Pengguna perlu bijak membeli-belah sekiranya tidak mahu terbeban dengan pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) 1 Sept ini biarpun beberapa barangan keperluan asas dikecualikan daripada cukai itu.
Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Mohd Yusof Abdul Rahman, berkata pengguna diharap dapat memahami konsep SST kerana ia berbeza dengan cukai SST yang pernah dikenakan sebelum Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) diperkenalkan pada 2015.
"Pengguna perlu faham bahawa mungkin harga sesetengah barangan di luar jangkaan mereka, jadi pemahaman lengkap mengenai barangan yang dikenakan cukai dan tidak, perlu ada pada pengguna," katanya ketika dihubungi Bernama.
Mohd Yusof berkata pilihan terletak di tangan pengguna sama ada untuk berbelanja secara cermat mahupun sebaliknya, memandangkan mungkin ada barang keperluan asas yang dikategorikan sebagai barang mewah yang dikenakan cukai.
"Pada masa sama, peniaga juga perlu menunjukkan tanggungjawab mereka dengan mempamerkan tanda harga demi makluman pengguna. Kalau ada restoran kenakan cukai perkhidmatan, mereka juga perlu meletakkan label yang tertera bahawa SST dikenakan di premis mereka itu," katanya.
Beliau turut menggalakkan pengguna menyimpan resit pembelian untuk mengesan sebarang kenaikan harga mendadak selepas SST.
"Budaya menyimpan resit ini perlu bagi membendung penyelewengan perniagaan yang mungkin berlaku dan pengguna sentiasa boleh melaporkan kepada Fomca atau pihak Kastam sekiranya terdapat sebarang keraguan," katanya.
Ketua Pengarah Kastam Datuk Seri Subromaniam Tholasy sebelum ini dilaporkan berkata kadar SST dan senarai barangan yang dikecualikan cukai dijangka dikeluarkan dalam masa dua hari.
Senarai itu sedang dimuktamadkan dan tidak akan mempunyai perubahan besar pada senarai tersebut, katanya merujuk kepada panduan industri yang dimuat naik dalam laman web kastam di https://mysst.customs.gov.my.
Berdasarkan senarai itu, barang keperluan asas seperti air minuman, tepung, telur dan beberapa jenis ikan turut dikecualikan daripada SST manakala barangan elektrik seperti mesin basuh dan peti sejuk dikenakan 10 peratus.
Sementara itu, Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata peniaga yang tidak mendaftarkan perniagaan mereka dengan SST tidak akan dikenakan tindakan oleh kerajaan sekiranya mempunyai alasan yang munasabah.
Lim berkata kementerian juga tidak menetapkan sebarang tempoh masa untuk membolehkan semua peniaga mendaftar namun SST akan tetap dikenakan walaupun pengusaha perniagaan lambat atau belum membuat pendaftaran sebaik SST dikuatkuasakan.
Rang Undang-Undang (RUU) Cukai Jualan 2018 dan RUU Cukai Perkhidmatan 2018 diluluskan pada 20 Ogos di Dewan Negara tanpa pindaan. -- Bernama
Bernama
Wed Aug 29 2018
Pengguna diharap dapat memahami konsep SST kerana ia berbeza dengan cukai SST yang pernah dikenakan sebelum GST diperkenalkan pada 2015.
G7 usaha sepakti isu waran tangkap Netanyahu
Tajani menyatakan bahawa G7 perlu bersatu dalam isu ini untuk menunjukkan pendirian yang kukuh.
Airbus rancang beli balik sehingga 2.12 juta saham
Syarikat aeronautik dan angkasa lepas Eropah, Airbus, mengumumkan "tranche" kedua program pembelian balik sahamnya.
Kes remaja hamil luar nikah, khalwat tunjuk trend penurunan - Timbalan MB Kelantan
Kes hamil luar nikah dalam kalangan remaja berusia 15 hingga 19 tahun di Kelantan telah menunjukkan trend penurunan dari 2021 hingga 2023, kata Timbalan Menteri Besar Datuk Mohamed Fadzli Hassan.
MOTAC perluas Aspirasi Generasi Pendidikan TVET, pastikan tenaga kerja tempatan dipenuhi
Kerajaan bercadang memperluaskan Program Aspirasi Generasi TVET Sektor Pelancongan bagi membuka peluang kepada lebih ramai graduan tempatan menceburi industri berkenaan.
Salah faham konsep taat antara punca isteri tidak lapor keganasan rumah tangga
Salah faham terhadap konsep taat dikenal pasti antara punca mengapa sebahagian wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.
Maritim Malaysia rancang perolehan radar baharu guna teknologi AI
Maritim Malaysia merancang untuk memperoleh radar baharu yang akan ditempatkan di kawasan strategik seperti di kawasan perairan Sarawak dan pantai timur.
KPK yakin sasaran RM28 bilion eksport industri kayu dapat dicapai menjelang 2025
KPK yakin sasaran nilai eksport kayu dan produk kayu sebanyak RM28 bilion menjelang 2025 akan dapat dicapai seperti yang digariskan dalam Dasar Agrikomoditi Negara 2030.
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan - Joachim
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan dan memberi kesan buruk kepada imej negeri ini sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia.
Perak berpotensi baik sebagai penyumbang ekonomi negara - Rafizi
Perak mempunyai potensi baik berbanding negeri lain sebagai penyumbang ekonomi negara, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
MOTAC promosi makanan tempatan sepanjang Kepengerusian ASEAN
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan mempromosikan makanan tradisional Malaysia sepanjang Kepengerusian ASEAN 2025 bagi merancakkan industri pelancongan negara.
Peniaga tidak terlibat kenaikan SST diingat jangan ambil kesempatan
Peniaga yang tidak terlibat dengan kenaikan SST diingat jangan mengambil kesempatan menaikkan harga barangan bagi mengaut lebih keuntungan.
Kerajaan dijangka perkenal semula GST dalam Belanjawan 2022 - Affin Hwang Capital
Kerajaan dijangka mengumumkan pelaksanaan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada kadar lebih rendah daripada enam peratus dalam Belanjawan 2022.
Waspada sindiket penipuan bayaran cukai - LHDN
LHDN menasihatkan orang ramai supaya berwaspada dengan sindiket penipuan yang mengarahkan mangsa membuat bayaran tertunggak SST.
Pertumbuhan ekonomi suku pertama susut mendadak akibat COVID-19
Ekonomi Malaysia susut kepada 0.7 peratus pada suku pertama tahun ini berbanding 4.5 peratus yang direkodkan pada suku sama tahun sebelumnya.
Kegagalan SST, kualiti pendidikan antara kebimbangan rakyat - Kajian
Selepas lebih setahun pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan, beberapa isu terus mendapat perhatian rakyat di negara ini.
GST: Tak ada sebab kembalikan cukai ditolak rakyat - Tun Mahathir
Kerajaan akan sentiasa menambah baik dan mengurus Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), sekali gus meningkatkan hasil negara.
291 harga barang turun selepas pelaksanaan SST
Sejumlah 291 barangan mencatatkan penurunan harga sejak Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dilaksanakan pada 1 September lalu.
Tarik balik pengecualian SST kalau harga rumah tak turun - Guan Eng
Kerajaan akan menarik balik langkah pengecualian SST sebanyak enam peratus yang dikenakan terhadap perkhidmatan dan bahan binaan jika semua pemaju perumahan tidak menurunkan harga rumah.
Pengendali restoran, kedai makanan diminta kurangkan caj perkhidmatan
Menterinya, Lim Guan Eng berkata kadar caj perkhidmatan di restoran dan kedai-kedai makanan sebanyak 10 peratus adalah agak tinggi.
SST: Kadar cukai kamera, telefon dikurangkan kepada 5 peratus
Kamera dan telefon adalah barangan terbaru yang kadar cukainya telah dikurangkan kepada 5 peratus daripada 10 peratus kadar cukai yang dikenakan sebelum ini.