Peniaga dan pengusaha pasar raya masih menunggu makluman pihak pembekal berhubung harga baharu barangan walaupun Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) akan dilaksanakan mulai Sabtu.
Tinjauan Bernama di sekitar ibu kota mendapati kebanyakan pasar raya dan restoran masih belum membuat sebarang pertukaran harga jualan barangan sehingga mendapat makluman harga baharu daripada pembekal selewat-lewatnya minggu hadapan.
Namun harga barangan yang bakal dikenakan cukai SST sudah berada dalam sistem maklumat pangkalan data perniagaan mereka.
Seorang penyelia di sebuah pasar raya barangan keperluan di Cheras, yang dikenali sebagai Aswad, 24 tahun, berkata sehingga kini pihak syarikat masih mengekalkan harga lama iaitu pada harga sifar Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).
"Buat masa ini, harga barangan keperluan kami masih mengikut harga invois barangan terdahulu. Memang kami telah dimaklumkan mengenai SST, namun kami masih menunggu makluman lanjut daripada pihak pembekal pada harga baharu minggu hadapan (Isnin).
"Dalam resit pembayaran sekarang pun, memang telah dimasukkan ruangan untuk cukai, cuma tunggu arahan untuk dikemas kini sahaja minggu depan," katanya.
Sementara itu, pekerja pasar raya dikenali sebagai Hanum di Jalan Tunku Abdul Rahman berkata pasar raya itu belum membuat sebarang perubahan harga SST kerana belum mendapat arahan daripada pihak pengurusan.
"Memang sudah tahu mengenai pelaksanaan SST pada Sabtu, tetapi tidak pasti sama ada harga turun atau naik, mungkin malam nanti baru dapat makluman," katanya.
Dalam pada itu, promoter pasar raya, Rohila Mohd Rozan, 41 tahun, berharap dengan pelaksanaan SST kelak tidak akan membebankan pengguna terutama bagi golongan yang berpendapatan rendah.
"(Bila) SST (dilaksanakan) sekiranya harga naik sedikit tidak mengapa tetapi jangan caj pada pelanggan kerana ia akan membebankan mereka...jangan jadi macam GST, harga barangan naik, cukai GST pun kena bayar, dua-dua pengguna perlu tanggung," katanya.
Tambah beliau, setakat hari ini pihaknya masih belum menerima makluman mengenai harga baharu susulan pelaksanaan SST.
"Kalau harga naik kita masih tidak dengar tapi kalau harga turun ada lah, sebab sifar GST yang dikuatkuasakan pada 1 Jun lepas," katanya.
Berkuat kuasa Sabtu (1 Sept) SST akan dilaksanakan bagi menggantikan GST susulan Rang Undang-Undang (RUU) Cukai Jualan 2018 dan RUU Cukai Perkhidmatan 2018 diluluskan Parlimen pada 20 Ogos lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 31 2018

Peniaga dan pengusaha pasar raya masih menunggu makluman pihak pembekal berhubung harga baharu barangan walaupun SST akan dilaksanakan mulai Sabtu.
10 Berita Pilihan - (11 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jepun peringati gempa bumi, tsunami dan bencana nuklear
Jepun pada Selasa memperingati ulang tahun ke-14 sejak gempa bumi dan tsunami dahsyat melanda timur laut negara itu, mencetuskan krisis nuklear, dengan penduduk antara kawasan yang paling teruk terjejas sekali lagi berdepan kesan bencana alam.
Pertahanan udara tembak jatuh 337 dron Ukraine di wilayah Rusia
Pertahanan udara Rusia menembak jatuh 337 dron Ukraine di beberapa wilayah Russia pada waktu malam, termasuk 91 di Wilayah Moscow, menurut Kementerian Pertahanan Rusia.
JDT gagal mara ke suku akhir, tewas kepada Buriram United
Kelab gergasi bola sepak tanah air Johor Darul Ta'zim (JDT) gagal mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) 2024/25 selepas tewas 0-1 kepada wakil Thailand Buriram United di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, pada Selasa malam.
PBB seru Israel batalkan sekatan bantuan kemanusiaan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menyeru Israel untuk membatalkan sekatan terhadap bantuan kemanusiaan ke Gaza.

PM Anwar lancar buku "Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI"
Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama Yayasan Pusat Polisi dan Hal Ehwal Ekonomi Malaysia (Yayasan PEACE) hari ini melancarkan buku Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI.
Shiha Zikir belanja ratusan ribu ringgit untuk Tum Tum Raya
Pertama kali melancarkan lagu duet raya baharu bersama kakak, Ieda Zikir, penyanyi Shiha Zikir sanggup mengeluarkan kos mencecah ratusan ribu ringgit untuk menghasilkan video muzik termasuk kempen mempromosikan Tum Tum Raya.
Jemaah Menteri dicadang pertimbang, lulus penubuhan SEGiM
Jemaah Menteri disarankan menimbang dan meluluskan penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) sebagai badan kawal selia utama dalam memastikan ekosistem ekonomi gig berkembang secara mampan.
Pendapatan Ahli Parlimen cecah RM40,000, PMO perjelas isu elaun
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan setiap Ahli Parlimen di negara ini layak dibayar elaun tetap RM25,700 sebulan.
PM Anwar terima kunjungan hormat Duta Besar AS ke Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia Edgard D Kagan di Putrajaya petang ini.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.

SST: Peniaga, pengusaha dapat makluman harga baharu Isnin
SST dilaksanakan bagi menggantikan GST susulan Rang Undang-Undang (RUU) Cukai Jualan 2018 dan RUU Cukai Perkhidmatan 2018.