry;
Olimpik Paris 2024: Azizulhasni dibatalkan penyertaan dalam pusingan pertama
Sorakan peminat bergema, Faisal Halim kembali beraksi berdepan Kelantan
Penganjuran King of Kemensah Trail masuk edisi ke-10
Olimpik Paris 2024: Azizulhasni dibatalkan penyertaan dalam pusingan pertama
Sorakan peminat bergema, Faisal Halim kembali beraksi berdepan Kelantan
Penganjuran King of Kemensah Trail masuk edisi ke-10
AWANI Pagi: Edisi Ke-10 HOKA King of Kemensah Trail Tarik 2,000 Peserta
HOKA King of Kemensah Trail, acara larian denai ikonik di Malaysia, kini edisi ke-10, menarik 2,000 pelari dari 21 negara. Laluan mencabar dan pemandangan indah menanti peserta.
AWANI Ringkas: Protes anti perkauman di UK
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Pagi: Terokai rahsia seni wau di Perlis
Terokai seni pembuatan wau tradisional di Perlis bersama Pak Non, seorang pakar yang mendedikasikan hidupnya untuk memelihara warisan ini melalui bengkel DIY, di mana anda boleh belajar membuat wau sendiri sambil menikmati keindahan budaya di negeri Perlis bersempena tahun melawat Perlis 2024/2025.
![Mohamad ke Brunei sempena EOL-25 bermula hari ini hingga 12 Ogos Mohamad ke Brunei sempena EOL-25 bermula hari ini hingga 12 Ogos](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721634913_MohamadHasan.jpg)
Mohamad ke Brunei sempena EOL-25 bermula hari ini hingga 12 Ogos
Mesyuarat EOL merupakan mekanisme dua hala yang dipengerusikan bersama Mohamad dan rakan sejawatnya Datuk Seri Erywan Pehin.
![Olimpik Paris 2024: Cao Yuan pertahan emas acara 10m platform lelaki Olimpik Paris 2024: Cao Yuan pertahan emas acara 10m platform lelaki](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723336239_CaoYuan.jpg)
Olimpik Paris 2024: Cao Yuan pertahan emas acara 10m platform lelaki
Penerjun China Cao Yuan berjaya mempertahankan gelaran Olimpiknya dalam acara 10m platform lelaki pada Sabtu.
!['AS bertanggungjawab atas pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin' 'AS bertanggungjawab atas pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723333084_GazaCityschool.jpg)
'AS bertanggungjawab atas pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin'
Presiden Palestin menyalahkan kerajaan AS terhadap serangan Israel ke atas sebuah sekolah yang melindungi rakyat Palestin.
![Standard mandatori baharu jalur lebar tanpa wayar berkuat kuasa 1 April Standard mandatori baharu jalur lebar tanpa wayar berkuat kuasa 1 April](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/51700549250_TBTeoNieChing.jpg)
Standard mandatori baharu jalur lebar tanpa wayar berkuat kuasa 1 April
Standard Mandatori Kualiti Perkhidmatan (MSQoS) yang telah dikemas kini bagi perkhidmatan jalur lebar tanpa wayar akan berkuat kuasa mulai 1 April ini.